

Bahan-bahan:
- 4 tongkol jagung
- 1 tin susu cair (saya guna fresh milk Dutch lady)
- 2 sudu besar susu pekat (kalau nak manis bole tambah lagi)
- 2 sudu besar planta /buttercup
- Garam
- Lada sulah
- 4 keeping Cheddar
Siap!
‘Sampah Bagimu, Hidangan Buat Keluargaku’, Kaki Ayam Jadi Lauk Untuk Teruskan Kehidupan, Meruntun Jiwa Kisah Ini.

Kehidupan ini tidak semua indah belaka. Ada bahagia, duka, ada yang berharta hidup senang dan sebaliknya hidup dalam kesusahan.
Bagi yang berharta pastinya mempunyai kewangan yang kukuh seperti hidup selesa di rumah yang sempurna dengan makan minum yang mencukupi. Namun sebaliknya bagi keluarga yang kekurangan dari segi kewangan. Makanan terpaksa di catu lantaran wang yang tidak mencukupi.
Lebih lagi pandemik ini, ramai yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa menutup perniagaan sehingga menjejaskan kehidupan harian. Apabila ini berlaku, terpaksa menjalani kehidupan seadanya termasuk makanan apa sahaja untuk memastikan dapur berasap buat keluarga. Begitulah situasi apabila mengalami kesempatan hidup.
Sebagaimana perkongsian ini, berkisah bagaimana kaki ayam menjadi makanan buat keluarga meneruskan kehidupan.
Kaki ayam yang sering dibuang di restoran makanan menjadi hidangan buat keluarga yang sudah. Bak kata, ‘sampah bagimu, hidangan keluargaku’.
Ikuti kisah yang meruntun jiwa ini. Semoga jadi iktibar bahawa dalam kala kita mewah dengan pelbagai makanan dihidang dimeja, ingatlah ada keluarga yang kesempitan hidup. Jadi hulukan bantuan, ringankan beban jika menemui keluarga sebegini.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.

Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!
Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.
Bagi kaki ayam pada orang kampung

Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. 😂
Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Kaki ayam jadi lauk seisi keluarga
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.
‘Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana.
Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah. Menangis saya baca.
Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.
Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.😭
Sedekahlah, bantu tanpa menilai
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa. Ikhlas! Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa…
Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.
Moga Allah ampunkan kami.
Wallahu’alam
Sumber: Lola Diana Tradisional
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Aksesori kelengkapan dapur murah di sini
Jangan Sekali-Kali Berfikir Panjang Untuk Menggembirakan Isteri. Walaupun Penat, Tapi Bila Isteri Itu Bahagia. Pasti Keluarga Pun Bahagia

Lumrah dalam berumahtangga, jika mahu aman dan bahagia kena ada sifat memberi dan menerima antara suami dan isteri. Takkan sepanjang masa isteri sahaja yang nak jaga hati suami. Suami pun perlulah jaga hati isteri dengan cara menggembirakan isteri. Betul tak?
Pasangan yang adalah dua orang individu dengan karakter berbeza yang komited untuk menyayangi satu sama lain. Mereka cakna akan perbezaan antara satu sama lain, namun tidak menjadikan itu satu benteng untuk melayari alam rumah tangga yang bahagia.
Kerjasama, komunikasi antara satu sama lain, saling menghargai dan berterima kasih pada pasangan atas apa yang mereka lakukan. Itu antara resipi untuk rumah tangga kekal aman.
Isteri adalah amanah yang paling bernilai di dalam sesebuah rumah tangga. Justeru, pendamping yang setia itu tidak akan culas dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam apa juga keadaan sekalipun.
Lebih-lebih lagi apabila mendapat pasangan yang cukup berdikari, jadi jangan pula mengambil kesempatan di atas kebaikan pasangan anda. Sebaliknya hargai pengorbanan dan penat lelah mereka untuk keluarga. Perkongsian dari saudara Akhtar Syamir cukup menarik untuk dikongsikan.
Isteri saya seorang superwomen ! Setiap inci rumah dia dah kemaskan dan sediakan untuk hari raya tahun ini. Saya tak dapat nak bantu sikit pun. Masa di rumah terlalu singkat kerana kerja. Dia yang handle semua.
Ini antara sebab kenapa bila dia nyatakan hasrat nak apa-apa di lazada atau melalui PS, saya jarang tolak. Sebab saya tau minat dan semangat dia tu memang tinggi.
Bayangkanlah yang kelabu tu semua wallpaper. Rumah kami ada masalah kulat di cat dinding. Yang putih-putih tu. Memang tak selesai dari masa kami mula duduk sini. Akhirnya terpaksa pasang wallpaper semua. Isteri saya lah seorang diri pasang berperingkat semasa saya bekerja. Bila saya pulang, masa dia akan dihabiskan dengan saya. Mood kerja dia datang bila saya takde je.
Kadang-kala ramai yang kata dia beruntung kerana ada suami seperti saya melalui apa yang saya tuliskan dalam artikel-artikel saya. Tetapi inilah sebab utamanya kenapa saya layan isteri saya setinggi yang boleh, kerana dia melayan saya sehebat ini.
Dalam perhubungan, ada yang memberi, ada yang menerima. Berilah dan berilah dahulu. Jangan putus asa. Sampai satu masa nanti, anda akan menerimanya semula.
Sekarang dia dalam kepenatan ditambah dengan selsema pulak. Saya suruh dia tidur dan silent telefon. Balik kerja nanti saya nak kena urut bagi dia lega sikit.
Walaupun dia penat, tapi inilah contoh bila isteri itu bahagia. Pasti keluarga pun bahagia. Jadi, jangan sekali-kali berfikir panjang untuk menggembirakan isteri. Kerana kita sekeluarga yang akan dapat manfaatnya.
Korang dah siap kemas rumah? Mood raya dah sampai ke belum?
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️
Peminat Jering, Jangan Makan Berlebih-lebih. Ikut Saranan Saintis Ni, Agar Tak Mudarat!

Peminat ulam-ulaman mesti berasa teruja bila dihidangkan pegaga, petai, jering dan pelbagai jenis ulaman lain ketika menikmati nasi bersama lauk pauk pilihan. Ketika itu, makan nasi pasti bertambah.
Dalam khusyuk melayan selera, perlu diketahui bahawa terlebih makan jering yang dimakan mentah ada bahayanya.
Nak tahu lanjut, ini dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi untuk peringatan bersama. Pun begitu, Dr Suri Roowi turun memberikan saranan cara bagaimana untuk menikmati jering.
Ini perkongsiannya.
JERING – PERLU LEBIH BERHATI-HATI
Kajian yang dilakukan oleh Saintis Thailand pada tahun 2011 menunjukkan jering juga mempunyai sifat antibakteria dan antifungus
Selain itu, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak maklumat yang disebarkan dalam FB/whattsap tentang penggunaan Jering sebagai makanan kesihatan.
Perlu diingat ! Kita perlu lebih berhati-hati sebelum memakan jering dan ianya perlu diperoses terlebih dahulu.
Terdapat kajian menunjukkan jering boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Walaubagaimana pun, jering mengandungi asid djenkolic yang boleh memudaratkan jika diambil pada kuantiti tinggi
Bahan ini boleh membentuk kristal tajam dalam saluran kencing, menyebabkan kesakitan dan haematuria (darah dalam urine).
Asid djenkolic dilaporkan hadir pada kadar 20 gram dalam setiap kilogram jering.
Kajian menunjukkan terdapat beberapa teknik untuk menghilangkan @ mengurangkan asid djenkolic dalam jering.
Di antaranya adalah jering perlu
a. direbus beberapa kali sehingga bau hilang
b. direndam dalam air masin selama beberapa jam dan direbus
c. ditanam dalam tanah selama 14 hari sehingga bercambah dan kemudian direbus.
Di Selatan Thailand jering selalu dimakan dengan kari atau dengan makanan panas dan jering perlu direbus terlebih dahulu beberapa kali bersama abuk kayu, daun buluh dan sudu besi. Orang-orang di sini telah menggunakan kaedah ini selama berabad-abad, walaupun sukar untuk menjelaskan fungsi setiap bahan yang digunakan.
Justeru, perlu diperoses sebelum memakannya
dan makan ikut kadarnya
Sumber : Dr Suri Roowi