Jaga Wajah Dengan Bahan Semulajadi. 6 Petua Ni Boleh Cuba!

Share

Selain pemakaian produk yang sesuai dengan kulit wajah, terdapat juga kaedah dan petua yang boleh anda praktikkan untuk memiliki kulit wajah yang bersih,  sihat dan cantik dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Berikut adalah 6 bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kulit yang patut diamalkan.

PUTIH TELUR

Putih telur dapat menghilangkan jeragat-jeragat, pori-pori dan liang roma yang tersumbat. Langkah-langkah yang perlu dibuat ialah ambil 1 biji telur dan gunakan telur putih sahaja.

Kemudian, sediakan tisu muka 2 helai untuk buat seperti topeng muka pada wajah anda. Setelah itu, sapukan telur putih pada seluruh wajah.

Biarkan sampai kering dan buka topeng muka anda itu. Kemudian bilas dengan air, anda akan nampak kesannya pada hidung, pipi dahi dan muka akan kelihatan berseri-seri.

TOMATO

 

Tomato dapat memudarkan bintik-bintik hitam pada wajah anda dan dapat kembalikan kulit yang kusam menjadi berseri-seri. Ambil sebiji buah tomato merah, belah dua dan potong kecil-kecil atau lenyek sedikit kalau anda nak keluarkan air tomato itu seperti masker.

Selepas itu sapu seluruh wajah seperti membuat mask dan biarkan selama 10 minit bagi tomato itu serap dalam kulit anda. Jangan lupa bilas dengan air suam dan anda akan nampak hasilnya

YOGURT ASLI & MADU

Untuk kulit wajah lebih lembab anda ambil yogurt asli campur dengan madu 1 sudu kecil. Selepas itu sapu seluruh wajah anda dan biarkan sampai kering atau beberapa minit.

Kemudian, bilas dengan air suam. Anda akan rasa kehangatan kulit yang lembut seperti bayi.

SODA BIKARBONAT

Untuk kecutkan jerawat atau hilangkan kesan-kesan parut jerawat anda boleh mengatasinya dengan soda bikarbonat. Caranya ambil 1 sudu soda bikarbonat dan sapukan pada kulit bermasalah. Biarkan selama mana anda nak dan anda akan nampak kesan dalam masa 3 hari.

Selepas 3 hari jerawat anda makin mengecil dan hilangkan kesan-kesan parut jerawat dengan sedikit demi sedikit.

UNCANG TEH

Untuk hilangkan sembab di bawah mata atau kulit bawah mata seperti lebam. Caranya ambil 2 uncang teh hijau dan rendamkan kedalam air panas.

Kemudian biarkan sejuk sedikit uncang teh hijau dan selepas itu letak pada bawah mata sebelah kanan dan kiri. Untuk nampakkan lebih berkesan anda mestilah kena rajin, iaitu paling kurang 1 minggu 3 kali dan anda akan nampak kesan dia dengan secara tidak langsung.

Sumber: Balqis AR. Pengamal Kecantikan & The Vocket

Selain itu ada baiknya juga anda lakukan spray mudah ini. Petua yang dikongsikan Sifu Kitaro ini pasti dapat menyelamatkan anda daripada kesibukan menguruskan rumah tangga, tetapi masih tampil jelita dengan kulit yang cantik dan flawless.

Sebenarnya toner ni kita boleh buat sendiri je di rumah. Sifat antioksidan yang terdapat dalam Bunga Lawang ni yang membuatkan dia banyak khasiat.  Boleh melembapkan kulit muka, mencegah penuaan, mengecilkan liang pori yang besar dan macam-macam lagi.

Bahan-bahannya:
1 genggam bunga lawang
2 cawan air
1 botol spray (kecik pun cukup)

Caranya:
1. Rebus bunga lawang dalam periuk. Guna dua cawan air.

2. Rebus sampai tinggal satu cawan je tau. Dah siap tu boleh tutup api dan biarkan sejuk sekejap.

3. Dah sejuk, tuangkan dalam botol spray dan simpan di dalam peti ais.

4. Korang boleh gunakan dua kali sehari waktu pagi dan malam.

Bukan susah pun kan! Senang je, cuma jangan malas-malas okay. Make sure hari-hari spray supaya kulit muka dapat meresap khasiat dari bunga lawang tu dengan sekata.

Kredit: Sifu Kitaro