Kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak pastinya tidak terbalas dek wang ringgit dan harta benda. Kerana itu sebagai anak, wajib menghargai apa yang ibu bapa lakukan.
Kasih sayang, perhatian dan penghargaan buat ibu bapa itulah yang patut anak-anak lakukan. Tidak perlu menunggu hari istimewa untuk berbuat demikian kan. Namun, jauh di sudut hati ibu bapa pasti rasa terharu dan sebak bila anak-anak ada di sisi menyambut bersama.
Seperti mana yang dilakukan oleh pelakon yang kini mula aktif dalam bidang politik selain turut bergelar usahawan dan memiliki produk keluaran sendiri. Datin Anne Ngasri baru-baru ini berkongsi video sambutan hari lahir ibunya, Habibah Jaaafar.
Jom cuci mata di SINI
Alhamdulilah dengan izin Allah swt sekali lagi tahun ini saya dapat meraikan ulang tahun MAMA saya.
Semoga Allah swt ampunkan segala dosa kedua ibubapa saya, berikan beliau kesihatan yg baik juga dilindungi & dirahmati Allah swt.
Love u mama. Terima kasih atas segala budi dan jasa yg mama telah lakukan buat Anne ❤️
Apa yang istimewanya, Anne memuat naik video yang memaparkan sambutan hari lahir ibunya di rumah yang disambut dengan ahli keluarga lain.
Menerusi video tersebut, kelihatan adik bongsu Anne , Nassuhada Ngasri yang lebih mesra di sapa Baby memberikan hadiah khas buat mamanya.
Banyak yang menarik di SINI
Rupa-rupanya hadiah tersebut berupa jam dinding. Bukan itu sahaja, Baby turut menghadiahkan beberapa lukisan dan satu surat khas ibu tercinta. Memang cantik lukisan tersebut.
Menurut Anne, adiknya itu sangat sweet dan lukisan yang diberikan itu rupa-rupanya memiliki maksud yang tersirat.
Jom cuci mata di SINI
Malah, puan Habibah memilih untuk membuka hadiah tersebut di hadapan ahli keluarga yang lain. Semua nampak teruja dan memuji Baby serta hasil lukisannnya itu.
Baby mmg so sweet sgt dia bungkuskan hadiah special utk mama … berjam2 katanya … tapi disebalik jam tu setiap lukisan tu ada makna tau … hehe Love u baby…baby mmg sangat bijak …❤️❤️❤️
Demikian pujian yang diberikan Anne buat adiknya menerusi kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut.
Rata-rata yang melihat video tersebut memuji Baby yang kreatif dan sweet.
Sumber: annengasri_official