Keluarga ini sejak dahulu lagi menjadi contoh buat semua. Bukan hanya menjaga kebajikan anak-anak, bahkan hubungan silaturahim antara bekas isteri dan suami ini juga sangat baik.
Terbaru, Memey Suhaiza memuat naik sepotong video pendek berkenaan tanggung jawab suaminya dalam berkongsi rezeki buat dirinya dan juga bekas isteri, Abby Abadi.
Ads
See org lelaki… Besar tanggunggjawab.. bayangkan kalau ‘lagi ramai’😆 Lagi besar tanggungan… jadi moral of the story hargailah seadanya❤️ Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki semua ketua keluarga ,suami, bapa dlm usaha menjaga tanggungjawab & amanahnya..🤲🏻
Patutlah rezeki keluarga ini cukup murah, ada sahaja tawaran kerja buat Norman yang tidak putus-putus. Mungkin kerana sikap pemurahnya membuatkan rezeki kian bertambah.
Ads
Perkongsian Memey tersebut dipuji ramai. Rata-rata menyifatkan sikap prihatin dan pemurah Norman kepada bekas isterinya patut dicontohi semua terutama kepada kaum lelaki.
Satu Dalam Sejuta
rayban_smart_igshop Terkejut mie 🤣memang terbaikla papa norman ni..1 dlm sejuta..semoga murah rezeki papa norman👍👍👍
izamalikAllahuakbar…semuga kedua famili dilimpahi rahmat dan bahagia hingga ke jannah. Bangga tengok keluarga ❤abbymemey❤
_atinmiraHahahaha alhamdulillah. Papa jaga ‘tanggungjawab’ tu murah rezeki papa. Mana2 cerita muka papa oman skrg 😍
Melihat kepada hubungan baik antara mereka berempat membuatkan netizen kagum dan terharu. Jika dahulu mereka pernah melalui kontroversi seketika, namun semuanya dilupakan demi kesejahteraan anak-anak. Malah, Norman masih tetap menghargai Abby, bekas isterinya yang juga ibu kepada anak-anaknya.
Masih hargai Abby
aallana.roseAhamdulillah, sukanya tengok family ni, ni la contoh keperibadian diri yang bagus, dan matang. Anak anak pun membesar bahagia dengan kasih sayang kedua nya 💖💖💖💖💖
lenapabagariKan bagus klu ex somi semua mcm norman😢
hazlinayussoffiiAlhamdulilah , abg norman seorang lelaki yg bertanggungjawab .. Boleh dijadikn contoh utk kami semua yg blm berkawen 😘😘
mises_aaBagus la Abang Norman.. Masih menghargai Kak Abby as mum kpd Anak2 dia..
ayu_razeen89Bgusnya nfkah bks isteri xlupa..ptt la kluarga ni dicontohi..smga dilindungi slalu
izah_cikyang😍😍😍👍👍Alhamdulillah.. Bahagiakan isteri & ex & Anak².. Hati pun lebih tenang.. Bagus abg Norman ni.
anom510Bagusnye ada lelaki cam ni.menghargai ibu kepada anak2 dia.patutlah murah rezeki and rezeki anak2 pon murah.ayahnye pon jenis hati baik.
Malah, hubungan baik antara Norman, Memey dan Abby Abadi juga juga dijadikan contoh buat masyarakat di luar sana.
Seronok tengok kebahagiaan keluarga ni
aishah7263Alhamdulillah.. seronok tengok kebahagiaan keluarga ini.. semoga Allah murahkan rezeki keluarga ini.. semoga Allah berikan keluarga ini kebahagiaan dunia dan akhirat..Aamiin
syafarina_nasiirKan best kalau semua lelaki tahu tanggungjawab sendiri takdelah perempuan nak jadi singa memanjang.. Penat tahuuu!! 😢
stoutliquorVery love this family omg menangis tngok how happy they now n how their life wth allah …im christian n im very touch wth this family…may god bless u all ❤️
azaj1986Patutlah rezeki tidak putus2…tgjwb dan amanah Allah diutamakan…moga Allah sentiasa menghubungkan silaturahim keluarga memey dan Abby …
miranbalan_yanSyukur…terharu tengok…bahagianyer hatiku melihat kga kalian❤️❤️❤️❤️❤️Semoga sentiasa happy hingga akhir waktu
Jika namanya suka bercucuk tanam, pasti pelbagai jenis tanaman ada ditanam di laman rumah. Tidak terkecuali menanam tanaman jenis memanjat seperti pokok telang, pokok anggur dan sebagainya.
Apa yang penting, tumbuhan jenis memanjat ini memerlukan para, dinding atau struktur lain dan untuk itu, di sini disediakan cara mudah untuk menyediakan struktur untuk tumbuhan memanjat andai ditanam di dalam pasu. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh D’Pro A’Nas.
Membuat penahan pokok dan tempat pokok memanjat.
Bahan-bahannya :
Dawai Tebal…Dawai untuk buat string Pagar hijau..Segolong 10 meter RM4
Cable Tie.
Tape Penyukat
Lukisan untuk sample buat menahan pokok dan pokok memanjat.
Cara-caranya:
Buatkan 3 bulatan dawai yang diikat dengan menggunakan cable tie mengikut ukuran berbeza iaitu 30 inci, 12 inci dan 10 inci.
Sediakan 3 dawai untuk dijadikan tiang dengan ukuran 30 inci.
Kemudian ikat 3 bulatan pada bahagian tiang dengan bahagian kecil di bawah dan besar di atas menggunakan cable tie dengan kemas.
Semoga dengan perkongsian ini memberi idea kepada anda yang suka bercucuk tanam untuk tumbuhan jenis memanjat agar lebih nampak kemas dan sekali gus cantik dipandang. Selamat mencuba.
Jodoh pertemuan, ajal maut segalanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Esa. Biar sebaik mana sekali pun perancangan kita, namun Dia yang lebih berkuasa. Begitulah susun atur Tuhan yang sudah tertulis kerana Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan.
Demikian juga dengan kisah keluarga ini apabila salah seorang daripadanya pergi buat-selama-lamanya dalam kemalangan jalan raya di Hulu Terengganu pada awal pagi Khamis lalu.
Kepiluan dihati hanya Tuhan yang tahu. Kegembiraan hanya seketika, difahamkan, pasangan tersebut bersama seorang anak lelaki tunggal mereka dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Pulau Perhentian di Besut untuk menyambut ulang tahun suaminya pada hari kejadian.
Namun, ternyata Allah telah merancang sebaliknya. Siapa sangka, pada hari ulang tahun suami rupanya menjadi hari terakhir hayat si isteri di dunia ini.
Isteri yang disayangi, Zahratul Ardiah Ismail, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mazlan Machap, mengalami luka parah. Anak tunggal mereka, Zhariff Mufeed Mazlan yang berusia lima tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Apa yang meruntun hati ramai, apabila arwah si isteri sempat menitipkan ucapan ulang tahun terakhir buat suaminya beberapa jam sebelum nahas itu berlaku.
Seolah-olah sudah mengetahui tiada lagi ucapan hari lahir buat suami tersayang selepas ini, setiap kata-kata ucapan itu dikarang dengan penuh perasaan.
UNTUK SUAMI TERSAYANG..
Hitammu sentiasa menawan..
SELAMAT HARI LAHIR !!! Semoga abang dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia juga akhirat.
SELAMAT HARI LAHIR !!! Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan abang insan yang mulia.. Bertambah iman dan amalan, sentiasa menjadi imam buat kami. Semakin umurnya barakah, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan..
SELAMAT HARI LAHIR !!! Pada hari ini, moga apa jua impian yang abang impikan selama ni, semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan.. Apapun rencana yang akan abang buat, semoga semua itu tercapai.. Semoga kegembiraan mengisi dirimu dalam setiap waktu.. Semoga abang mendapat keberkatan dan sentiasa dalam redha Allah SWT.
SELAMAT HARI LAHIR !!! Waktu berjalan tiada henti.. Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari.. Mengiringi usiamu yang terus bertambah hari ke hari.. Hingga saat ini.. Selamat hari lahir SUAMIKU !
SELAMAT HARI LAHIR !!! Dari lubuk hati yang paling dalam.. Tiada kata dapat zah ucapkan untuk menghiasi hari-hari yang penuh bermakna ini.. Dan hanya doa yang mampu zah panjatkan untuk abang.. Semoga Allah selalu melindungi dirimu..
SELAMAT HARI LAHIR Zah dan Zhariff sayang abang selalu.. terima kasih kerana sentiasa menjaga makan minum kami..
HAPPY BIRTHDAY.. HAPPY BIRTHDAY.. !!!! HAPPY BIRTHDAY TO YOU… HAPPY BIRTHDAY TO YOU…!!!
Sementara itu, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen di dalam posting tersebut dengan menzahirkan ucapan takziah ke atas mangsa. Ramai yang ternyata tidak mampu menahan rasa sedih di atas apa yang berlaku.
Doa-doa terakhir untuk suami dari isteri
Seolah-olah sudah tahu mahu pergi ‘jauh’
Hari lahir suami rupanya hari akhir hayat sendiri
Ya Allah, sebaknya baca
Nak pergi bercuti sempena birthday suami
Moga Allah menempatkan arwah di dalam kalangan orang beriman, memberikan kesembuhan pada si suami serta ketabahan kepada anak dan keluarga yang ditinggalkannya. Al-Fatihah.
Alangkah bahagianya hati ibu dan ayah bila melihat anak-anak mesra hubungannya di antara satu sama lain.
Si abang atau kakak bukan sahaja tahu melayan adiknya untuk bermain bersama, malah dengan penuh kasih sayang boleh pula menyuapkan nasi ke mulut saat makan di kantin sekolah.
Kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Nazri ini memang luar biasa dan jarang-jarang kita dapat lihat.
Jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Entah kenapa,hati saya begitu terusik dengan gambar yang dihantar oleh seorang guru, di dalam group telegram kami.
Seorang abang, menyuapi adiknya makan di pagi hari ketika di kantin sekolah kami.
Satu pemandangan indah, yang bukan direka-reka. Ianya lahir dari kasihnya seorang abang kepada adiknya.
Murid ini, bukanlah murid yangg pintar dalam akademik. Namun, nilai yang ditonjolkan ini tiada tolok bandingnya.
Sejauh mana kepintaran seseorang murid, ia tidaklah mendatangkan kepuasan, seperti mana yang kami lihat hari ini.
Semoga, ia memberi inspirasi kepada murid yang lain, bahkan kepada semua, termasuk anak-anak kita.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.