Jamu Kempis Perut Homemade, Guna Bahan Dapur Je!

Share

Masyarakat kita memang kurang mengamalkan jamu dalam rutin harian. Mungkin kerana tidak biasa, rangkaian jamu yang dikatakan agak pahit ini jarang diterima oleh wanita.

Ada yang mengambilnya namun tidak secara berterusan sedangkan hakikatnya jamu-jamu ini cukup baik untuk kesihatan dalaman wanita. Sebenarnya, jika tidak sukakan jamu yang dijual di pasaran, anda sebenarnya boleh menyediakan jamu sendiri, mengikut resipi daripada bahan yang diakui berkhasiat.

Resepi asal dari Norzanariah Ismail ini boleh juga kita cuba untuk kesihatan tubuh badan. Paling penting dapat buang angin dan kempiskan perut. Wanita kena cuba ni!

Bahan-bahan:
3 sudu besar halba -direndamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika.
3 cm halia muda
3 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam

Caranya:


1. Tumbuk halba hingga halus dan hancur.

2. Kemudian campurkan bersama halia, bawang putih dan lada hitam.

3. Tumbuk sampai hancur.

4. Kemudian gentel kecil seperti maajun.

5. Boleh disimpan dalam satu bekas dan simpankan dalam peti sejuk.

Jamu ini boleh di ambil, 2 biji pagi dan 2 biji pada waktu malam selepas makan. Untuk hasil perut yang kempis, kena amalkan secara berterusan setiap hari.

Hasilnya bukan hanya perut kempis bahkan badan lebih ringan dan masalah angin dalam badan pun berjaya di atasi.

Siapa yang boleh amalkan?
Wanita yang bersalin secara pembedahan sangat disyorkan mengambil jamu seperti ini ketika di dalam pantang, bagi membuang angin dalam badan.

Selamat mencuba.

Sumber: Norzanariah Ismail