Jika ada antara ahli keluarga disahkan positif COVID-19 dan tidak berisiko tinggi, terkini KKM menyarankan tidak perlu datang ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) tetapi anda wajib melakukan pemantauan kendiri dan kuarantin di rumah. Ini bermaksud anda perlu pantau tahap kesihatan dari masa ke semasa agar tidak menjadi serius.
Namun cara bagaimana untuk anda dapat pantau dengan tepat tahap kesihatan anda?
Menjawab persoalan ini, Dr. Izzar Anwari berkongsi alatan ringkas yang penting dan wajib ada bagi membantu anda memantau keadaan kesihatan bila kuarantin di rumah.
Menurutnya lagi, bukan sahaja sesiapa yang telah disahkan positif Covid-19 malah jika tidak positif pun ada baiknya diadakan tiga alatan tersebut untuk kegunaan seisi keluarga.
AKU POSITIF COVID KENAPA SURUH DUDUK RUMAH JE!
Ramai dah positif COVID-19 sekarang. Dulu kita dengar orang-orang jauh je. Sekarang orang-orang rapat dalam famili dan kenalan pun dah kena.
Jika anda positif COVID-19 & TAK BERGEJALA & TIDAK BERISIKO TINGGI, anda tak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan dan menjalani kuarantin di rumah je. Syukur tak serius.
TAPI, ini tak bermakna keadaan anda tidak akan bertambah serius.Tambah-tambah dengan delta variant ni kan. Selain memantau gejala di rumah, ada perkara lain yang SANGAT PENTING untuk dipantau iaitu oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan.
4 perkara ni anda boleh ukur sendiri di rumah kalau ada alat dia.
Ads
Sebab tu bagi saya, anda WAJIB mendapatkan:
1️⃣ Pulse Oximeter – Ukur spo2 & pulse rate (Boleh beli online DI SINI)
2️⃣ Blood pressure monitor (Boleh beli online DI SINI)
3️⃣ Thermometer – Ukur suhu badan (Boleh beli online DI SINI)
Beli Sekarang
Tak kisahla anda positif ke tak, beli sekarang 3 benda ni. Belikan untuk mak ayah sekali. Dengan adanya 3 benda ni, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat.
Ads
Baru tindakan AWAL & SEGERA boleh dilakukan sebelum terlambat. Ada kes yang taktau pun dia positif pastu masuk hospital dah CAT4/5, ada yang kuarantin di rumah mula-mula CAT1 pastu tiba2 CAT3/4 dah bila dia ke hospital. Delta varian ni ganas ye. Jangan main-main. Kalau ada 3 alat ni insyaAllah boleh pantau betul-betul dan ambil tindakan segera.
Jadi, beli 3 benda ni SEKARANG kalau takde kat rumah. Beli untuk mak ayah sekali. Kalau apa-apa terjadi, ingatlah bahawa ‘I’VE TOLD U SO’
Apa-apa pun. Sila vaksinasi dan jaga SOP. Stay safe semua.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Usah ambil mudah bab pembahagian harta untuk diri kita sebagai isteri hingga tidak membuat sebarang persiapan untuk diri.
Ini dek kerana beranggapan harta suami akan menjadi milik mutlak isteri jika berlaku sesuatu yang tidak diduga.
Namun hakikatnya, hak isteri ke atas harta peninggalan suami adalah bahagiannya paling sedikit.
Hal ini dijelaskan lagi oleh peguam Roslina Sabiyah & Co. Jom semak dan fahami perkongsian ini.
Mudahnya Belajar Faraid – (Bahagian Isteri)
Kenapa nak mulakan dgn bahagian isteri dulu? Sebenarnya tak kisah mana dulu, cuma yang paling banyak soalan pasal faraid ini diajukan dari pihak isteri. Biasalah, isteri kan minister of finance merangkap minister of home affairs kan.. mestilah dia nak kena tau hak dia dulu. Walaupun isteri yang paling banyak menyumbang dalam pencarian aset dan harta suami, hakikatnya bahagian isterilah yg paling sikit.. inilah fakta yg ramai isteri2 terlepas pandang..
Bahagian faraid isteri ada 2 keadaan
– 1/4 : bila si mati TAK ADA anak
– 1/8 : bila si mati ADA anak
Dalam pembahagian faraid si mati suami, kita tak tengok isteri mana yg ada anak atau tak..tapi yg kita tengok ialah SI MATI ada tinggalkan anak atau tak? Kalau ada.. bahagian isteri2 akan dibahagi sama rata tak kira sama ada isteri tu ada anak atau tak ada.
Contoh pengiraan :
1) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama ada 2 orang anak, isteri kedua tak ada anak. Berapa setiap isteri akan dapat? 1/8 bahagi 2 isteri kerana si mati ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/16 (walaupun isteri kedua tak ada anak dia tetap dapat 1/16 juga).
2) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama tak ada anak, isteri kedua seorang janda yang ada 2 orang anak (anak dengan suami terdahulu). 1/4 bahagi 2 isteri kerana si mati tak ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/8 (walaupun isteri kedua ada anak dengan suami terdahulu). Anak tiri tidak mewarisi harta pusaka daripada bapa tiri.
3) Si mati meninggalkan 4 orang isteri dan ada anak. Setiap seorang isteri akan dapat 1/32 tak kira isteri tu ada anak ramai atau tak ada anak langsung, bahagian mereka sama sahaja.
Kalau macam tu tak adil la isteri pertama pun dapat bahagian sama dgn isteri muda. Isteri pertama dah kawin 20 tahun. Isteri muda baru je kawin setahun tapi dapat bahagian yg sama juga.
Sebenarnya, untuk isteri pertama mereka boleh dapat bahagian faraid dan juga boleh tuntut harta sepencarian ke atas harta suami yg dibeli dalam tempoh perkahwinan mereka. Isteri muda hanya berhak ke atas bahagian faraid tetapi tidak berhak menuntut harta sepencarian tersebut melainkan harta baru yang dibeli sebaik tempoh mereka mula berkahwin.
Secara ringkasnya, sifir faraid isteri-isteri ialah :
Jika si mati (suami) ada anak :
1 isteri – 1/8
2 isteri – 1/16
3 isteri – 1/24
4 isteri – 1/32
Jika si mati (suami) tiada anak :
1 isteri – 1/4
2 isteri – 1/8
3 isteri – 1/12
4 isteri – 1/16
Dr Amalina Kongsi 8 Amalan Selepas Bersalin, Ikut Kajian Saintifik & Pakar Obstetrik
Umum mengetahui bahawa Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat bersalin bayi sulungnya baru-baru ini di St Thomas’ Hospital.
Apa yang menarik baru 4 hari Amalina berkongsi momen bersiar-siar bersama puteri sulungnya, Arabella Mia.
Lantaran ramai wargamaya bertanya apa amalannya selepas bersalin, Dr Amalina berkongsi 8 amalanya menerusi hantaran terbarunya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
8 AMALAN DR AMALINA SELEPAS BERSALIN
Ramai yang bertanya mengenai penjagaan selepas bersalin yg saya amalkan. Saya akan berkongsi amalan saya sendiri yg berdasarkan kajian saintifik yg disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalaman saya sendiri sebagai seorang doktor.
1.Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.
2.Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.
3.Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu
.4.Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. (Baca link di IG story ttg senaman). Pakai compression TED stockings utk elak blood clots.
5.Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.
6.Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis.
7.Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
8.Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga.
Gaya hidup sihat perlulah dilakukan seumur hidup, bukan hanya dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Itulah tips mudah utk jadi sihat sepanjang hayat.
Apa yang pasti, nasihat yang berdasarkan kajian bukan semborono ikut ikutan turun temurun tanpa ilmu. Tahniah doktor Amalina kerana menyedarkan ramai ibu-ibu apa maksud sebenar berpantang sebenar.
Tercekik tulang walau bukanlah menjadi masalah besar, namun bila terjadi boleh menyebabkan sesiapa pun tidak selesa.
Kalau diikutkan, dalam masyarakat kita ada sahaja petua untuk menghilangkan rasa tercekik tulang ini.
Namun sebelum itu, apa kata kita dengar dulu saranan doktor ini untuk pastikan insiden tercekik tilang ini tidak memudaratkan diri.
Ini perkongsiannya.
Anda mungkin mengalami sekatan tulang ikan pada salur makanan. Duri ikan tersangkut di halkum!
Perhati tanda-tanda ini :
1. Sakit secara tiba-tiba pada tekak ketika makan ikan.
2. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk pada kawasan tekak.
3. Ia boleh dirasakan pada satu tempat sahaja.
4. Sakit tersebut tidak langsung berkurang selepas beberapa jam
Ini adalah tanda-tanda klinikal pada kebiasaan pesakit alami.
Walaubagaimanapun, ia boleh juga hanya sekadar luka akibat duri tersebut.
Maknanya, tulang ikan tersebut telah tertelan, tetapi luka pada dinding saluran makanan yang menyebabkan rasa sakit.
Ini nasihat saya apabila ada tanda-tanda di atas :
Cuba telan makanan seperti biasa, perhatikan karakter sakit yang dialami. Sekadar tidak selesa, adakah berkurang sakitnya, atau mencucuk-cucuk pada satu tempat sahaja?
Cuba lihat di hadapan cermin. Kadang-kadang tulang ikan itu boleh saja tercucuk di bahagian tekak sahaja, terutama mereka yang mempunyai tonsil yang besar. Boleh nampak jelas.
Boleh kalau anda nak cuba keluarkan sekali dua. Tak perlu mencuba banyak kali. Ini hanya akan menyebabkan luka berlaku pada dinding salur makanan. Luka ini akan menjadi lebih besar dan akan memberi lebih sakit kepada pesakit.
Akhir sekali, jumpalah kami di hospital. Kami akan bantu keluarkan. Jangan risau.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.