Kemahiran menjahit yang kita tahu walaupun tidaklah seperti profesional, namun tidak salah kiranya dari masa ke semasa kita belajar ilmu jahitan.
Umpamanya jika ingin menjahit fabrik lycra untuk dijadikan skirt untuk anak-anak ataupun tudung, ada tip dan caranya yang kita perlu tahu andai guna fabrik tersebut.
Keterangan lanjut tentang ini dikongsikan oleh Qurra Saim.Jom semak.
TIPS MENJAHIT KAIN LYCRA
Kebiasaan masalah yang berlaku apabila menjahit kain jenis lycra adalah jahitan melangkau atau benang tidak berkait pada kain mahupun kain tidak bergerak atau stuck semasa menjahit.
Jika masalah ini yang berlaku anda harus mencuba setiap satu solusi ini, kerana keupayaan mesin adalah berbeza-beza.
1 JARUM
Biasanya untuk mesin industri,gunakan saiz jarum no 11 untuk jahit lycra tetapi bergantung kepada ketebalan kain.
Jika kain sederhana tebal,gunakan saiz 13. Digalakkan menukar saiz jarum untuk mengelakkan jarum patah.
2 TAPAK TEFLON
Gunakan tapak teflon untuk menjahit kain lycra. Tapak teflon juga boleh digunakan menjahit PVC,PU dan kulit.
3 KETEGANGAN BENANG
Ketegangan benang juga merupakan faktor penting semasa menjahit lycra tau.
Fabrik lycra adalah fabrik yang mudah diregang, jadi ketatkan ketegangan benang dengan memulas ke arah jam jika mata jahitan asal melompat lompat atau longgar.
Fabrik lycra perlukan ketegangan benang yang lebih untuk mencengkam fabrik so,apa yg anda perlu buat?????
Buat Adjustment secara sedikit demi sedikit sehingga mendapat mata jahitan yang dikehendaki.
Jika mata jahitan terlampau rapat dan tegang, pulaskan ke arah lawan jam dan sebaliknya jadi anda mesti bijak tau membuat adjustment ni….
4 MATA JAHITAN
Elakkan gunakan mata jahitan yang terlampau kecik seperti 2 atau kurang, kerana jahitan yang terlalu kecik menyebabkan jahitan tak cantik
Sebaiknya guna saiz 2.5 atau 3 supaya jahitan lebih cantik.
Jom praktik jahit kain lycra… lama lama anda akan mahir
Sumber : Qurra Saim