Semua orang tahu sifat seorang perempuan perlukan kasih sayang, perhatian dan sokongan dari seorang lelaki.
Ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup seorang anak. Bukan hanya berperanan sebagai hero, malah ayah sangat penting bagi seorang anak perempuan kerana mereka akan dijadikan contoh dalam kehidupan mereka.
Jangan sesekali letakkan jurang antara ayah dan anak perempuan sedari kecil, ia akan beri impak pada mereka bila besar nanti. Nak tahu apa yang anak perempuan harapkan dari seorang ayah? Jom tengok perkongsian dari Redza Zainol ini!
5 Perkara Yang Anak Perempuan Inginkan dari Ayahnya
1) Nak ayah yang boleh melindungi mereka.
Mereka perlu rasa 2 perkara ini iaitu rasa percaya dan rasa selamat ketika bersama ayah.
– Rasa ni diperoleh bila mereka tak disakiti.
– Rasa tak takut tinggal serumah dengan ayah.
– Anak rasa lebih selamat bila ayah bertutur dengan suara yang lembut.
2) Nak rasa keberadaan seorang ayah.
Ads
Ayah yang terlalu sibuk bekerja dan mengabaikan anak perempuan akan buat dirinya rasa tak disayangi. Luka emosi dan trauma itu akan mereka bawa hingga ke alam dewasa.
Paling sedih, bila anak perempuan anggap dirinya tak bernilai di mata ayah.
Sebab tu penting untuk kita ada “Special Time” dengan setiap anak.
✔️ Luang masa selama 15 minit sehari dah boleh buat anak tersenyum sepanjang malam.
✔️ Pada hujung minggu, boleh dibuat beberapa kali dalam sehari.
Ads
✔️ Masa ni kita fokus hanya untuk diri kita dan anak.
✔️ Aktiviti pula biarlah ditentukan oleh anak.
Anak perempuan yang banyak bermain bersama ayah sejak kecil, dia tak kekok membuat aktiviti bersama ayahnya walaupun sudah remaja.
3) Mereka nak ayah yang kagum dengan idea dan pendapat mereka.
– Anak perempuan akan rasa mereka bijak di mata ayah.
– Rasa mereka ada nilai diri yang tinggi.
– Mereka nak ayah yang beri pujian ikhlas dari hati.
Ads
4) Mereka nak didengari.
Mereka suka bila ayah tanya apa yang mereka fikirkan atau apa impian mereka.
Cuba fahami dunia dari kacamata anak perempuan kita. Bila anak rasa diri dia didengari, kemungkinan untuk dia dengar apa yang kita mahu katakan pula adalah lebih tinggi.
5) Belajar cara lelaki bergaul dari ayah.
Anak perempuan belajar bergurau, belajar menyelesaikan konflik dan belajar berbincang tentang perkara yang serius dalam keadaan yang tenang.
Ayahlah orang paling penting untuk anak perempuan bina “Self-Esteem” dirinya.
Jika ibu ialah tempat anak perempuan berasa paling selamat, ayah pula akan mengangkat anak perempuannya hingga dia terbang setinggi-tingginya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan sebentar tadi. Beliau menjelaskan keputusan dibuat selepas perbincangan dan mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjamin keselamatan dan memutuskan rantaian COVID-19.
Ia juga bertujuan memberi ruang kepada petuga kesihatan memerangi penularan COVID-19, selain mengelakkan penularan semula wabak ini dalam masyarakat. Sekali gus, Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal. Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan.
SESI SEKOLAH DITANGGUHKAN SETELAH MENGAMBIL MAKLUM KEBIMBANGAN IBU BAPA TERHADAP KESELAMATAN ANAK-ANAK.
Gambar hiasan
Dalam pada itu, pengumuman ini juga memberikan kelegaaan kepada semua ibu bapa yang sebelum ini melahirkan kerisauan akan keselamatan anak-anak jika PKP ditamatkan setelah pergi ke sekolah. Keputusan dibuat selepas mengambil maklum kebimbangan ibu bapa dan orang ramai terhadap keselamatan anak masing-masing.
Justeru, beliau menjelaskan bahawa sesi persekolahan turut ditangguhkan sehingga keadaan benar-benar pulih. Home Base Learning akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lama lagi supaya pelajar dapat belajar dari rumah.
Tan Sri Muhyiddin, juga mengingatkan kepada rakyat Malaysia, supaya siap sedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama sehingga penularan virus bahaya ini diatasi seratus peratus.
Untuk rekod, tempoh perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakaan sebelum ini adalah pada 18 hingga 31 Mac 2020 iaitu fasa pertama selama 14 hari. Seterusnya fasa kedua pada 1 hingga 14 April 2020.
Semoga kita semua dapat menamatkan rantaian virus bahaya ini.
Sering kali kita mendengar kisah mentua dan menantu perempuan tidak sehaluan. Ada sahaja insiden yang membuatkan kedua-duanya berantakan sehingga memeningkan kepalan ahli keluarga lain.
Namun berbeza dengan selebriti yang sorang ini. Jika kebanyakan ibu mertua dan menantu perempuan sering berselisih pendapat, namun hal itu tidak dirasai oleh Maria dan Shahirah.
Hubungan baik yang terjalin antara mereka berdua adakalanya menimbulkan rasa iri dikalangan wanita lain. Bahkan, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera lebih rapat dengan mentuanya.
Tidak hairanlah setiap kali tiba bulan ramadan, air tangan mentuanya menjadi hidangan berbuka untuk mereka seisi keluarga.
“Lauk mak mentua yang masak, aku dah 18 tahun bersama suami, alhamdulillah mak mentua semua sponsor. Mak mentua yang sama.
“Kalau yang lama pun alhamdulillah baik. Dapat mak mentua bagus masyaAllah untungnya,” ujar penyampai radio Suria Fm ni lagi.
Dalam masa yang sama, Shiera turut menitipkan pesanan kepada semua menantu supaya berbaik-baik dengan mentua dan saling menghormati.
“Jangan kurang ajar dengan mak mentua, jaga hati walaupun dia bukan ibu kamu sendiri. Kalau dapat mentua jenis yang berkira, tak perlu nak melawan atau apa.
“Biar kita beli sendiri, selagi kita mampu, kita larat. Kalau ada tak apa, kalau tak ada tak apa. Mana yang baik tu kita ambil,” jelas Shiera lagi.
Dalam pada itu, Datin Maria Arshad dalam satu kenyataan sebelum ini berkongsi hubungan baik dengan menantunya itu. Maria yang mempunyai tujuh orang anak dan lima cucu menyifatkan Shahirah sebagai individu yang boleh dibuat rakan.
“Sebenarnya saya lebih banyak telefon Shahirah daripada Ijoy. Bila ada kecemasan atau perkara yang saya nak tahu, saya hubungi Shahirah dan dia sangat membantu.
“Menjaga hubungan mertua dan menantu ini mudah. Saya jarang menyibuk dalam hal rumah tangga anak-anak saya dan seboleh-bolehnya tidak mahu mencelah.
“Saya bagi kebebasan kepada mereka. Tambahan pula hubungan saya dengan ibu bapa Shahirah cukup rapat,” dedah Maria.
Dalam kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua, penyanyi dan pengacara, Aril Pilus memberitahu hatinya masih bimbang memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.
“Assalamualaikum, syukur atas kurniaan Allah swt, isteri saya selamat melahirkan baby manja jam 10:20pagi, alhamdulillah, walau bagaimanapun, keadaan isteri saya masih belum stabil, kesan daripada pendarahan yg tak berhenti akibat daripada ketumbuhan (fibroid) yg melekat dibahagian servik dan rahim menyukarkan proses untuk pendarahan berhenti.. setelah mendapat nasihat daripada Dr, isteri saya sekali lagi dimasukkan ke dalam OT untuk proses pembuangan fibroid dan rahim.. doakan isteri saya selamat dan kembali sihat seperti sedia kala.. amin
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu”
Walau bagaimanapun, Airil memaklumkan bahawa isterinya, terpaksa dimasukkan ke dalam bilik pembedahan sekali lagi bagi menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan (fibroid) yang melekat di bahagian servik dan rahim.
Di akhir hantarannya itu, Aril memohon doa orang ramai agar segala urusan isterinya selepas menjalani pembedahan dipermudah.
Sekadar info, Aril dan Puteri Erma mendirikan rumah tangga mereka pada 20 Disember 2013 yang lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael, 8.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...