
Rumah terbuka bertambah sempurna bila turut dihidangkan pelbagai menu yang enak. Antaranya resipi tart telur ini. Nak tahu resipinya, ini dikongsikan oleh Suraya.
Resepi ni senang dan simple sebab tak payah bakar kulit tart dulu..
Kiranya buat kulit tart pastu terus tuang je bancuhan susu + telur..pastu bakar..
Ok ni resepinya
Tart telur
(Anggaran 40 biji saiz 6.5cm)
Kulit tart
250gm mentega
100gm gula aising
1 sudu makan susu segar/ air paip
500 gm tepung gandum @ secukupnya
1 sudu teh esen vanila
-Gaul gula dengan mentega dan vanila.
-Campurkan susu segar dan gaul rata.
-Kemudian campurkan tepung gandum sikit-sikit dan uli sampai pejal dan tak lekat pada tangan.
-Ambil sedikit doh tepung dan tekan pada acuan tart.
Inti kastard tart telur
-1 tin susu cair
-1 tin air paip (sukat guna tin susu cair)
-1 setengah cawan gula pasir
-5 biji telur gred d
-1 sudu besar tepung kastard
-1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
-Bancuh susu cair, air paip, gula, esen vanila dan tepung kastard.
-Kacau sampai gula larut.
-Sementara itu pecahkan 5 biji telur ke dalam bekas lain kemudian tapiskan telur tersebut guna penapis teh ke dalam bancuhan susu cair tadi.
-Tambah sedikit warna kuning.
-Tuangkan bancuhan susu yang sudah siap ke dalam kulit tart yang belum dibakar.
-Bakar tart telur di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 200°c rak pling bawah sekali.
Sumber : Suraya Yaacob via MAHN
“Terima Kasih Emak, Ayah, Doakan Dik Wan.” Raih 3 Emas, Dik Wan Buktikan Cerebral Palsy Tak Halang Lakar Kejayaan. Tahniah!

Tiga pingat emas berjaya dikutip oleh Atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam Sukan Para Asia 2018 di Jakarta baru-baru ini.
Dia yang lebih mesra dengan panggilan ‘Dik Wan’ dalam kalangan rakan sepelatihnya, mengakui, ibu bapanya iaitu Mohamad Puzi, 58, dan Lailah Salleh, 50 menjadi antara individu penting yang mendorongnya untuk terus mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa.
“Doa dan sokongan padu ibu bapa serta ahli keluarga menjadi azimat terbaik untuk mencipta kejayaan luar biasa
“Dik Wan nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga dan rakan sepasukan di atas kejayaan cemerlang ini.
“Tidak dilupakan staf Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang banyak membantu Dik Wan sepanjang berada di Jakarta.
Bapa Dik Wan dalam pada itu mengakui cukup berbangga dengan pencapaian cemerlang yang diraih anaknya pada temasya sukan berkenaan.
“Pakcik rasa amat bersyukur kepada Allah S.W.T di atas kejayaan cemerlang anak saya pada Sukan Para Asia dan kami sekeluarga berharap dia dapat kekalkan kecemerlangannya pada mana-mana kejohanan selepas ini,” jelas Mohamad Puzi yang tiba di KLIA selepas selesai mengerjakan umrah bersama isterinya di Mekah.
Mohamad Ridzuan mempamerkan aksi luar biasa setelah meraih tiga emas pada Sukan Para Asia 2018 selain turut mencipta satu rekod dunia.
Dia memenangi emas pertama dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) dengan catatan masa 11.87 saat, sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.
Ridzuan meraih emas kedua dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat.Anak jati Perlis itu meneruskan aksi cemerlangnya setelah memenangi emas ketiga dalam acara lompat jauh T36, dengan catatan rekod baharu temasya iaitu 5.49m.
Ridzuan sebelum ini mencipta fenomena baharu sejarah sukan negara apabila muncul sebagai atlet negara pertama yang berjaya meraih pingat emas di temasya Sukan Paralimpik Rio 2016.
Dik Wan disahkan doktor menghidap cerebral palsy sejak berusia setahun. Namun kekurangan tersebut bukan penghalang untuk dia mencipta kejayaan dalam bidang sukan.
Menurut laman web Paralympic.org, Mohamad Ridzuan mula menceburi sukan ini untuk satu acara perlawanan antara sekolah di Perlis. Bakatnya dicungkil pada 2004. Dik Wan membuat kemunculan pertama sebagai atlet profesional dalam Sukan Para ASEAN yang diadakan di Solo, Indonesia pada 2011.
View this post on InstagramA post shared by Ridzuan Puzi (@ridzuan.___) on
Sumber: Bernama & IG ridzuan.___
‘Subuh Gajah’, Bila Nak Solat Kena Niat Qada Atau Niat Biasa. Ni Pu Azman Terangkan!

‘Subuh gajah’ adalah istilah yang biasa kita dengar untuk menandakan bila seseorang mengarjakan solat tetapi di penghujung waktu. Apatah lagi jika berlaku kejadian terlewat bangun walau jarang-jarang berlaku namun bila sekali sekala terjadi memang boleh buat kita menggelabah. Memikirkan solat subuh yang tertinggal, terasa begitu berdosa pula di hati kalau di tinggalkan begitu sahaja.
Jadi apa sepatutnya perlu kita lakukan berkenaan solat yang tertinggal? Perlu diniatkan qado atau niat biasa sahaja.
Menerusi akaun instagram Pu Azman, ada dikongsikan hukum terlewat solat disebabkan terlambat bangun tidur. Jika terjadi, apa perlu kita lakukan dan bagaimana mana pula niatnya. Untuk lebih jelas, semua ini dijawab oleh Pu Azman seperti perkongsiannya di bawah ini.
Kalau terbangun lewat subuh, walaupun matahari sudah meninggi contohnya jam 10, maka solat terus tanpa tangguh.
Yang salah itu bukan sebab tak sengaja bangun lewat, tapi sebab bila dah bangun, banyak benda lain yang kita buat.
مَنْ نَسِيَ الصَّلاَةَ فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا.
Maksud :”Siapa yang terlupa solat (terlepas solat disebabkan terlupa) maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia mengingatnya semula”.
Niat boleh samada niat macam biasa atau niat qada’.
Jadi bila bangkit selepas tidur, terus solat. Sebelum bangkit selepas mati, terus akhirat.
Jadi hukum ini sama juga dengan solat-solat yang lain iaitu zuhur, asar, maghrib dan isyak. Yang tak perlu, solat jenazah jer.
Tukang edit @ameershah48
Rata-rata netizen berterima kasih dengan perkongsian daripada Pu Azman dan ramai juga terus mengajukan beberapa lagi persoalan berkaitan mengganti solat yang tertinggal untuk lebih kefahaman.
sumber : Ig pu_azman
Ibu Anak 9 Ni, Walau Sibuk Urus Keluarga Masih Boleh Buat Duit Dari Rumah. Memang Superb & Boleh Contohi!

Berkongsi pengalaman bersama Puan Juriah Halimatun Ahmad, seorang surirumah dan juga merupakan ibu kepada sembilan orang anak, nyata bukan calang-calang wanita mampu lakukannya.
Maklumlah, mengurus seorang anak pun ada yang merasa kepayahannya. Ini pula mengurus keluarga besar dengan anak-anak yang masih kecil, dan masih mampu dalam masa yang sama menjana pendapatan dari rumah dengan kemahiran menjahit.
Menyedari hal itu, ayuh kita cungkil rahsia bagaimana seorang wanita ini agar mampu menyuntik inspirasi buat surirumah diluar sana untuk memulakan langkah menjana pendapatan dari rumah.
Dulu makan gaji
Sebenarnya saya tak adalah lama sangat dalam bidang jahitan ini. Saya asalnya orang yang makan gaji, berenti bila anak-anak sudah masuk 5 orang.
Mula-mula ada sebelum itu hantar anak-anak ke taska dan juga pernah ada beberapa pembantu rumah. Tapi sebab penat juga pagi-pagi nak hantar anak ke taska lepas itu berkejar pula ke ofis, dah tak larat dah.
Anak-anak yang sekolah si ayah pula yang menghantarnya. Lepas saya berhenti, beberapa tahun juga tidak mulakan menjahit, masa itu tak terfikir pun.
Tapi pada tahun 2013, baru saya macam berminat semula dengan aktiviti menjahit. Sebab saya memang sudah ada kemahiran asas menjahit sejak zaman muda-muda dulu.

Apa-apa pun yang penting saya uruskan keluarga dulu. Selesaikan apa-apa yang sepatutnya, kemudian barulah menjahit. Pun begitu jujur saya kata cabaran menjahit ini kalau ada anak kecil, semakin laju kita nak gunting kain, lagi laju dia merengek nak bergayut.


2. Kalau surirumah yang betul-betul nak buat walau pun ada anak kecil, boleh sahaja hantar anak pada pengasuh dan kerja menjahit masih boleh dibuat di rumah. Ini kalau yang betul-betul kerjanya menjahit. Atau kalau tak ada masa sangat untuk menjahit dan perniagaan agak berkembang, disarankan biarkan kita sahaja yang potong kain dan cari part timer untuk menjahitnya.
3. Tapi kalau yang buat sambil-sambil, hanya masa terluang saja, buatlah waktu anak-anak tidur. Atau kalau ada anak-anak kecil, boleh buat ready made, sebab ready made ni bila-bila masa sahaja boleh buat dan tidak stress seperti ambil tempahan.
Lubuk rezeki
Pendapatan surirumah yang menjahit sebenarnya bergantung pada harga tempahan baju, jenis baju yang dijahit dan juga berapa banyak tempahan.
Melalui pengalaman sebelum ini, bila lakukan sekadar separuh masa boleh dah lepas RM500 ke atas, buat duit belanja dapur. Malah jika serius boleh juga sehingga RM2K ke atas. Semua ini bergantung situasi dan keadaan, bahkan bukan perkara pelik kalau ada tukang jahit boleh dapat sehingga RM10K.
sumber : Juriah Halimatun Ahmad