Buat penggemar jamu, tentu telah lama mengamalkan pelbagai jenis jamu untuk penjagaan kesihatan dalaman dan kecantikan. Pastinya juga, merasai sendiri manfaat dan khasiat jamu tersebut.
Pun begitu, buat yang baru berjinak-jinak untuk mengamalkan jamu mungkin pada awalnya rasa tidak boleh terima akan rasa herba yang digunakan dalam pembuatan jamu atau air rebusan.
Jadi, dalam banyak-banyak jenis air rebusan herba yang ada mungkin ini yang paling mudah untuk diterima tekak. Ini kerana rasanya enak kerana turut dicampurkan bersama gula melaka. Sebab itu juga melalui perkongsian Syarifah Khyra Muhsin dinamakan air rebusan tersebut Jamu Sedap.
Nah jamu sedap, dalam pantang ke tak pantang ke kalo minum ni terangkat la. Untuk Rahim, Peranakan, Seri wajah, hygine, dan Kedaraan , kempes perot , senang je nak buat. Seperti dalam gambar.
Bahan-bahan:
– asam jawa
– kunyit
– daun sireh
– manjakani
– gula melaka
– asam keping
Nak buang angin tambah halia.
Cara penyediaan:
sumber : Syarifah Khyra Muhsin