
Menjandakan isteri sendiri untuk menikahi janda lain tanpa sebab kukuh adalah satu tindakan yang ralat. Demikian tulis Dr Syahr Musafir ketika mengulas mengenai luahan sorang isteri yang diceraikan oleh suaminya ketika perut tengah memboyot.
Ditambah dengan isteri itu isteri yang baik, dan keadaannya sedang mengandungkan anak dari benih si suami itu sendiri. Sampai hati kamu, wahai lelaki…..
Jika benar kisah yang diceritakan oleh wanita yang sedang hamil itu tentang dirimu, maka tersebarlah segala aibmu ke seluruh dunia. Nak campak muka ke mana lagi?
Jika benar kisah kau menceraikan isterimu yang sedang hamil kerana kau mahu mengahwini wanita lain tanpa alasan yang solid dan boleh diterima akal, nama-nama PU lain pun akan sedikit-sebanyak tercemar sekali walaupun kau seorang saja yang berbuat onar. Kes kau jadi bola tanggung bagi pembenci-pembenci agamawan dan Islam.
Jika wanita itu menipu dan kau teraniaya, atau kau betul-betul menipu dan dia teraniaya, moga Allah rendahkan martabat si pesalah dan tinggikan martabat si mangsa.
Isteri bukan hak milik, tetapi amanah.
Suami bukan pemilik, tetapi pemegang amanah.
ISTERI BUKAN BARANG PAKAI BUANG!!!!!!!!
Dan perempuan-perempuan, dah tahu lelaki tu suami wanita lain, TOLONGLAH JANGAN MENYONDOL!!!!!!!
#KisahMasyarakat 20/04/2019
Kiub Ais Tepung Beras Elok Untuk Wajah & Ni Rahsianya Nak Nampak Berseri!

Salah satu penyebab kulit muka cepat rosak dan nampak tidak berseri adalah disebabkan seseorang wanita itu memang tidak melakukan rutin harian dalam penjagaan wajah. Mana mungkin nak cantik tanpa ada usaha, betul tak? Paling ringkas kenalah dicuci bersih wajah setiap hari.
Namun jika inginkan wajah yang lebih mulus dan flawless, selain menggunakan produk yang sedia ada dipasaran, anda juga boleh gunakan tepung beras!
Mungkin kedengaran agak pelik bagi sebahagian antara kita. Namun tahukah anda kaedah dan cara ini telah ada yang mengamalkannya bagi mendapatkan kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai yang mana dia juga merupakan seorang yang begitu aktif berkongsi petua kecantikan dan kesihatan secara alami di akaun fbnya.
Melalui perkongsiannya ini dapat dilihat terdapat begitu banyak kaedah dan cara yang boleh diamalkan dalam perawatan wajah yang lebih menjimatkan. Dan apa yang lebih penting selamat sebab tiada menggandungi bahan-bahan kimia. Senang cakap, memang terbaik!
ICE CUBE KULIT PELOLES
“Walaupun dia murah, tapi dia ada memacam khasiat untuk kulit kita tau. Yang penting kalau rajin guna kulit boleh cerah dan peloles. Tapi siapa yang kulit sensitive dengan ice, tak yah guna resepi ni ye. Tunggu jek petua lain yang Aisyah akan share. Okey Senorita,”– Aisyah
Jom tengok cara buat ice cube ni
Bahan-bahan:
1 sdb tepung beras ( yg Aisyah beli ni dah siap campur dengan tepung jagung)
1 gelas air tapis/ mineral
Cara buat :
- Campurkan tepung beras dengan air tapis. Kacau rata-rata.
- Pastu masukkan dalam bekas ice cube. Dan bekukan selama 5-6 jam.
- Bila dah beku, korang golek golek kan dia kat muka.
Tips : Buat sekurang kurangnya 2 kali seminggu. Kalau rajin, boleh buat selalu. 1 hari 1 ice cube jek dah cukup.
Ni antara khasiat ice cube tepung beras
– mengecilkan pori muka
– mengurangkan minyak kat muka
– mengurangkan merah akibat jerawat ( jerawat bengkak)
– sunburn
– kurangkan eye bag
– mencerahkan kulit
– kurangkan bintik hitam dan jerawat
Sumber : Aisyah Badar Bajrai
Azian Mazwan Sapuwan Dapat Cucu Lagi, Umur Baru 49, Dah Ada Tiga Cucu

Isi Kandungan
ToggleAzian Mazwan Sapuwan dapat cucu lagi, umur baru 49, dah ada tiga cucu. Azian Mazwan Sapuwan siapa yang tidak kenal dengan artis wanita era 80an yang cukup popular dengan lagu berjudul Rumah Kecil Tiang Seribu dan Erti Budi.
Azian Mazwan Sapuwan Dapat Cucu Lagi
Melalui hantaran yang dikongsikan dilaman Instagramnya, Azian berkongsi berita gembira menyambut kelahiran cucunya.
“Alhamdulillah..syukur Ya Allah.
Semoga cucu mama dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik dan menjadi anakanda yang solehah kepada ayah dan ibu sayang.
Doaku, “Aku memohon perlindungan untuknya anak cucu keturunanku dengan kalimat-kalimat Allah dari segala Syaitan, kesusahan dan pandangan yang jahat.”.. Aamiin Ya Rabb,”tulisnya di ruangan kapsyen.
Umur Baru 49, Dah Ada Tiga Cucu
Siapa sangka wanita yang memiliki susuk tubuh persis anak dara ini sebenarnya ibu kepada 7 orang anak dan berusia 49 tahun. Selain mengekalkan bentuk badan, Azian yang berketinggian 154 sm ini juga berjaya memiliki saiz pinggang idaman ramai wanita iaitu 27 inci dengan berat 49 kg.
Mempunyai berat badan yang sukar naik juga adalah satu kelebihan buat Azian. Berikut rahsia cantik dan sihat yang dikongsikan oleh Azian.
10 RAHSIA CANTIK DAN SIHAT AZIAN MAZWAN SAPUWAN
1.Jangan minum ais kerana ianya sejuk. Bimbang urat dan perut kita sejuk, tegang seterusnya kita jadi tidak sihat. Apabila tidak sihat terus naik ke muka. Kalau nak minum sekali sekala boleh.
2.Ambil sekurang-kurangnya satu jenis vitamin sebagai makanan tambahan untuk badan. Jangan berlebihan bimbang nanti antibodi badan yang sedia ada akan terganggu. Saya mengamalkan satu jenis vitamin sahaja iaitu CalMeg (kalsium dan magnesium dalam satu tablet).
3.Banyakkan meminum air kosong.
4.Tidur yang cukup. Tidak semestinya tidur yang lama tetapi tidur dalam jangka masa ideal yang diperlukan badan.
5.Elakkan bangun lambat bimbang nanti badan akan menjadi lesu, penat, malas dan sakit urat.
6.Mandi pagi sebelum Subuh. Badan kekal cergas dan segar sepanjang hari.
7.Jaga pemakanan. Kalau makan nasi ambil lauk yang tidak memudaratkan tekak, perut dan badan. Contohnya alergik.
8.Saya amalkan minum air kunyit tetapi tidak terlalu kerap. Apabila datang bulan saya berhenti buat sementara. Saya dapatkan stok dari seorang rakan yang membuatnya sendiri. Jus kunyit bagus untuk kulit muka serta urat-urat badan.
9.Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri. Jangan mudah buruk sangka kepada seseorang kerana kita sendiri belum tentu sempurna dan terbaik. Lebih baik perbaiki kekurangan diri. Elakkan banyak berborak kosong kerana ia membawa kita ke arah anasir-anasir negatif.
10.Sentiasa menjaga penampilan diri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Simple pun orang tetap akan pandang kita. Untuk seri wajah sekurang-kurangnya calitlah lipstik ketika hendak keluar.
Sumber: Instagram Azian Mazwan Sapuwan
Baca artikel lain juga: “Ya Allah, kuatkan aku.” 3 Minggu Koma Akibat Kemalangan, Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia. Al-Fatihah!
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Guna Cecair Peluntur Aje Nak Bersihkan Papan Pemotong. Ahli Kimia Ini Kongsi Petua.

Papan pemotong ini memang banyak gunanya. Tapi jika tak jaga kebersihan boleh menjadi ‘sarang’ bakteria. Maklumlah hari-hari kita guna ketika didapur.
Menurut Dr Charles Gerba iaitu seorang ahli mikrobiologi di Universiti Arizona mengatakan ” Papan pemotong di dapur mempunyai 200 kali ganda bakteria berbanding bakteria di mangkuk tandas”.
Dan bakteria ini adalah sama seperti bakteria di dalam tinja anda. Ianya adalah kuman Salmonella dan juga E. coli.
Sebenarnya walaupun kita telah membersihkan papan pemotong itu dengan cermat, masih akan terdapat juga bakteria tersebut pada papan pemotong tersebut terutamanya papan pemotong yang mempunyai calar dan daki yang kehitaman pada papan pemotong tersebut.
Sehubungan itu, menerusi facebook Fatimah Salim yang juga merupakan seorang ahli kimia, berkongsi cara untuk membersihkan papan pemotong dengan cara yang mudah tanpa perlu menyental.
IKUTI PERKONGSIAN INI

Tahukah anda, papan pemotong merupakan alat penggunaan dapur yang paling kotor?!Jika tidak dibersihkan dengan betul dan kerap, ianya boleh menjadi ‘sarang’ kepada beribu jenis kuman.
Ada banyak petua dan cara membersihkan papan pemotong ini. Namun bergantung kepada tahap kekotoran, kadang-kadang ianya tidak berkesan perlukan lebih masa, usaha dan tenaga (menyental).
Di sini, saya kongsikan cara yang lebih mudah, cepat dan tanpa perlu menyental. Cara ini hanya sesuai untuk mereka yang berani, teliti dan cermat.
CARANYA:

• Lap dan keringkan permukaan yang perlu dibersihkan.
• Tuangkan cecair peluntur Clorox secara perlahan-lahan pada bahagian papan pemotong yang kotor. Pastikan seluruh permukaan yang mengandungi kotoran degil berjaya dibasahkan. Boleh gunakan sudu keluli tahan karat untuk ratakan.
• Tinggalkan selama 30 minit untuk tindakbalas yang optimun. Atau lebih lama bergantung kepada hasil yang diperolehi.
• Cuci dan rendam papan pemotong seketika sehingga BAU cecair peluntur hilang. Ini untuk memastikan tiada cecair peluntur yang tertinggal pada papan pemotong.
• Dan gunakan seperti biasa.
PERHATIAN:

1) Cecair peluntur Clorox mengandungi bahan kimia aktif natrium hipoklorit yang bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng kerana cecair peluntur mudah meruap dan menghasilkan bau yang kuat. Ianya boleh menyebabkan komplikasi lain.
3) Pastikan aktiviti ini dibuat dalam ruang yang mempunyai pengudaraan yang baik contoh ruang terbuka atau ada tingkap.
Nota: Tidak perlu tuang banyak cecair peluntur ini. Cukup sekadar rata ke permukaan yang perlu dibersihkan. Jimat dan kurang bau yang tidak menyenangkan.
Kredit: Fatimah Salim