“Jaga Solat…” -Laoshi, Ibu Angkat Berbangsa Cina Titip Pesan Untuk Anak Daranya!

Share

Mengimbau kisah hidup gadis berusia 22 tahun, Rohana dahulunya ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia. Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan. Namun dek kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.

Hari ini meskipun Rohana gembira bergelar mahasiswa universiti awam, namun Rohana Abdullah berat hati untuk berpisah dengan ibu angkat yang kian meniti usia emas.

Memetik berita yang dikongsikan di Sinar Harian, Rohana, 22, yang dijaga seorang bekas guru berbangsa Cina, Chee Hoi Lan, 84, berkata, di sudut hatinya tetap ada kerisauan kerana selama ini mereka banyak menghabiskan masa bersama selain ibu angkat semakin tua.

Menurutnya, ibu angkat yang mesra dipanggil Laoshi sempat menitipkan beberapa nasihat kepadanya sebelum mendaftarkan diri sebagai pelajar Diploma Sains Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

“Jaga Solat…”-Laoshi

Katanya, Laoshi juga berpesan agar dia sentiasa berkelakuan baik, berakhlak murni dan menjaga solat.

“Laoshi pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia dan belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk sambung belajar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mendaftarkan diri di Kompleks Dewan Kuliah UTeM di Durian Tunggal di sini, pada Isnin.

Tambahnya, ini pertama kali dia berpisah dengan ibu angkatnya itu dalam tempoh yang lama dan akan cuba untuk menyesuaikan diri dalam suasana baharu dikelilingi rakan-rakan pengajian.

“Sebelum ini kami pernah berpisah paling lama seminggu dua sahaja. Ketika itu saya mengikuti aktiviti sekolah.

“Untuk jangka masa lama, dan jarak UTeM pula jauh dari Kuala Lumpur, memang agak berat (berpisah) lagipun Laoshi dah tua, tak ada sapa yang menjaganya,” katanya.

Rohana yang ayu berbaju kurung berharap dapat mencapai cita-citanya dalam bidang yang digemari sekali gus membalas semula jasa serta pengorbanan ibu angkatnya.

Media sebelum ini pernah melaporkan kisah gadis yang tular di media sosial kerana ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan ketika masih bayi.

Kisah hidupnya itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber : Sinar Harian 

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI