Jaga Wajah Bukan Je Perlu Pilih Produk Sesuai Dengan Kulit, Tapi 5 Peraturan Asas Ni Perlu Tahu!

Share

Berkongsi tip penjagaan asas kulit wajah, selain memerlukan kita bijak memilih produk yang sesuai dengan kulit, rupa-rupanya ada peraturan yang harus diikuti. Ini sebagai mana yang di kongsikan di akuan fb Syahira Farzana telah menyenaraikan 5 peraturan asas yang perlu difahami. Jom semak agar memberi manfaat untuk semua.


Nak jaga kulit bukan semata mata kena pilih produk yang sesuai dengan kulit tapi rutin harian yang basic pun kena betul.

Basic rules in skincare:

1. JANGAN JANGAN JANGAN cuci muka guna cleanser lebih dari 2 kali  sehari. Cukup lah pagi/tengahari sekali, malam sekali. Time solat, time nak refresh kulit ke apa, just cuci guna micellar/cleansing water.

 

2. Sedia kan satu towel khas untuk muka sahaja. Tak pun guna facial tissue. Dap dap saja time nak kering kan muka tu. Jangan sental atau gosok pula. Kedut kulit korang!

 

3. Scrub tak boleh pakai hari hari. Tak kesah lah apa jenis scrub pun. Maximum 3 kali seminggu, itu pun untuk very oily skin boleh lah. Dry skin scrub sekali seminggu cukup dah. Kalau exfoliating/peeling gel atau chemical exfoliant lain lah cerita.

4. Lepas cuci muka kalau boleh terus buat skincare routine. Kenapa? Sebab nak lock in hydration. Boleh rasa eh beza sebab bila terus je buat skincare routine right after cuci muka produk rasa macam lebih senang absorb to skin

.

5. Jangan selalu sangat cuci muka guna air suam sebab boleh mengeringkan kulit. Guna air paip biasa pun okay dah kott. Kalau kaya sikit, guna filtered water lagi bagus.

 

sumber : Syahira Farzana