Tersnetuh hati melihat satu perkongsian mengenai seorang pak cik tua yang menjual ikan masin demi mencari sesuap nasi. Kisahnya dikongsikan seorang warganet menerusi laman twitter baru-baru ini.
Warga emas yang berusia 64 tahun itu dilihat berjalan ke sana ke mari menjual ikan masin. Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama kisahnya disiarkan. Malah, sebelum ini dia pernah tular di mana dia menceritakan kisah hidupnya yang meredah perjalanan sejauh 100 kilometer menaiki bas menuju ke Melaka Sentral semata-mata untuk mencari rezeki.
Lebih dikenali sebagai ‘Pakcik Jual Ikan Masin’ atau nama sebenarnya Md Zin Ahmad sebenarnya berasal dari Bukit Pasir, Muar, Johor dikatakan akan membawa kira-kira 100 bungkus ikan masin yang diperolehinya dari Parit Jawa, Muar.
Selepas selesai berlari, Wardina dan beberapa orang rakan duduk di bawah khemah depan pentas sambil menunggu majlis perasmian. Tiba-tiba muncul seorang pakcik yang berjalan ke arah mereka membawa bungkusan ikan masin untuk dijual. Pakcik itu menjual 3 bungkus ikan masin dengan harga RM10.00.
Wardina berasa sebak waktu menyaksikan pakcik itu berjalan sekitar kawasan dataran itu namun tidak dihiraukan oleh orang yang berada disekitar.
“Saya kesian jugak sebab semua tak layan pakcik tu, banyak kali dia pusing tempat yang sama. Sampai satu tahap dia macam jerit-jerit nak orang beli. Mungkin dia penat.
“Kesian jugalah sebab dia jalan kaki waktu tengah panas sampai baju dia basah habis. Hari-hari dia dekat dataran pahlawan melaka”
Perkongsian Wardina yang mendapat lebih dari 15.5k ulang kicau itu ternyata meraih pelbagai reaksi dari warga twitter. Mereka sebak tatkala memikirkan walaupun dengan usia tersebut, pakcik itu masih tegar berusaha mencari rezeki untuk dirinya dan isteri yang terlantar sakit.
Demi Allah aku nak tolong pak Cik ni, orang rumah dia sakit. Hari2 dia dekat dataran pahlawan melaka. Support pak Cik ni gang? rt pls?? pic.twitter.com/QP6QM1EVWy
— Aina.wardina (@WardinaAina) August 3, 2019
Dalam pada itu, ramai yang mendoakan kesihatan pakcik itu dan moga dia terus dimurahkan rezeki.
Tidak kurang, ramai yang mengaku bahawa mereka pernah bertemu dengan warga emas berkenaan.
Dari tahun 2016 masih mencari rezeki di sana
Pernah bertemu dia di Melaka Sentral
Dulu waktu jumpa, selalu berikan sedekah kepada pakcik tu
Dari tahun 2012 lagi nampak dia jual ikan kering, sampai sekarang masih meniaga semata-mata untuk cari rezeki
Sumber: Aina Wardina & Siakap Keli