
Siapa yang tak kenal dengan pasangan romantis ini. Pelakon terkenal dan cantik, Nora Danish sentiasa mendapat perhatian ramai. Manakala suaminya yang lebih kenali sebagai Boss Ned sentiasa di sisi menyokong kerjaya seni isterinya.
Pasangan ini yang sentiasa kelihatan ‘sweet’ di media sosial sekali lagi membuatkan para peminat terhibur.
Nora yang memuat naik video aksinya cutenya menari bersama teman-teman dengan lagu lata yang trending kini kini iaitu nyanyian Rahimah Rahim, lagu Gadis dan Bunga.
Namun, Nora mendapat teguran ‘manja’ dari suaminya menyuruhnya balik ke rumah. Kapsyen ringkas suami Nora itu telah membuatkan peminat terhibur.
Dalam pada itu, Nora juga yang kelihatan memakai tudung ketika menari turut membuatkan peminta teruja dengan kecantikkan pelakon ini.
Asyik menari, suami suruh balik rumah!
Pakai tudung pun comel!
Sumber: noradanish
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
“Saya Sedih Bukan Sebab Tahu Hidap Kanser Tahap 4, Tapi Kerana Tak Dapat Lagi Susukan Anak.” Sebaknya Baca Kisah Ibu Ini.

Momen paling indah bagi seorang wanita apabila berpeluang mendukung anak sendiri. Hilang segala rasa sakit waktu bersalin bila menatap wajah si kecil yang menjadi tanda cinta antara suami isteri.
Namun, kesakitan melahirkan belum hilang, wanita ini dikejutkan dengan berita yang cukup mengejutkan. Selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara.
Empunya diri mengakui cukup sedih dengan berita tersebut kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Kerap alami demam
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
Selepas tiga bulan melahirkan anak kedua baru disahkan hidap kanser.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Setakat ini, saya sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.Bukan itu sahaja setiap bulan saya akan menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei saya sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
Kini cancer survivor tahap empat.
Sepanjang sesi temu bual dengan penulis mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah. Melihat akan dirinya yang cukup tenang dsan positif membuatkan penulis jatuh kagum kepada ibu ini.
Tatkala ditanya apakah yang membuatkan dirinya setenang itu sedangkan dia sedang menghadapi satu penyakit yang digeruni. Sementelah sudah ditahap empat.
Akuinya, segalanya sudah ketentuan Sang Pencipta. Sebagai umatNya, dia reda. Dalam masa yang sama, Siti Mastura turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya
Malah, dia juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Bukan itu sahaja,suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana anak saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura lagi.

Buat Pemeriksaan segera
Menyedari kekurangan dirinya, namun Siti Mastura seorang yang positif dan menasihati wanita di luar supaya mengambil tindakan yang cepat jika menyedari ada yang tidak kena pada diri.
“Payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertangguh kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.

“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakit) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Result Bahasa Inggeris D7, Doktor Falsafah Ini Tebus Kesilapan, Ulang SPM!

Gagal Sekali Bukan Gagal Selama-lamanya!” Kata-kata ini sangat membekas dalam diri sesiapa sahaja. Seolah-olah memberikanku semangat untuk bangkit semula terutama yang mendapat result SPM yang kurang cemerlang.
Begitulah usaha yang dilakukan oleh Doktor Falsafah ini, TS Dr Mohd Fadzil Abdul Hamid nekad mengambil semula kertas peperiksaan SPM subjek Bahasa Inggeris tahun 2021.
Berkongsi di ruang facebook miliknyan kisanya boleh menjadi motivasi kepada pelajar yang kurang cemerlang keputusan SPM.
Ikuti perkongsiannya.
𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍 𝐅𝐑𝐎𝐌 𝐘𝐎𝐔𝐑 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐀𝐊𝐄𝐒 (𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍)
- Alhamdulillah, tahun 2022 (SPM 2021) saya ambil keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris, saya bersyukur kerana keputusan yang keluar hari ini saya mendapat B+ (Kepujian Tertinggi).
- Mungkin ada yang tertanya kenapa nak ambil balik matapelajaran Bahasa Inggeris ini, secara jujurnya selepas keputusan senat UTM yang memperakui gelaran Doktor Falsafah pada Disember 2021. Saya bertanya kepada diri sendiri, “What Next?” selepas ini. Saya mula meneliti laluan kerjaya yang saya ada, jika pada masa depan saya ingin memohon jawatan pensyarah universiti (DS51/52), hampir kebanyakan universiti meletakkan syarat subjek bahasa Inggeris semasa SPM adalah Minimum B+ ataupun ujian IELTS (International English Language Testing System) dengan minimum band 6.5 . Keputusan SPM bahasa Inggeris saya sememangnya teruk iaitu D7.
- Semasa zaman bersekolah menengah saya membuat banyak kesilapan bodoh. Saya bukannya tidak bijak tetapi saya tidak mempunyai tujuan hidup ketika itu dan hanya mengikut arus dan tidak matang. Semasa tingkatan 5 saya di buang asrama dan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan sealiran yang lain. Saya langsung tidak belajar untuk ambil peperiksaan SPM. Hasilnya ada subjek dapat 8E, 7D, 5C, 3B. Oleh kerana satu subjek gagal (Kimia) maka tidak dipaparkan dalam sijil . Tanpa belajar pun saya masih mendapat 1A bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam yang membuktikan saya bukannya tidak pandai. Selepas SPM, saya pernah bekerja pergi mengikut orang menjadi nelayan, atendan pam minyak Petronas dan kerja di cyber cafe.
- Berbalik kepada keputusan saya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris SPM, saya terus mencari maklumat untuk berdaftar kerana ketika itu sudah Januari 2022, peperiksaan SPM akan bermula pada Februari 2022. Saya terus mendaftar dan membayar denda lewat sebagai calon persendirian. Dalam tempoh hanya sebulan saya mendapatkan bantuan daripada rakan guru bahasa inggeris untuk mengetahui format peperiksaan bagi bahasa Inggeris format baru CEFR iaitu terdapat 4 penilaian iaitu Reading, Writing, Listening and Speaking. Saya telah menetapkan sasaran yang realisitik dalam tempoh sebulan untuk belajar, saya hanya sasarkan untuk mendapatkan B+ .
- Saya berterima kasih kepada Cikgu Niwashini Nambiar, Cikgu Booby dan rakan sekerja Pn. Ida Amiza, Yu Kok Hui yang berkongsi tips subjek BI. Selebihnya saya perlu belajar sendiri kerana tempoh terlalu singkat, saya membeli buku rujukan Sasbadi dan Pelangi untuk belajar dan membuat latihan. Dan saya paling mengujakan saya banyak belajar daripada channel youtube “English Made Possible With Teacher EM” (https://www.youtube.com/channel/UCGdNFBQsFRfmJqBGkiz0fDQ). Selayaknya Cikgu Emily telah menerima pengiktirafan Anugerah Khas PDPR , KPM 2021.
- Selepas selesai peperiksaan ulangan SPM bagi subjek bahasa Inggeris ini, saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian IELTS (International English Language Testing System) pada bulan Mac 2022. IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS). IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia. Secara ringkas IELTS terbahagi kepada 4 komponen iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Format yang sama dengan SPM tahun ini iaitu CEFR Aligned. Alhamdulillah saya lebih bersedia ketika itu dan mendapat keputusan Band 6.5 iaitu sasaran yang realistik ketika itu.
- Rumusannya, saya ingin memberi kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kisah dan jalan kehidupan tersendiri. Jangan berputus asa sekiranya kita gagal kali pertama. Perjalanan belajar saya panjang daripada peringkat Diploma Politeknik (PSMZA), Ijazah Sarjana Muda (UTHM), Master (UTM) sehingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah ( UTM). Terus berusaha mengejar impian. Ingat setiap orang akan ada masanya yang tersendiri. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya ada yang berjaya pada usia yang lewat ;
(1) Colonel Sander – Buka KFC (62 Tahun)
(2) Lim Goh Tong – Membangunkan Genting Highlands (47 Tahun)
(3) Henry Nestle – Tubuh Syarikat Nestle (57 Tahun)
(4) Gordon Bowker – Pengasas bersama Starbucks (51 Tahun)
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang cemerlang. Kalau boleh diputarkan waktu, saya juga ingin cemerlang seperti anda semua pada ketika umur saya seperti anda.
Sumber: Fadzil Hanid
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
‘Close Contact’, Begini Dr Izzar Tunjuk Cara & Masa Yang Tepat Untuk Buat Ujian Kendiri Covid-19

Dalam keadaan pesakit Covid-19 semakin meningkat jumlahnya, tidak dinafikan akan menyebabkan orang disekelilingnya yang menjadi kontak rapat ingin pastikan diri sama ada bebas Covid-19 atau telah pun dijangkiti dengan kadar segera.
Namun timbul tanda tanya bilakah waktu yang betul-betul sesuai untuk anda lakukan ujian kendiri Covid-19 dengan menggunakan ujian antigen (RTK-AG) agar keputusan yang dibuat adalah tepat.
Mungkinkah sebaik sahaja anda tahu diri anda close contact atau bila diri menunjukkan gejala atau perlu tunggu beberapa hari?
Dr Izzar Anwari yang juga merupakan suami kepada pelakon, Ummi Nazeera menjelaskan berkenaan itu.
Info yang dikongsikan dapatlah untuk kita lebih faham dan disarankan juga agar setiap isi rumah penting mempunyai thermometer dan oximeter sebagai langkah berjaga-jaga bila mana jika anda perlu melakukan kuarantin di rumah sendiri.
Baiklah ini perkongsian detail daripada Dr Izzar, sila fahamkan sebaiknya.
Cara Betul Buat Ujian kendiri covid-19
HARITU BUAT UJIAN KENDIRI NEGATIF. TAPI HARI NI POSITIF PULAK. TIPU AH!
Mula-mula kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD
Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi. Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.
Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi?
Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.
Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak?
Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu.
Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.
Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba-tiba bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Dalam kes mula-mula buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.
Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) :
– Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu.
– Buat ujian apabila bergejala
– Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.
Sumber : Dr Izzar Anwari
Jom saksikan video Challenge Pengumpul Marsmallow Teragung!
Selalu anak-anak tengok haiwan di buku atau tv je kan? Haa ni peluang anda untuk bawa seisi keluarga tengok secara VIRTUAL dengan sertai E-Keluarga Gader bersama kami. Apa yang LEBIH SYOK, setiap penyertaan dengan bayaran RM30, anda layak menerima 1 TIKET FARM IN THE CITY secara PERCUMA!
Untuk keterangan lanjut boleh whatsapp http://www.wasap.my/60169647520
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Tonton juga video ini rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Disangka Beguk Rupanya Petanda Hidap Kanser Limfoma. Wanita Ni Berjuang Untuk Sembuh, Jadikan Inspirasi!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.