“Jangan Baca WhatsApp Grup Atau Tengok Video .” Syukur Ayah Umur 81 Tahun Sihat Lepas Ambil Vaksin, Awal Ashaari Kongsi Tip!

Share

Pelbagai inisiatif kerajaan dalam memudahkan proses pengambilan vaksin untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak maut Covid-19.

Malah, ia takkan berjaya andai tiada sokongan daripada rakyat. Rata-rata kini rakyat Malaysia sedang menanti giliran untuk menerima suntikan vaksin yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.

Bukan hanya orang biasa, selebriti juga tidak ketinggalan mengambil vaksin. Bagi yang sudah mengambil, mereka sempat berkongsi pengalaman mereka. Ada yang mengalami simptom berat, tak kurang yang biasa-biasa sahaja.

Terbaru, Awal Ashaari berkongsi cerita bapanya yang telah menerima suntikan vaksin Pfizer bagi dos pertama. Dan kini selesai untuk dos kedua.

Cuci mata barangan murah DI SINI

Untunglaaa ada orang tu dah complete vaksin dia.. nak pi mana tu? pi Mekah ke pi Europe? hahah

Thanks @kkm and @officialmosti ! Alhamdulillah.

So far Abah kata dia rasa “Kuat” lepas 1st vaksin Pfizer haritu.. 😂 no side effect, no complications..

Dalam masa yang sama, Awal gembira dalam usia ayahnya kini 82 tahun, suntikan vaksin yang diterima itu merupakan hadiah hari lahir istimewa daripada pihak kerajaan buat ayahnya.

Alhamdulillah.. He is turning 82 next month! ni kira hadiah harijadi yang paling best untuk Abah dari Kerajaan Malaysia.

So buat yang ragu2 nak kasi parents diorang ambik Vaksin tu, Awal cadangkan cuba consult Doctor atau yang pakar, jangan baca whatsapp group atau tengok video video yang orang dok forward kat group tu semua. ntah betul ke tak pun kita tak tau.

Awakl juga memohon doa orang ramai supaya dipermudahkan urusan ayahnya selepas menerima dos kedua.

Saya ada kawan yang hilang mak bapak sebab Covid, sebab belum vaksin. So, either way pun ada risikonya..

Doakan Hj Ashaari ok je lepas 2nd dose dia hari ni.. Inshallah.

Belian barangan online DI SINI

Perkongsian Awal itu mendapat respond ramai termasuklah selebriti terkenal lain.

ctdk Inshaaallah.. sihat walafiat uncle
rizalmann Alhamdulillah… Terbaik uncle 👍🏼 semoga terus sihat², in shaa Allah
ciknorms33 Wah terbaiknya haji ashari.. Semoga panjang umur dan sihat selalu ye.. 👍
idolistashop Wahh sihat nya abah Awal😍 any daily routine tips tak? Did he take any suppliment ke for maintaining body’s heatlh
bykeishaadelia Alhamdulillah! Smoga stiasa sihat Hj Ashaari ❤️
azriny_thejr All the uncle.. kita 1 team.. completed vaccine.. 😁
razif_rahim83 Alhamdulillah, Tahniah Pakcik …stay safe 🤗
faezams Alhamdulillah .Semoga uncle terus sehat. Ayah Saya pon 82 dh complete vaksin . So far ok jer .

 

Sumber: awalashaari

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club