
Memahami skil jahitan menggunakan mesin jahit elok juga dipelajari oleh kita sebagai ibu. Bukan apa, mudahlah kiranya kalau seluar suami atau anak-anak terkoyak, atau bolehlah di alter mengikut keselesaan. Jadi tidaklah perlu hingga diupah kepada tukang jahit andai ada ilmu asas menjahit.
Contohnya jika membeli seluar jeans dan ukuran terlalu panjang, bukankah mudah kalau anda dapat lakukan sendiri untuk menggunting dan menjahitnya kembali dengan teknik yang dikongsikan ini.
Bukan biasa-biasa hasilnya, hanya dengan sedikit skil sudah menampakkan kesan jahitan seperti seorang yang profesional.
Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian daripada CT Normala ini.
Aritu ada sahabat mintak tunjukkan cara jahit kaki seluar jeans guna benang biasa yang dipintal.. Ni sis tunjukkan caranya..
1. Satukan 3 atau 4 lembar benang. Terpulang pada kehendak masing-masing. Panjang benang tersebut sekadar cukup untuk sepsg kaki seluar sahaja.
2. Pintal benang tersebut tapi jangan terlampau ketat sangat sekadar nak satukan je..
3. Gulung benang tersebut pada bobbin. Just guna tangan je.
4. Jahit macam biasa dan benang atas guna 1 benang sahaja dah cukup.
5..dan terhasillah seperti yang anda kehendaki…
Taraaaa.. Selamat mencuba pada yang berminat.
sumber: CT Normala via Geng minat menjahit
Cara Mudah Simpan Ayam Dalam Satu Bekas Tapi Tak Melekat. Mungkin Ramai Tak Terfikir Begini Caranya!

Umumnya bila kita telah mencuci ayam yang dibeli, kita akan simpan di dalam peti sejuk sekali gus di dalam bekas atau pun ada juga yang praktiskan diasing mengikut kuantiti yang diingini di dalam beberapa plastik zip lock.
Namun bila terlalu banyak pembahagian di dalam bekas-bekas plastik tersebut, menjadikan ruang penyimpanan padat. Bahkan tidak dinafikan bukan murah juga harga plastik zip lock tersebut.
Tidak dengan itu, agak susah juga untuk kita leraikan potongan ayam yang telah disimpan di dalam bekas tersebut hingga memerlukan kita merendam terlalu lama.
Namun tahukah anda ada cara lebih praktikal dan menjimatkan di mana anda bila menyimpan ayam dengan cara yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna TikTok Roseaffi ini.
Cara Simpan Ayam Paling Mudah & Jimat!
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial TikTok, Rose Afifi berkongsikan cara simpan ayam yang mudah bagi mereka yang bekerja.
Cara-caranya:
- Cuci ayam dengan bersih dan toskan.
- Ambil kertas pembalut makanan, lipat dua. Pastikan bahagian luar yang ada lapisan plastik.
- Letakkan pembalut ketas dalam bekas. Susun atas di atas kertas pembalut tersebut.
- Susun atas di atas kertas pembalut tersebut.
- Lapikkan lagi kertas pembalut makanan jika masih ada ruang untuk letak ayam.
- Tutup bekas yang berisi ayam dan sedia untuk disimpan di dalam peti ais.
- Hasilnya, ayam mudah untuk dikeluarkan. Tak perlu rendam air. Selamat mencuba!
Sumber : @roseaffi
Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Biji Benih Tahan Lama Kalau Disimpan Dengan Cara Ni Di Rumah!

Menemui hobi baru dengan berkebun di laman rumah tentunya ada antaranya berasa teruja untuk membeli pelbagai jenis biji benih untuk ditanam.
Namun jika terlalu banyak biji benih yang telah dibeli, apa pula cara untuk pastikan ianya kekal tahan lama untuk jangka masa yang panjang.
Nak tahu triknya, di sini dikongsikan untuk info bersama.
Tips Penjagaan biji benih supaya tahan lama
Saya pasti sahabat sahabat kebun mempunyai sejumlah koleksi biji benih yang banyak. Saya juga begitu. Setiap kali mengambil pesanan rakan rakan, saya tak ketinggalan untuk capai bagi koleksi sendiri. Kalau jumpa benih yang rare, bukan satu yang dicapai bahkan ada dua dan tiga.
Tapi bagi sahabat yang berkebun di halaman rumah, ia agak membazir kalau tidak disimpan dengan betul.
Ini mungkin tips yang berguna.
1. Sekiranya anda mengumpulkan dan menyimpan biji dari tanaman anda sendiri, sebarkan benih di surat khabar dan biarkan kering selama kira-kira seminggu.
Tuliskan nama benih di surat khabar agar tidak bercampur dengan benih lain. Bungkus biji kering udara ke dalam paket kertas kecil atau sampul surat dan labelkan dengan nama tumbuhan dan maklumat lain yang berkaitan.
Anda juga boleh mengeringkan biji yang disimpan di tuala kertas. Mereka akan melekat pada tuala ketika kering, jadi gulungkan dan boleh digunakan.
2. Masukkan bungkusan ke dalam beg simpanan makanan plastik, balang Mason dengan penutup yang ketat, atau tabung kaca dengan penutup gasket.
Untuk memastikan benih kering, bungkus dua sudu susu tepung ke dalam empat lapisan tisu muka, kemudian masukkan paket susu di dalam bekas penyimpanan dengan paket biji. Anda juga boleh memasukkan sebungkus gel silika dengan biji. Ganti setiap enam bulan.
3. Lazimnya hayat biji benih akan bertahan sehingga 3-5 tahun. Jadi, beli lah biji benih dalam kuantiti yang sedikit.
4. Sekiranya bungkusan telah dibuka, sahabat kebun perlulah habiskan dalam jangkamasa setahun. Boleh juga disimpan di dalam bekas, kemudian diletakkan dibahagian bawah peti ais.
5. Untuk lebih bijak, boleh juga berkongsi dengan kawan kawan. Lebih jimat dan mengeratkan hubungan.
Sumber : Enkay Nik Mustaffa
Anda juga boleh membeli biji benih secara online.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Lepas Habis Minum, Buang! Bahaya Guna Semula Botol Air Plastik, Boleh Jejaskan Kesihatan

Dah jadi tabiat, bila beli air botol kat luar, airnya habis botolnya disimpan untuk isi air lain pula. Betul tak? Selalunya perangai ni sering dibuat oleh mak mak, tak pun orang bujang yang duduk di asrama atu rumah sewa. Kan?
Haa tahu tak sebenarnya, tabiat tu salah sama sekali! Nak tahu kenapa salah? Jom tengok jawapan ringkas dan padat dari Hello Doktor ini.
Bahaya guna semula botol air plastik
Anda mungkin terfikir bahawa penggunaan berulang kali botol air plastik boleh mengurangkan pembuangan plastik. Disebalik anda memikirkan hal pencemaran, ada satu isu yang anda mungkin tidak fikirkan dengan baik. Ia adalah isu keselamatan dan kesihatan tubuh anda. Berikut merupakan antara bahaya penggunaan semula botol plastik kepada tubuh.
#1. Tercemar dengan BPA
BPA atau bisphenol-A adalah satu bahan kimia yang banyak digunakan dalam penghasilan produk plastik seperti botol minuman, botol susu dan bekas makanan. BPA yang terdapat dalam botol plastik boleh luntur atau keluar lalu menyebabkan air minuman yang disimpan terdedah kepada BPA.
Ini kesan jika botol digunakan banyak kali atau diisi dengan air panas:
BPA melepaskan nanogram pada kadar 0.2 hingga 0.8 setiap jam. Kandungan BPA ini juga dilepaskan 15 hingga 55 kali lebih cepat jika diisi dengan air panas mendidih, iaitu dengan kadar 8 hingga 32 nanogram sejam.
#2. Pencemaran mikroplastik
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh kumpulan saintis terhadap 259 botol plastik, mereka mendapati bahawa 93% daripada kesemua botol-botol tersebut mempunyai pencemaran mikroplastik.
Murah betul barang mainan anak ni. Nak tengok? Meh klik SINI !
#3. Bahan botol air plastik
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan botol plastik sekali guna dihasilkan daripada polyethylene terephthalate atau ringkasnya PET. Ia selamat untuk digunakan tetapi tidak untuk penggunaan berkali-kali. Ia akan menyebabkan bahan kimia dalam botol plastik ini keluar dan bercampur dengan air minuman anda setiap kali digunakan.
#4. Faktor bakteria
Apabila menggunakan botol plastik berulang kali, ia akan banyak kali bersentuhan dengan mulut dan tangan anda, atau mungkin juga individu lain. Kedua-kedua mulut dan tangan anda merupakan rumah kepada banyak kuman atau bakteria. Memandangkan mulut botol adalah terlalu kecil, ia agak sukar untuk dibersihkan. Oleh itu, tahap kebersihan botol plastik yang digunakan berulang kali adalah sangat diragui.
Bagi tujuan penyimpanan air, adalah lebih baik untuk anda membeli botol minuman yang lebih sesuai. Gunakan botol tanpa BPA atau BPA-free untuk penyimpanan air minuman. Buang semua botol plastik yang telah digunakan berulang kali kerana botol plastik tersebut hanya untuk tujuan sekali guna. Jika ada rakan-rakan anda yang memiliki tabiat seperti Nurul, nasihatinya untuk pertama kali. Jika dia masih tidak hiraukan nasihat anda, cuba buang botol-botol tersebut tanpa pengetahuan dia. Itupun jika anda berani mengambil risiko untuk tidak dimaki hamun.
Sumber : Hello Doktor
Nak macam-macam info? Jom sertai telegram kami di keluargagaderclub