Jahit baju pengantin perempuan miliki berat lebih 200 kilogram, mempelai menangis sebab sanggup terima tempahan. Bagi perancang perkahwinan Haffsyah Jamalong, bukan semua individu memiliki susuk badan normal. Kalau semua orang tidak mahu membuat majlisnya siapa lagi yang akan buat.
Jahit Baju Pengantin Perempuan Miliki Berat Lebih 200 Kilogram
Haffsyah berkata, dia pernah mengurus kira-kira 3,000 majlis perkahwinan sebelum ini, namun bersyukur kerana menimba pengalaman yang cukup berharga apabila berpeluang untuk mengurus majlis perkahwinan pengantin perempuan yang memiliki berat lebih 200 kilogram.
Pemilik butik andaman Flora Bridal House di Bandar Baru Uda itu yang mesra dengan panggilan Kak Ila berkata, dia antara 50 perancang perkahwinan yang menyertai pameran pengantin di Plaza Angsana pada September tahun lalu terserempak dengan seorang wanita yang memiliki tubuh besar di tepi gerai pameran.
Menurutnya, apabila disapa, wanita itu menyatakan dia masih gagal menempah perkhidmatan perancang perkahwinan walaupun sudah berkunjung ke pameran itu berulang-kali dan berasa agak rendah diri dengan keadaan fizikalnya itu.
Katanya, walaupun menyedari keperluan wanita itu adalah berbeza berbanding pengantin yang memiliki susuk badan normal, dia sanggup memikul cabaran berkenaan kerana tidak sanggup menghampakan impian bakal pengantin itu.
“Pengantin berkenaan adalah Nur Aqilah Erman dan Muhammad Afiq Jusoh. Selepas menerima tempahan, cabaran utama saya adalah dalam soal menyediakan pakaian kerana dia sudah mencuba lebih 300 pakaian di butik saya, namun kesemuanya tidak sesuai dan kecil hingga dia mula gelisah.
“Oleh itu, selepas berbincang dengan keluarga dan pasangannya, kami mengambil keputusan untuk reka busana tradisional baharu baginya iaitu baju kurung songket Johor dan baju Melayu bagi pasangannya serta corak kedua-dua pakaian itu bercirikan Jawa.
Mencabar Tapi Hasil ‘Meletup’
“Selalunya kami menggunakan enam meter kain bagi pengantin wanita, namun kali ini mencecah 13 meter dan kami mendapati dia lebih sesuai memakai baju kurung berbanding gaun mahupun baju kebaya,” katanya yang berusia 43 tahun.
Ads
Haffsyah berkata, dia juga menanggung kos bagi menjahit baju yang mencecah RM2,000 dengan syarat ia dipulangkan semula ke butik andamannya.
Menurutnya, dia yakin ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pengantin perempuan itu yang kehilangan ibu dalam tempoh beberapa bulan sebelum perkahwinan.
Katanya, dia juga bersyukur kerana mendapat kepercayaan pasangan pengantin bagi menawarkan khidmat katering bagi 500 jemputan.
“Saya juga mengurus solekannya di majlis pernikahan, namun baju kurung rona putih dipakainya dihadiahkan oleh kakak Nur Aqilah.
“Majlis persandingan di Dewan Raya di Jalan Undan, Taman Perling pada hari sama iaitu 18 Mei lalu, pengantin perempuan memakai busana kami sediakan serta solekan.
“Menyedari fizikalnya, kami juga menasihatinya supaya tidak meletakkan platform di kerusi bagi mengelakkan kejadian tidak diingini yang boleh mengaibkan pengantin,” katanya yang turut menaja kad perkahwinan, kek, lukisan inai dan gubahan hantaran percuma untuk hari bersejarah pengantin itu.
Ads
“Saya selesa dengan sikap kedua-dua mempelai yang tidak banyak kerenah.
“Mempelai juga menangis gembira kerana tidak sangka ada perancang perkahwinan sanggup menawarkan perkhidmatan,” katanya.
Paparan kisah berkaitan pengalaman perancang perkahwinan mengurus majlis pasangan itu menerusi Facebook semalam menerima lebih 17,000 reaksi daripada netizen.
Bagi sesetengah orang, umur mungkin sekadar angka. Namun realitinya, angka tersebut saban tahun berubah dan bertambah. Seiring dengan pertambahan tersebut, kena ada perubahan dalam diri. Nak nak lagi apabila sudah memasuki separuh abad.
Life begin at 40… Mungkin anda pernah mendengar ungkapan tersebut. Ada sesetengah orang beranggapan usia matang seseorang adalah ketika 40 tahun. Mungkin usia sebegini sudah biasa dengan asam garam kehidupan. Mungkin rasa segalanya sudah cukup ketika ini. Tetapi mungkin ada yang masih belum bertemu apa yang dicari dalam hidup ini.
Perkongsian dari puan Puan Rashidah Ahmad cukup menarik untuk menjadi panduan kita bersama. Moga bermanfaat! Tenang di penghujung usia 30 an. Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang ‘temper’ selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting. Asyik melenting sahaja! Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham. Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah . Kaw kaw punya! Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun! Pang!! Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu. Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Ipar duai.
Kebendaan. Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari . You have to face it! Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah kenderaan rosak.
Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene ‘repair’ sana sini.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat! Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman. Kenapa? Kenapa semua ini berlaku? Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah – ALLAH SAYANG- DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu. DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat? Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW! Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk. Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh. Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain. Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki ‘final exam sebelum usia 40’ . Take a second to think about how blessed you are. Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi. Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar. Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.
Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.
Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! Baik, ‘kan Allah
Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Please share it to save more people out there.
Kita pun copy paste juga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Jadi jangan putus asa untuk mencuba apa juga perkerjaan. Bagi yang belum atau telah diberhentikan kerja, boleh cuba memohon kerja sebagai kakitangan awam.
Malah, ada ibu bapa meletakkan pengharapan agar salah seorang anak dapat bekerja sebagai kakitangan kerajaan di samping mempunyai pelbagai manfaat terhadap keluarga. Tak salah kan mencuba, mana tahu, rezeki.
Untuk bekerja sebagai kakitangan awam pemohon perlu mengisi maklumat melalui laman SPA9 iaitu satu sistem yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Nampak mudah, tapi jika belum mengetahui bagaimana untuk mendaftar boleh ikuti panduan yang disediakan oleh guru ini.
Menerusi TikTok, guru Zeti Norani ini menunjukkan video untuk memohon sebarang jawatan SPA.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Siapa sangka, anak yang dahulunya sihat kini terlantar sakit tidak bermaya.
Luluh perasaan ibu dan ayah bila mengetahui anaknya menghidap Kanser Limfoma tahap empat. Kehidupan yang serba kekurangan menyebabkan keluarga ini semakin dihimpit kesusahan.
Kisah gadis ini dimuat naik di facebook oleh Noorhafizah Ramli yang merupakan sepupunya.
Itulah situasi yang dihadapi ibu dan bapa kepada gadis berusia 21 tahun ini, Nur Farahannis Hasdee, namun mereka tidak putus asa dan berhempas pulas bekerja memastikan rawatan terbaik kepada anak gadisnya itu.
Mungkin ini merupakan dugaan terbesar buat ibu dan bapa Farahannis yang perlu ditempuh dalam meneruskan kehidupan. Ibunya hanyalah seorang cleaner manakala bapanya seorang penoreh getah.
Jarak rumah dan hospital kira-kira 70 Kilometer menyebabkan suami isteri ini terpaksa berulang alik dari rumah mereka di Sik ke hospital di Alor Setar. Allahu hebatnya dugaan buat mereka.
Meskipun mereka menaiki kereta untuk ke hospital namun kenderaan tersebut sentiasa mengalami masalah selain sejak kebelakangan ini kesihatan ayah Farahannis juga terjejas sekaligus pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada si ibu
Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu kini sedang tenat dan terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Malah ketika ini dikhabarkan Farahannis memerlukan darah jenis B+ atau jenis O kerana palet darah nya kembali 0.
Difahamkan Nur Farahannis dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dari sudut kos perubatan. Bagaimanapun ibu ayahnya masih perlu menanggung beban membaiki kos kereta yang sering kerosakan, kos sara hidup sekeluarga selain juga kos minyak kereta untuk berulang alik dari Sik ke Alor Setar.
Atas rasa simpati dan perikemanusiaan, Noorhafizah Ramli di facebook telah memuatnaik perkongsian ini bertujuan meringankan beban keluarga Farahannis. Selain memaklumkan keadaan Nurfarahannis yang sedikit sebanyak menyukarkan lagi ibu dan ayah gadis tersebut untuk menjalani kehidupan
Bagi anda yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh lah berbuat demikian di Bank Simpanan Nasional ini : 02115-4100011046-5 atas nama Shaharom Bt Che Amin (Ibu).
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).