Jangan Bagi Alasan ” Tiada Masa ” & ” Kurang Mampu “. Esok Esok Anak Tak Jenguk Kita, Jangan Tanya Kenapa!

Share

Anak ini anugerah terindah dari Dia buat pasangan suami isteri. Status bergelar ibu dan ayah itu adalah momen yang cukup bermakna. Namun, kesibukan dengan urusan kerja dan rumah tangga adakalanya membuatkan kita alpa dengan tanggung jawab pada anak-anak.

Jangan anggap dengan menyediakan keperluan dan makan minum mereka sudah memadai. Sebaliknya perhatian dan kasih sayang itu yang mereka perlukan. Inilah yang dikongsikan oleh saudara Ariff Ismail .


LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK

Bila anak makin membesar ni masa terasa sangat laju. Pejam celik pejam celik dah 2 tahun. Jasad kecil yang di sambut dulu kini dah menjangkau usia 2 tahun. Makin lincah makin keletah.

Pandai merajuk, pandai ikut apa yang kita cakap, makin mesra dan keletah yang tak kan pernah buat kita kering gusi dan terhibur. Masa kecil ni lah masa terbaik untuk kita luangkan masa bersama mereka.

Banyak lakukan aktiviti luar bersama anak anak untuk ajar mereka ” explore ” sesuatu yang baru. Dia nak pegang pasir biarkan, mereka nak masuk dalam air biarkan. Mereka sedang belajar sesuatu yang baru.

Bila kita luangkan masa bersama anak, waktu terasa begitu laju bergerak. Rasa macam baru satu malam pergi bercuti, tapi hakikat nya dah 4 hari tanpa kita sedar waktu berlalu. Tawa, tangis, gurau senda serta ragam anak menjadi pengubat keletihan kita.

Rasa setiap detik dan waktu begitu berharga. Bila dengan anak ni, kita rasa nak hari hari bercuti bersama mereka. Mencipta memori indah bersama anak. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan bersama anak.

Tak perlu kita berhabis beribu ringgit, anak ni kita bawa pergi main tepi pantai pon mereka dah seronok. Nak bawak melancong keluar negara macam Che Ta belum lah mampu lagi. Bawa bercuti dalam Malaysia pon jadi lah.

Yang penting ” moment ” bersama mereka. Kenangan yang sangat indah bila boleh luang masa dengan anak. Jangan bagi alasan ” tiada masa ” dan ” kurang mampu “. Esok esok mereka dah besar mereka cakap tak ada masa dan tak ada duit nak jenguk kita jangan tanya kenapa!

– Ariff Ismail –

#ariffismail
#doublefbrothers