Jangan Anggap Biasa-Biasa Aje. Setiap Luahan Isteri Itu Penting, Barulah Rumahtangga Itu Bahagia

Share

Semua pasangan inginkan rumahtangga bahagia walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga. Malah pakar telah membuktikan kunci kebahagian sesebuah perkahwinan terletak pada tangan seorang suami yang bijak mengendali emosi isteri. Oleh itu, jika isteri mahu meluahkan isi hati, dengarlah kata-katanya. Sebagaimana yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin  di laman facebooknya yang sungguh bermanfaat.


“Abg, saya ada benda nak cakap dgn abg ni…tp abg jgn marah plak…”
Cakaplah…
“Bleh tak kita pindah dduk asing…sewa sendiri?”
Kenapa, sini x ok? tak selesa? apa lagi yg xcukup? Awk dduk je la sini…jgn ikut sgt perasaan awk, jgn ikut sgt kwn2…
“Baiklah abg…saya minta maaf”
Byk isteri yg takut nk meluahkan perasaan mereka…mereka bimbang takut2 ada hati yg terluka atau terasa dgn luahan itu…mereka juga bimbang, apa yg diceritakan itu akan disalahertikan…
Mereka xnak jadi derhaka…xnak dianggap jahat dan tak bersyukur…
Pilihan terakhir, turutkan saja kemahuan dan kehendak suami, apa yg suami suruh, apa yg suami nak…suami, sedarkah apa yg tersirat disebalik pertanyaan tersebut? tahukah kita apa yg seorang isteri ingin memberitahu kita ttg isihatinya? apa yg dia mahu….apa yg dia lalui…apa yg dia rasa…
Kita selalu anggap yg itu hanyalah sebuah “pertanyaan biasa” sedangkan sebenarnya emosi isteri dah sarat, dah byk yg dipendamnya…terlalu byk yg disimpan dan tak diceritakan dan keberanian dia utk buka mulut, bertanya, merupakan caranya utk memberitahu bahawa dia sudah melepasi tahap2 yg dia mampu terima…
Klu kita xfaham, siapa lg yg faham…klu kita xambik apa2 tindakan, siapa lagi akan ambik tindakan?
Setiap luahan isteri itu penting, setiap cerita isteri itu penting dan setiap pertanyaan isteri itu penting…org pompuan akan pendam dan simpan selagi dia boleh but if dia dh xbleh, dia akan suarakan…dia akan ckp…
Peka, prihatin dan ambik tahu…itu isteri kita….