Jangan Asyik Cari Kesilapan Anak. Nak Jadi Ibu Bapa Hebat Kena Tahu 7 Cara Ini, Barulah Betul Didik Anak

Share

Untuk jadi ibu ayah yang hebat tentu perlu mengetahui beberapa cara pendekatan yang betul dalam mendidik anak-anak. Bukannya asyik mencari kesilapan anak. Anak-anak juga mempunyai emosi. Perkongsian seorang guru kaunselor di sebuah sekolah menengah begitu inspirasi untuk dikongsi bersama, Puan Farhan . Menurutnya terdapat tujuh perkara yang ibu bapa perlu tahu dalam mendidik anak.

1.Read

Nak jadi ibu ayah yang hebat kena rajin membaca. Bukan sekadar baca Facebook ye, tapi rajin rajin lah baca tentang ilmu mendidik anak. Dalam dunia hari ini, ramai pakar bahagian parenting. Semuanya dihujung jari, anda cuba perlu rajin untuk cari dan baca apa ilmu yang mereka kongsi agar anda dapat ambil input yang berguna dan amalkan dalam proses mendidik anak.Jangan jadi ibu ayah yang sombong dan rasa kita dah tahu serba serbi sedangkn banyak benda yang kita tidak tahu terutamanya berkaitan dengan perkembangan anak anak.

2.Reflect

R yang kedua adalah reflect. Sebelum jadi ibu bapa yang hebat, kita perlu sentiasa muhasabah. Setiap hari sebelum tidur fikir balik apa yang kita dah buat dengan anak anak hari ini. Bagaimana cara kita bercakap dengan mereka.Kasar ke atau sudah cukup berhikmah.

3.Responsive

R yang ketiga adalah Responsive. Nak jadi ibu dan ayah yang hebat kita perlu sentiasa jadi seorang yang responsive dan sensitif kepada anak anak.

Bagaimana cara kita respon kepada setiap permintaan dan perangai anak anak.

Adakah kita banyak guna emosi berbanding akal kita yang sihat. Adakah kita peka kepada perubahan anak anak?

4. Respect

Seorang ibu dan ayah yang hebat akan menghormati anak anak. Mereka tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan maruah anak anak.

Memarahi anak anak di hadapan khalayak ramai contohnya akan memalukan anak anak dan menyebabkan anak anak rasa diri mereka tidak di hormati dan hina.

Jadi, ibu bapa yang hebat tidak akan mengambil tindakan melulu sebegini.

Apabila anak anak diajar dengan rasa hormat, mereka juga akan cepat untuk belajar menghormati orang sekeliling.

Apabila mereka rasa apa yang mereka dapat itu sudah cukup, mereka akan mula berikan perkara itu kepada orang sekeliling (Farhan,2019)

5.Round table

Kalau dalam mesyuarat, akhir sekali kita akan buat round table. Kita ada bertanya sekiranya ada apa apa ketidakpuasan hati di antara ahli ahli mesyuarat yang lain. Kan.

Begitu juga kalau dalam rumah kita. Anda sebagai ibu dan ayah perlu sentiasa melakukan round table dan berbincang di antara anak anak. Tanya pada mereka jika ada perkara yang mereka tidak puas hati. Dari situ anda boleh cuba untuk duduk bersama dan selesaikan apa sahaja isu yang timbul.

6.Responsibality

Seterusnya ibu bapa yang hebat akan sedar bahawa bukan mereka sahaja yang mempunyai tanggungjawab dalam hidup ini. Malah anak anak juga ada tanggungjawab sendiri. Mereka tidak akan ‘pentingkan diri’ dan hanya fokus pada tanggungjawab masing masing. Ibu bapa yang hebat akan berusaha untuk membantu anak anak agar mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab masing masing.

7.Real

Akhir sekali, ibu bapa yang hebat perlu mrnjadi real.

Apa yang saya mahu fokus di sini adalah real dalam menjadi diri mereka sendiri. Tidak perlu untuk berpura pura di hadapan anak anak. Sebaliknya jadilah diri anda sendiri.

Tidak ada masalah untuk menunjukkan kelemahan anda. Tunjukkan kepada anak anda bahawa setiap hari anda belajar untuk menjadi lebih baik tanpa perlu berpura pura.

Anda perlu walk the talk.

Kalau anda suruh anak mengaji, anda juga perlu mengaji
Kalau anda tegur anak bercakap kasar anda juga perlu belajar mengubah cara anda bercakap

Sekiranya anda tersilap, jangan malu mengaku salah.

Akhir sekali, wujudlah secara real dalam dunia anak anak. Kadang kadang kita rasa kita sudah wujud dalam dunia anak anak, namun hakikat sebenarnya anda tidak wujud dalam dunia anak anak.

Kewujudan anda itu tidak real, kerana anda sibuk dengan urusan sendiri sehingga anak anak rasa kewujudan anda itu sekadar ada pada fizikal namun mereka tidak dapat merasa di jiwa mereka bahawa ibu dan ayah sebenarnya ada.

Ada bagaikan tiada, lebih teruk dari si yatim yang kehilangan ibu dan ayah di dunia.
.
Mulakan perubahan secara perlahan lahan. Saya percaya 7R ini akan membantu anda menjadi ibu bapa yang hebat!

#notaparentingpuanfarhan