Anak-anak telah kembali ke sekolah setelah bercuti sempena sambutan Hari Raya dan biasanya selepas ini akan ada jamuan Raya di sekolah. Kita sebagai mak-mak ni pula mulalah terfikir-fikir dan tercari-cari menu apa yang ingin disediakan untuk dibawa pada hari jamuan tersebut.
Jika buntu, apa kata sediakan menu ini yang memang digemari oleh kanak-kanak. Lain tidak bukan Macaroni Carbonara. Menyediakan menu ini juga tidaklah sukar dan untuk lebih mudah ikut sahaja seperti resipi yang dikongsikan oleh Ruziawati Yusof sebagai panduan. Selamat mencuba.
Macaroni Carbonara
Bahan-bahan
Buttercup
Sosej
Onions (4 labu)
Garlic (1 labu)
Sos Carbonara (Prego) (3 botol + 2 tin)
Fresh Milk Dutch Lady (4 kotak)
Air
Macaroni (4 packs)
Broccoli
Garam
Ajinomoto
Cara penyediaan :
- Rebuskan Macaroni bersama sedikit minyak masak dan garam sehingga masak dan lembut. Boleh juga menggunakan jenis pasta yang lain seperti Spaghetti, Spirals ataupun Fettuccine. Sedap je semua tu.
2. Toskan Macaroni. Tapi yang biasa Cik Wati buat, sambil rebuskan Macaroni tu, boleh siap potongkan bahan-bahan yang lain juga. So, sedang molek Macaroni tu masak dan lembut teksturnya, dah boleh kita terus gorengkan Meatballs ataupun Sosej tu. Dah sampai waktu nak masukkan Macaroni, kita pakai kaut aje dari periuk sebelah ke kuali yang kita gorengkan Meatballs ataupun Sosej tadi. Lebihan air rebusan tu biasanya Cik Wati buangkan aje. Senang kerja!
3. Panaskan kuali, masukkan 1/4 Butterlite atau Buttercup. Masukkan Meatballs yang dipotong kecil. Cik Wati menggunakan jenama Saudi Gold. Apa-apa jenis Meatballs pun boleh saja. Ikutlah citarasa masing-masing. Goreng Meatballs seketika sehingga menjadi sedikit garing. Tak ada Meatballs, kita guna Sosej pun boleh juga ya? Sama sahaja sedapnya. Don’t worry
4. Masukkan pula bawang besar dan bawang putih yang sudah dikisar untuk menaikkan aroma. Cik Wati kisar 1 biji bawang besar dan 3 biji bawang putih untuk satu packet Macaroni jenama Kimball yang biasa Cik Wati gunakan.
5. Setelah naik bau, masukkan 2 tin dan 3 botol besar Sos Carbonara jenama Prego dan kemudiannya Cik Wati tambahkan 2 tin dan 3 botol air masak ke dalam kuali. Kemudian, masukkan pula 4 kotak Susu Dutch Lady Fresh Milk. Setelah sos menggelegak, Cik Wati masukkan Macaroni yang telah direbuskan tadi dan tambahkan sedikit Garam serta Ajinomoto. Boleh juga jika mahu menambahkan lagi rasa dengan menggunakan 2 kiub Pati Ayam Maggi. (Sukatan air dan susu boleh ikut suka. Kalau rasa kurang, boleh tambah sukatannya sedikit demi sedikit. Ikut kesesuaian bahan yang digunakan. Ikut selera ya? Boleh belaka)
5. Untuk menambahkan pula rasa Macaroni menjadi lebih creamy, kita juga boleh masukkan 3 keping Cheese juga ya. Cik Wati guna jenama Cheesedale. Tak perlu bubuh banyak ya sebab takut nanti jadi muak.
6. Boleh tambahkan Broccoli jika suka. Lagi sedap sebenarnya kalau tambah Broccoli ni. Siap untuk dihidangkan! Sedap dimakan ketika masih panas ataupun ketika sudah sejuk. Kebiasaannya kalau Cik Wati masak Macaroni Carbonara ini di sebelah pagi, sampai ke malam pun dia masih molek lagi. Siap boleh dipanaskan untuk dimakan pada pagi esoknya pula.
7. Boleh tambahkan juga sedikit Black Pepper Aji-Shio untuk rasa yang lebih ummmph!
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
- “Jangan Namakan Air Katira Kalau Tak Letak Katira”- Dr Kamarul Kongsikan Resipi Originalnya!
- Kuih Ketayap, Ni Resipi Nak Dapatkan Adunan Kulit Yang Cantik Dan Inti Yang Sedap!
- Inti Sedap & Kulit Karipap Rangup, Begini Cara Buat Karipap Daging Kurma!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club