Masyarakat kita memang kurang mengamalkan jamu dalam rutin harian. Mungkin kerana tidak biasa, rangkaian jamu yang dikatakan agak pahit ini jarang diterima oleh wanita.
Ada yang mengambilnya namun tidak secara berterusan sedangkan hakikatnya jamu-jamu ini cukup baik untuk kesihatan dalaman wanita. Sebenarnya, jika tidak sukakan jamu yang dijual di pasaran, anda sebenarnya boleh menyediakan jamu sendiri, mengikut resipi daripada bahan yang diakui berkhasiat.
Resepi asal dari Norzanariah Ismail ini boleh juga kita cuba untuk kesihatan tubuh badan. Paling penting dapat buang angin dan kempiskan perut. Wanita kena cuba ni!
Bahan-bahan:
3 sudu besar halba -direndamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika.
3 cm halia muda
3 Ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Caranya:
1. Tumbuk halba hingga halus dan hancur.
Ads
2. Kemudian campurkan bersama halia, bawang putih dan lada hitam.
3. Tumbuk sampai hancur.
4. Kemudian gentel kecil seperti maajun.
Ads
5. Boleh disimpan dalam satu bekas dan simpankan dalam peti sejuk.
Jamu ini boleh di ambil, 2 biji pagi dan 2 biji pada waktu malam selepas makan. Untuk hasil perut yang kempis, kena amalkan secara berterusan setiap hari.
Ads
Hasilnya bukan hanya perut kempis bahkan badan lebih ringan dan masalah angin dalam badan pun berjaya di atasi.
Siapa yang boleh amalkan?
Wanita yang bersalin secara pembedahan sangat disyorkan mengambil jamu seperti ini ketika di dalam pantang, bagi membuang angin dalam badan.
Selamat mencuba.
Sumber: Norzanariah Ismail
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencantikkan ruang kediaman tidak semata-mata dengan pokok bunga sahaja. Kini, dengan kreativiti dan minat, anda boleh menggabungkan pokok bunga dan sayuran untuk menjadikan ia lebih menarik.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Lydia Ezani pada ruangtepi pagarnya. Walaupun cukup terhad tetapi dengan kreativiti yang ada, pemilik kediaman ini menjadikan ia kebun yang cukup cantik. Pilihan pokok bunga Ros Jepun, Bayam Brazil dan juga pokok snake plant sesuai kerana jenis pokok renek dan berbunga cantik.
Penghadang rumput digunakan membuatkan ia nampak lebih kemas tersusun.
Kebun depan rumah pun boleh..percubaan melandskapkan tanah ciput depan pagar dengan ros jepun + bayam brazil + snake plant.
Pokok Ros Jepun mengeluarkan bunga yang menarik sekaligus mencantikkan ruang tersebut.
Peti sejuk atau juga peti ais ibarat peti harta karun yang menempatkan segala macam termasuklah makanan yang sudah di masak, makanan mentah, minuman, buah-buahan, sayuran. Tidak ketinggalan barangan basah seperti ikan, daging, ayam dan sebagainya.
Menyusun barangan di dalam peti ais supaya tampak kemas dan teratur tidak lah sesukar mana, asalkan anda bijak melakukannya.
Puan Wardah Humairahkongsikan tip bagaimana cara untuk jimatkan ruang di dalam peti sejuk dengan menggunakan bekas dari kedai Eco. Idea yang cukup kreatif, hasil yang simple tapi menarik!
Beli partition dri eco untuk jimat ruang dalam peti ais. Gam tepi guna gam tembak(hot glue gun)
Bosan asyik makan roti bakar ataupun puding, apa kata cuba resipi roti rangup dengan menggunakan roti gardenia. Nampak biasa tapi apabila makan payah nak stop. Puan Jauharatuddini Taib berkongsi cara nak buat biskut roti rangup. Jom cuba.
BISKUT ROTI RANGGUP Budak pun sukee makan selain mak dan pak budak Dekat bawah ada cara cara ibu dini share di setiap gambar.
potong roti gardinear kepada empat bahagiansapu buttercup..nak guna margerin pun boleh terpulang ikut citarasa ye.dah sapu dengan butter cuptabur sedikit gula pasir
ibu dini guna air fryer jer..nk guna oven pun boleh.. set time 10 minit dulu..kalau belum garing tambah time sikit lagi..agak agak lah ye uolls..tengok pada warna roti tu nantini rupe yang dah siap bakarRupa roti bakar yang dah siapsatu buku roti gardinear pangjang dapat banyk ni..boleh lah kudap.kudap masa hujan ni minum dengan air kopi o.. selamat mencuba..fresh dari oven…sedappp❤️
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...