“Janda, Anak Dara Tua Atau Mandul, Kena Hormat Status Sendiri & Bersyukur Kerana Dalamnya Banyak Pengajaran.”-Farah Lee

Share

Berkata-kata yang baik-baik  maka yang baik juga akan terzahir dari dalam diri kita. Demikian juga dengan status yang dimuat naik oleh Farah Lee, instafemes yang kini berada di luar negara bagi menyambung pengajiannya.

Pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli ini juga merupakan bekas isteri Ally Iskandar. Belaiu rajin memuat naik perkongsian dan tip keibubapaan di laman instagramnya.

Terbaru, Farah Lee memberi pesanan kepada individu tertentu.

“Macam mana nak buat orang respect dengan status anda sekarang adalah dengan anda sendiri respect status tersebut.

“Be it janda or anak dara tua or mandul or loser or whatever other terms the ignorants gave you, be thankful for it, kerana dalamnya terdapat banyak pengajaran, yang tak semua diberi merasa oleh Tuhan. Embrace, and be you.#FLwrites

Status tersebut dikongsikan oleh Farah Lee menerusi instagramnya baru-baru ini.

Walau bagaimana pun, Farah menjelaskan status berkenaan bukanlah berkenaan orang yang suka ‘membawang’, sebaliknya ia ditujukan buat mereka yang ‘down’.

“Pssst : Don’t get me wrong. It’s not about bawang2 well you know I memang usually #pangkang

 je benda2 tu and live my own life hehe. Apa yang saya maksudkan, sesetengah orang yang rasa down dengan status mereka sekarang tambah dengan mulut bawang.

“So I was trinna tell them that, whatever they’re facing right now, is the best for them and they should embrace, and learn from the journey. Because only them have the power to control themselves.

“Selagi diri malu dengan diri sendiri, selagi tu kita akan affected dengan mulut orang, malu nak bangkit berdiri lagi. Then they won’t heal,”ujar Farah lagi.

Farah Lee mendirikan rumah tangga bersama Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan, Maream Esabell. Namun, tiada jodoh mereka berpisah namun tetap baik atas dasar anak.

#pangkang berjemaah ?

Sumber: IG farahlee_