“Jangan Baling Dadu, Jangan Psttt!” Cara Santai Adid Marcello Wish Anak UPSR, Sweet Sangat!

Share

Pernah tak mak ayah kita dulu pesan macam ni, “Jangan baling dadu, jangan psttt.” Inilah  cara santai Adid Marcello Wish Anak UPSR, Sweet Sangat! Memang diakui sana-sini dimedia sosial ibu bapa memberikan kata-kata semangat kepada anak yang menduduki peperiksaan UPSR. Peperiksaan yang berlangsung selama empat hari ini, memberikan rasa debaran kepada anak dan juga ibu bapa.

Begitu juga  Adid Marcello yang memberikan kata-kata semangat kepada anak sulungnya. Lebih manis, kata-kata yang diberikan sungguh santai sehingga membuatkan anaknya ketawa. Cara ini seharusnya dipraktiskan supaya anak tidak tertekan semasa menjawab. Masuk ke dewan peperiksaan dengan penuh keceriaan dan semangat. Jom kita lihat perkongsiannya.

All the best utk sayangku @nailinamarcello good luck utk exam #upsr hari ni. Dah penat dengan jadual padat kelas tambahan kan?? So this is the time utk taburkan segala knowledge yang ada. #bismillah 
Alyea Nai Lina = Ketinggian cita-cita ibu bapa yg tercapai. Daddy & mummy @norziepwc doa, semoga dengan exam kecil ini, menjadi permulaan langkah kejayaan yang lebih besar utk masa akan datang, insyaAllah… Kepada semua anak2 yg exam #upsr

 juga, saya doakan semoga semua dapat lakukan yg terbaik! Amin, insyaAllah.

Para pengikutnya turut memberikan kata-kata semangat kepada anaknya.

 

 

 

Sumber:aididmarcello