Kasih ibu seluas lautan tanpa bersyarat, begitulah yang sering diperkatakan. Bahkan dengan kasih sayang ibu, semua keinginan dan keperluan seisi rumah diurus sebaik-baiknya.
Pun begitu, dalam meniti usia yang semakin meningkat dari hari ke hari, umumnya hati seorang ibu dikatakan begitu sensitif dan sebagai anak perlulah menyantuni ibu ayah dengan sebaik-baiknya.
Hal ini turut menarik minat Ustaz Khairul Anuar Basri untuk memberikan peringatan buat kita semua melalui perkongsian di fbnya. Semoga bermanfaat.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban. Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita. Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Ads
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu. Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita. Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita. Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit. Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Ads
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita. Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Ads
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan. Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Semai pokok kunyit? Bunyi macam susah tapi sebenarnya mudah je. Memandangkan sekarang ni harga barang semakin naik terutama bahan masakan seperti sayur dan barang dapur yang lain, bolehlah ibu-ibu cuba tanam sendiri di rumah
Nak jimat, lebih baik anda tanam sendiri di rumah, mudah juga nak guna ambil je tak payah beli lagi. Nak tahu cara yang mudah untuk menanam pokok ini, jom baca perkongsian saudara Mohd Nor ini.
TIPS TANAM POKOK KUNYIT Kalau ada kunyit lama yang dah tumbuh tunas… jangan dibuang… boleh disemai… letak dalam bekas & isikan sedikit air agak2 basah bawahnya saja dan bukan sampai terendam.
Apabila akar dah mula keluar bolehlah dipindahkan ke pasu… jangan tanam dalam sangat kerana kunyitnya boleh rosak & membusuk… pokok boleh mati… timbuskan sikit2 je… siram sikit2 & jangan terlalu banyak air… letak ditempat teduh… semoga bermanfaat.
Cara tanam pokok kunyit
Letak dlm bekas & letak sedikit air… apabila akar keluar dah boleh pindahkan ke pasu…
Tanam jangan dalam sangat… kunyitnya boleh rosak membusuk…pokok boleh mati
Biarpun dihambat kontroversi sebelum ini, namun kasih sayang antara mereka tetap utuh. Gelora yang melanda sudah kembali tenang dan pasangan sama cantik sama padan ini melayari rumah tangga dengan penuh bahagia dan cinta antara mereka juga semakin kuat.
Lebih-lebih lagi mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke 6 baru-baru ini. Melepasi fasa pertama dalam alam perkahwinan, akui Datin Diana Danielle, tahun ini cukup istimewa buatnya dan suami, Datuk Farid Kamil.
“Biarpun cinta kami bermula dengan pelbagai dugaan namun hubungan itu kini sudah memasuki usia 11 tahun. Ini adalah ulang tahun perkahwinan yang keenam. Untuk tahun keenam ini sangat istimewa. Ia merupakan salah satu tahun kami yang menarik.
“Kami berada di paras yang paling lemah dan mengejutkan, kami mendapat lebih cinta daripada yang saya boleh tahan dengan hati dan tangan saya.
“Kami tidak lagi memerlukan banyak perkataan, hanya melihat, sentuhan, ekspresi, dan itu sudah membuatkan anda faham apa yang diperlukan.
Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini juga memberitahu dia hanya mampu berdoa perkahwinan serta hubungan kekal seperti mana mereka dan anak-anak inginkan.
Dalam pada itu, Diana Turut bergurau mengatakan mereka berdua perlu belajar dan berlatih untuk mengambil gambar sebagai pasangan supaya tidak lagi kelihatan kekok di hadapan umum.
“Saya selalu berkata, saya tidak boleh menjangka masa depan, saya hanya boleh berdoa ia berjaya seperti mana kita mahukan dan macam mana anak-anak kita mahukan, untuk keluarga kecil kita.
“Saya juga berharap yang kita boleh berlatih untuk gambar kita sebagai pasangan kerana kita sentiasa lakukan… secara kekok untuk tonjolkan kasih sayang depan orang ramai. Saya sayang awak @faridkamilz,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, pengikut kedua-dua pelakon ini mendoakan kebahagian mereka supaya kekal berpanjangan.
jur_ibrahim Semoga menjadi keluarga yg sakinah mawaddah warrahmah.. Aamiin ya rabbal’alamin..
farafarrafarrah May Allah grant endless happiness to u & Farid..
nurafeefafauzi fav couple since forever ?? moga kekal bahagia hinggake syurga. amin!!!
amnialiesya Semoga kekal abadi hingga akhir hayat dan hindarkan serta abaikan gosip liar jika diri sendiri tidak melihat.. sesungguhnya kamu berdua telah diberi nikmat oleh Allah SWT.. amin….
iestatiptra Happy anniversary @faridkamilz & @dianadanielleb – semoga dipanjangkan jodoh & gembira selalu. Always a very friendly couple to my wife and me – we truly appreciate it.
far0001 Stay inlove everyday and everyday is new day? u’r perfect couple wt lovely kids kept ur marriage last forever? happy annivesary to both of u?
Secara umumnya, jenayah scammer ini membabitkan pelbagai jenis kes penipuan dan dilihat semakin menjadi-jadi. Sebagai orang awam, kita merasakan perlu lebih berhati-hati namun dilihat sindiket penipuan ini semakin licik memperdaya.
Ini seperti mana yang terjadi kepada pelakon popular Datuk Fizz Fairuz yang ‘terkena’ dengan penipuan daripada seorang individu lelaki berusia 26 tahun berpangkat Datuk Seri hingga menyebabkan kerugian RM18,000.
Susulan itu, Fizz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.(21/7)
Memetik laporan di Harian Metro, Fizz ketika dihubungi berkata, wang itu dibayar sebagai bon bagi tender projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tawar Projek DBKL
“Individu ini tawarkan saya projek tender DBKL. Dia bagi senarai apa kena buat dan saya kena bayar satu peratus bon. Saya memang tak terfikir dia scammer sebab dia minta profil syarikat.
“Dia minta buat pembayaran ke akaun peribadi. Pada awalnya saya persoalkan juga perkara itu, tapi dia kata nak tolong uruskan semuanya. Katanya pertengahan bulan ini dah boleh mulakan kerja.
“Saya pun buat bayaran pada 6 Jun. Empat hari selepas itu kami masih berhubung macam biasa. Selepas itu dia sudah tidak jawab panggilan dan mesej WhatsApp. Dia pernah balas mesej itu pun selepas 50 kali saya mesej. Macam-macam alasan diberikan. Katanya dia kena Covid-19 dan sebagainya. Takkan sebulan kena Covid-19 kan?” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Fizz, dia mula menyedari dirinya menjadi mangsa scam selepas individu itu ‘menghilangkan’ diri selain mendapat nasihat daripada beberapa kenalan.
“Saya ada menghubungi beberapa kenalan yang pernah berurusan dengan dia. Mereka nasihatkan saya supaya tidak bekerjasama dan dekatkan diri dengan dia.
“Saya pula apabila sudah masukkan wang baru menghubungi mereka. Jadi, ini kesilapan saya sendiri. Saya percaya pun sebab dia gunakan nama DBKL,” katanya.
Dalam masa sama, Fizz memaklumkan individu itu sudah ditahan, semalam.
“Saya dimaklumkan dia sudah kena tangkap. Rupa-rupanya ramai juga menjadi mangsa. Jadi, banyak laporan dibuat terhadapnya.
“Saya juga buat laporan sebab menjadi mangsa. Saya berharap wang dipulangkan. Biarpun peluang itu macam mustahil,” katanya.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.