Jamu Homemade, Buang Angin Dan Kempiskan Perut Paling Tip Top, Rugi Ibu-Ibu Tak Cuba!

Share

Gagal menurunkan berat badan dalam tempoh berpantang antara yang ditakuti oleh semua wanita yang baru melahirkan anak. Maklumlah bimbang berat kekal dan tidak dapat mencapai berat berat lama.

Masalah kedua terbesar pastinya perut yang tidak mahu rata seperti zaman anak dara. Perut yang buncit dan menggelebeh selepas bersalin buat hati rasa tak tenang. Mengamalkan diet berkala dan amalan mengambil minuman berdetoks bagi membuang toksin adalah langkah bijak mengempiskan perut.

Jika anda tergolong dalam ibu-ibu yang gemar berdiet, syabar diucapkan. Tapi bila diet seringkali gagal ada baiknya anda cuba petua yang disarankan oleh Farah Addyan di facebooknya ini.

Petua kempis perus dan buang angin yang dikongsikan olehnya ini menarik untuk kita cuba. Nampak mudah.

Jamu Tradisional Dari Dapur

Saya nak kongsi satu jamu yang mudah disediakan. Bahan-bahannya pula boleh dapat dari dapur sahaja. Paling penting murah, jimat dan berkesan. Inshaallah yang penting konsisten amalkannya.

Saya baru 55 hari lepas bpantang anak ke-7 dan hampir 2 tahun amalkannya sejak melahirkan anak ke-6. Alhamdulillah serasi dan sangat baik untuk ibu-ibu ketika atau selepas berpantang.

Bahan-bahan:
Halba
Lada hitam
Habatussauda
Manjakani
Bawang putih
Halia
Kunyit

Caranya:


1. Sangai kering kesemua bahan.

2. Sangai bawang putih hingga masak.

3. Satukan kesemua bahan dan kisar dengan sedikit minyak hingga sebati.

4. Gentelkan bulat-bulat seperti maajun.

Amalkan jamu maajun ini setiap pagi sebelum makan dan malam, sebelum tidur.

Jamu ini selain memanaskan badan ibu yang ketika dalam pantang, baik juga untuk membuang angin dan mengecutkan peranakan. Paling
penting dapat kempiskan perut dan atasi masalah sakit badan serta kebas-kebas kaki.

Selamat mencuba!

Kredit: Farah Addyan