
Jagung rebus yang sememangnya enak dan menjadi kegemaran anak-anak. Baik direbus mahupun dibuat cucur jagung, sememangnya ibu-ibu dah tak payah nak fikirkan menu lain. Jom cuba resipi jagung cheese yang dikongsikan oleh puan Aszulia Tajuddin Meeracle ini. Anak-anak yang sukakan cheese pasti gemar akan terpikat dengan menu yang disediakan ini.
Menu petang.Untuk yang ada jagung dirumah ya maok cuba kelainan apa kata try jagung cheese tok.Perghhh… kompom uols Sik cukup makan
Jagung cheese is done! Ajuh pergi rumah #maksinga
Resepi simple debah tok.
- Jagung direbus dolok biar kasi empuk.
- Dah mendidih jagung ya tek, buang separuh air rebusan jagung ya untuk digantikan dengan susu cair
- Masuk gula dan garam secukup rasa kitak. Masokkan marjerin 2 sudu.
- Last sekali cheese slice ikot suka uolss
- Siappp dah.Bole share uolss . Tenkiu
#maksingakitchen
#jagungcheese
Homemade Chocolate Peanut Butter, Sedapnya Dimakan Dengan Roti Ketika Sahur!

Adakalanya memang tidak dapat dinafikan kita berasa seakan tidak larat hendak bangun sahur apatah lagi memikirkan perlu pula memasak hidangan untuk dimakan. Pun begitu, walaupun rasa malas dan berat hati untuk bangun awal, tidak mungkin pula kita sanggup melepaskan keberkatan bersahur begitu sahaja.
Oleh itu, apa kata anda bangun seketika untuk menikmati roti bakar yang disapu dengan mentega kacang coklat. Bukan sahaja orang dewasa gemar rasanya apatah lagi anak-anak dan yang lebih penting mudah disediakan.
Dan tahukah anda sebenarnya mentega kacang coklat ini boleh disediakan sendiri? Kosnya lebih jimat berbanding yang sedia ada dipasaran. Jadi apa kata jika ada kelapangan, anda buat sendiri.
Resipinya mudah sahaja dan ini telah dikongsikan oleh Puan Salmy di dalam akaun fbnya. Jom semak.
“Ramai yang suka Peanut Butter Chocolate ni. Setuju tak? Jarang sangat lah yang tak suka. Kalau sapu kat roti ni mahu berkeping-kaping makan tanpa sedar.Bukan saja anak-anak, orang dewasa pun jadi ‘addicted’ dengan Peanut Butter Chocolate ..fuhh sedap weh!
“Tahu tak, sebenarnya kita boleh buat sendiri di rumah tau.Senang dan jimat.Sapa yang jaga kesihatan tu molek sangat la sebab kita pun boleh kontrol gula dan garam kita nak letak banyak mana.Ok, kat bawah ni kakmie bagi resepi Peanut Butter Chocolate yang kakmie buat sendiri di rumah”- Salmy Saznira
Bahan-bahan :
Kacang tanah
2-4 sudu besar gula (kakmie guna gula organik ORCS)*kakmie buat tak manis sangat.
1/4 cawan koko (kakmie guna natural unsweetened Hershey’s Cocoa)
2 sudu besar minyak (boleh guna minyak masak/minyak jagung/zaiton)
Sedikit garam (tak nak pun tak pe.)
Cara-cara :
1. Goreng kacang tanah tanpa menggunakan minyak. Bila dah masak buangkan kulit dan kisar hingga lumat.
2. Kemudian masukkan serbuk koko,minyak dan sedikit garam. Kisar lagi sampai tekstur kacang licin dan ‘smooth’.
3. Akhir sekali masukkan pula badam. Kisar sikit je untuk buat peanut kita crunchy.
4. Ok. Dah siap! Simple kan.
Resepi Peanut Butter Chocolate kakmie buat ni kurang manis dan kurang masin sebab kakmie dah kurangkan kuantitinya.
Kat pasaraya, susah nak cari peanut butter chocolate terutamanya yang kurang gula, garam dan rendah kalori. Kalau nak beli yang natural tak de garam tu lagi mahal, mahu belasan ringgit dan boleh capai puluhan ringgit pun ada.
Alhamdulillah, kakmie dah jumpa satu cara mudah, murah, sedap dan yang paling penting ia sihat!
Ekstra Info : Nak pastikan tahan lama, mesti letak dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk.
sumber : Salmy Saznira
Makan Limau Mandarin Ada Sakit Tekak, Batuk, Sakit Dada Malah Susah Bernafas. Dr Ni Jelaskan, Sila Take Note!

Daikui ramai yang suka makan limau mandarin apatah lagi bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina ketika ini, harga yang ditawarkan adalah pelbagai. Ada yang murah dan tidak kurang yang mahal, jadi mudahlah untuk kita sebagai pengguna membuat pilihan.
Bila mudah dan banyak buah limau mandarin boleh didapati, tidak hairanlah kita akan makan buah tersebut lebih banyak dan sekali gus hingga ada yang membawa kepada kesan pada kesihatan.
Kadang-kadang pelik juga kita rasakan, kenapa ada yang lepas makan mula rasa batuk-batuk namun ada orang lain sedikit pun tidak terkesan.
Ini turut menimbulkan tanda tanya, adakah buah limau mandarin yang dimakan itu sebenarnya berkhasiat atau tidak. Mungkinkah penggunaan bahan kimia pengawet yang merbahaya atau apa sebenarnya?
Menjawab persoalan ini dan untuk mengetahui cara bagaimana untuk menikmati buah mandarin jom kita baca perkongsian Dr Fatimah Salim ini.
BENARKAH LIMAU MANDARIN MENGANDUNGI BAHAN KIMIA PENGAWET?
Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat. Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Cuma mungkin sebab limau Mandarin biasanya banyak dijual dengan harga yang murah semasa Tahun Baru Cina, belum lagi yang dapat berkotak-kotak secara percuma. Sudahnya buah limau yang dimakan juga mungkin berlebihan. Jadi tidak hairan jika ada individu yang berasa sakit tekak, batuk, sakit dada atau kesukaran bernafas apabila mengambil limau Mandarin ini.
Sebenarnya selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam buah kering seperti kismis, prune, juga dalam minuman berkarbonat dan beralkohol. Namun, apa-apa produk makanan yang mengandungi bahan kimia SO2 wajib meletakkannya pada label sebagai panduan untuk individu yang sensetif.
Ini kerana individu yang sangat sensetif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini. Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan. Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama. Juga tidak semestinya anda yang tidak terkesan, mentidakkan kesannya kepada individu sensetif lain. Usah pukul rata ya.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:
- Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
- Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
- Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
- Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada yang meraikan.
Sumber : ChM Dr Fatimah Salim, Ahli Kimia
Jom saksikan video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lagi video menarik!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Rindu Nak Makan Mee Kari Mak, Wanita Ni Buat Sendiri. Nasib Baik Rasanya Hampir Sama & Ni Resipinya!

Rata-rata apabila ditanya, masakan apakah yang paling sedap dan selalu membuatkan kita rindu untuk menikmatinya berulang kali. Pasti jawapannya adalah masakan daripada air tangan ibu.
Berkongsi kisah tentang kerinduan merasa makasan ibu, wanita ini turut murah hati berkongsi resipi mee kari sebagaimana yang sellu dimasak oleh ibunya untuk jualan di kampung.
“Mak ceq memang niaga mee kari….orang kat kampung panggil mee kari cik ross bila orang tempah kami adik beradik seronok sebab mak akan buat lebih untuk anak-anak…
“Bila dah dok jauh ni rindu nak makan mee kari mak…tapi terpaksalah buat sendiri walaupun rasa hampir sama tapi nak jugak air tangan mak kan…..jom sapa nak lunch mai lah makan mee kari kami”-momverlouzdish Aliaa
Jadi buat anda penggemar mee kari, bolehlah mencuba sendiri menyediakan menu ini mengikut resipi yang diberikan ini.
Ni saya bagi resepi kuahnya ya….mee dan bahan celur lain rasanya semua dah tahu
(untuk 10 orang)
Rempah kari daging ayam faeza 2 bungkus kecik
Rempah kari ikan 1 bungkus kecil
*Bawang 1 labu besar
*Bawang putih 4 ulas
*Udang kering sikit sahaja….kalau tak ada boleh ganti ikan bilis
*cili kering yang sudah direbus
-blend bahan yang bertanda ***
-Bancuh bahan blend dengan 3 paket rempah tu
Caranya:
-Tumis daun kari,3 beradik dan serai yg di ketuk,lengkuas pon ketuk dan tumis sekali….
-masukkan bahan bancuhan td…
-sampai dh naik minyak masukkn ayam yg dipotong kecik2
-bila ayam dh empuk rempah kari pon dh garing….masukkn air….
-masukkn santan….ikut sy 2 kotak kecik santan tu elok dah….
-masukkn fish cake dan kerang yg dh dikukus
-dh rasa semua elok masukkn tauhu kering yg dipotong…
Siap utk kuahnya…
Turut dikongsi cara menyediakan bawang goreng
Bawang kecil potong menegak nipis-nipis. Panaskan api betul-betul terus masukkan bawang tadi tu. Selalu kacau supaya perang sekata. Bila sudah nampak perang tu terus tutup api….kacau-kacau lagi sikit terus angkat…..bawang ni kena control api je….hangus pahit pulak, tak masak kang lemau.
sumber : Momverlouzdish Aliaa via MAHN