Rumah terbuka bertambah sempurna bila turut dihidangkan pelbagai menu yang enak. Antaranya resipi tart telur ini. Nak tahu resipinya, ini dikongsikan oleh Suraya.
Resepi ni senang dan simple sebab tak payah bakar kulit tart dulu..
Kiranya buat kulit tart pastu terus tuang je bancuhan susu + telur..pastu bakar..
Ok ni resepinya
Tart telur
(Anggaran 40 biji saiz 6.5cm)
Kulit tart
250gm mentega
100gm gula aising
1 sudu makan susu segar/ air paip
500 gm tepung gandum @ secukupnya
1 sudu teh esen vanila
-Gaul gula dengan mentega dan vanila.
-Campurkan susu segar dan gaul rata.
-Kemudian campurkan tepung gandum sikit-sikit dan uli sampai pejal dan tak lekat pada tangan.
-Ambil sedikit doh tepung dan tekan pada acuan tart.
Inti kastard tart telur
-1 tin susu cair
-1 tin air paip (sukat guna tin susu cair)
-1 setengah cawan gula pasir
-5 biji telur gred d
-1 sudu besar tepung kastard
-1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
-Bancuh susu cair, air paip, gula, esen vanila dan tepung kastard.
-Kacau sampai gula larut.
-Sementara itu pecahkan 5 biji telur ke dalam bekas lain kemudian tapiskan telur tersebut guna penapis teh ke dalam bancuhan susu cair tadi.
-Tambah sedikit warna kuning.
-Tuangkan bancuhan susu yang sudah siap ke dalam kulit tart yang belum dibakar.
-Bakar tart telur di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 200°c rak pling bawah sekali.
Sumber : Suraya Yaacob via MAHN