Jangan Ada Jurang Dengan Anak Perempuan. Ayah Take Note Apa Yang Mereka Inginkan Dari Anda!

Share

Semua orang tahu sifat seorang perempuan perlukan kasih sayang, perhatian dan sokongan dari seorang lelaki.

Ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup seorang anak. Bukan hanya berperanan sebagai hero, malah ayah sangat penting bagi seorang anak perempuan kerana mereka akan dijadikan contoh dalam kehidupan mereka.

Jangan sesekali letakkan jurang antara ayah dan anak perempuan sedari kecil, ia akan beri impak pada mereka bila besar nanti. Nak tahu apa yang anak perempuan harapkan dari seorang ayah? Jom tengok perkongsian dari Redza Zainol

ini!

5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya

1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.

Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.

– Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
– Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
– Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.

2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.

Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi. Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.

Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.

Sebab tu penting untuk kita ada “Special Time” dengan setiap anak.

✔️ Luang masa selama 15 minit sehari dah boleh buat anak tersenyum sepanjang malam.

✔️ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.

✔️ Masa ni kita fokus hanya untuk diri kita dan anak.

✔️ Aktiviti pula biarlah ditentukan oleh anak.

Anak perempuan yang banyak bermain bersama ayah sejak kecil, dia tak kekok membuat aktiviti bersama ayahnya walaupun sudah remaja.

3) Mereka nak ayah yang kagum dengan idea dan pendapat mereka.

– Anak perempuan akan rasa mereka bijak di mata ayah.
– Rasa mereka ada nilai diri yang tinggi.
– Mereka nak ayah yang beri pujian ikhlas dari hati.

4) Mereka nak didengari.

Mereka suka bila ayah tanya apa yang mereka fikirkan atau apa impian mereka.

Cuba fahami dunia dari kacamata anak perempuan kita. Bila anak rasa diri dia didengari, kemungkinan untuk dia dengar apa yang kita mahu katakan pula adalah lebih tinggi.

5) Belajar cara lelaki bergaul dari ayah.

Anak perempuan belajar bergurau, belajar menyelesaikan konflik dan belajar berbincang tentang perkara yang serius dalam keadaan yang tenang.

Ayahlah orang paling penting untuk anak perempuan bina “Self-Esteem” dirinya.

Jika ibu ialah tempat anak perempuan berasa paling selamat, ayah pula akan mengangkat anak perempuannya hingga dia terbang setinggi-tingginya.