Mungkin ada di antara kita yang suka beranggapan bahawa melihat perempuan cantik sahaja mesti terus cakap pakai produk hebat. Tak pun berperasangka, itu mesti gunakan teknologi terkini seperti pembedahan plastik untuk memiliki kulit wajah sempurna.
Tapi jangan tidak percaya, dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi juga anda mampu mendapatkan kulit wajah yang bersih dan cantik.
Ini antara petua dan yang sering diamalkan oleh Norafiza Mahmud dan telah dimuat naik di akaun fbnya untuk dimanfaatkan bersama.
Ini perkongsiannya.
Memandangkan aku ni bukan jenis suka make up tebal 1 inci. Jadi aku buat solution sendiri untuk dapatkan kulit yang cantik dan bebas segala jerawat, jeragat, gelap bawah mata, kedut-kedut.
Dalam satu mask ni sahaja, semua ada.
BRIGHTENING MASK SCRUB
1 biji Kentang ( rebus dan lenyek )
1 sudu yogurt asli
½ perahan lemon
1 sudu baking soda
2 sudu tepung ubi ( agent pemekat )
Cara-cara:
1. Lenyek kentang yang telah direbus dan dibuangkan kulit hingga lumat.
2. Masukkan semua bahan lain dan gaul rata.
3. Sedia untuk digunakan di wajah. Ratakan di muka dan biarkan 15 hingga 20 minit. Kemudian mask akan kering dan gosokkan seperti scrub.
Selalu bila kulit dah nampak kusam memang ini makanan dia. Paling cantik bila cik oya nak make up. Kesannya, make up akan nampak segar.
Magicnya!
Bila cik oya pegang muka rasa macam berminyak. Bila tanya orang yang melihat dia cakap flawless.
Benda ni nak kena rajin tau. Seminggu kurang-kurang sekali. Tapi bergantung kepada kulit masing-masing.
Pesanan untuk kulit yang sensitif, cuba dahulu di bahagian bawah pipi sebelah kiri atau kanan. Sesetengah kulit tidak sesuai dengan baking soda atau lemon. Jadi, pilih antara satu.
sumber : Norafiza Mahmud