Selain penjagaan yang tepat, mengambil makanan yang sihat juga baik dalam menjaga kulit yang cantik. Bila usia semakin meningkat, kulit juga semakin menampakkan garis kedutannya.
Mulalah risau akan penuaan dan kedutan yang mula timbul. Nyatanya kedutan kulit tidak mampu kita elakkan kerana tua pasti berlaku.
Namun ada cara untuk anda memastikan kulit dianjalkan dan masalah penuaan dilambatkan sedikit berbanding waktunya. Bagaimana?
Amalan penjagaan kulit yang sihat dan pemakanan yang tepat terutama makanan yang bersifat lembap, sangat membantu kulit tampil sihat dan lebih muda.
Lima jenis makanan ini sangat membantu.
TOMATO
Buah tomato tinggi kandungan lycopene, yang merupakan penghalang sinar UV secara semulajadi. Kulit yang terlindung daripada sinaran cahaya matahari membuatkan lebih muda, lembut dan kurang risiko kedutan. Tip yang boleh dikongsikan adalah dengan menampal hirisan tomato pada wajah. Anda juga boleh hancurkan tomato dan dijadikan masker sebelum tidur.
TIMUN
Kandungan bahan berwarna hijau yang terdapat di dalam sebiji buah timun membantu melembapkan kulit. Mulakan setiap hari anda dengan mengambil segelas jus timun ini. Menu yang disarankan adalah dengan mencampurkan timun bersama epal hijau atau sedikit yogurt asli di dalamnya. Kisarkan dan minum. Amalkan diminum setiap hari. Selain awet muda, ia membantu membuang toksin kotor yang menjadi punca kulit tampak lesu.
MANGGA
Buah mangga kaya dengan vitamin A dan C yang berfungsi mencerah dan menghasilkan sel kulit menjadi lebih lembut dan muda. Kaedahnya adalah dengan cara mencampurkan mangga bersama putih telur dan kisar hingga hancur. Apabila sudah sebati, sapukan pada wajah menggunakan hujung jari sehingga ke leher. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air bersih. Akhiri dengan losen wajah.
STRAWBERI
Buah strawberi merupakan sumber vitamin C paling berkesan dalam mencerahkan kulit. Bukan saja kaya potasium, folat dan serat, tetapi juga antioksida. Hancurkan tiga biji buah strawberi dan sapu pada wajah selama 10 minit. Kemudian bersih menggunakan air bersih.
Oren
Pendedahan kepada unsur-unsur pencemaran seperti matahari atau asap rokok boleh mematikan kulit anda. Pengambilan buah oren yang kaya antioksida ini membantu mempertahankan kulit. Kisar dan jadikan minuman jus setiap hari.