
Terdapat begitu banyak spesis orkid yang terlihat cantik dan unik malah pelbagai warna bunga-bungaanya. Bunga orkid ini juga walau tidak mempunyai bau yang harum, namun orkid punya tarikannya yang tersendiri hingga berjaya mencuri tumpuan ramai.
Jadi tidak hairanlah, buat peminat pokok bunga akan ada sepasu dua pokok orkid ini sebagai penyeri laman kediaman. Tambahan pula dikatakan menanam pokok orkid ini mudah dan aspek penjagaannya juga tidak memerlukan penjagaan rapi.
Contohnya untuk memastikan pokok bunga lebih subur dan berbunga lebat, di sini dikongsikan tip yang boleh dibuat dengan cara yang cukup ringkas, malah modalnya juga cukup murah.
Nak tahu bagaimana tips tersebut, ini dikongsikan oleh Saudara Roslan Sidek untuk manfaat bersama. Jom semak.
Tips murah untuk penjagaan orkid gantung agar hidup subur dan In sha Allah mampu mengeluarkan bunga yang sihat,cantik dan berseri.
1. Gunakan tisu dan bubuh 1 sudu baja khususnya baja organik ( Silicon Fire 70 ) ke atas tisu tersebut. Bungkus baja tu pun ok guna tisu tu. Ia berfungsi mengekalkan kelembapan.
2. Siram 2-3 hari sekali ( jika musim hujan ) dan siram 2 kali sehari dimusim panas. Pastikan baja tidak terpelanting masa siram.
3. Disamping itu gunakan racikan sabut kelapa berserta arang untuk dijadikan medium tanaman.
In sha Allah selamat mencuba.Pokok orkid saya hidup subur dan gemok gemok.Tunggu bila ia berbunga nanti
sumber : Roslan Sidek via Kelab Peminat Bunga
Bilik Tidur Penuh Barang Memang Tak Selesa. Wanita Ni Buat Stor, Bajet RM200 Je. Memang Wow & Kemas!

Kalau hendak diikutkan, di rumah kita memang banyak barang. Jika tiada ruang stor untuk menyimpan memang bilik tidurlah akan kita lambakkan semuanya.
Keadaan ini jika lama kelamaan, bila barang semakin banyak pasti tidak selesa jadinya. Makin sempit ruang bilik yang ada.
Situasi yang sama juga dilalui oleh keluarg ini, dan tindakan bijak telah dilakukan untuk menyediakan ruangan stor di dalam bilik dengan lebih kemas dan terlindung dengan bajet yang rendah.
Nak tahu triknya, ikuti perkongsian dari Suri Hatimu. Semoga bermanfaat.
Bilik tidur vs bilik stor..
Dengan rumah yang ruang agak terhad..bilik tidur cuma ada 3 je..bilik utama ruang agak luas, bilik tengah anak perempuan dan bilik ketiga anak lelaki .
Jadi bilik utamalah yang terpaksa jadi bilik stor vs bilik tidur..bila masuk je bilik tidur rasa tak de hati , bosan kemas macam mana sekalipun tetap nampak selekeh nampak tak teratur..nak buang semua barang-barang penting semua barang-barang yang ada gunanya…jadi terpaksalah pendam je perasaan ni…
Bila kerajaan istiharkan pkpb balik dan masa banyak dihabiskan dirumah ..aku terus keluarkan semua barang-barang dalam bilik…dan mulakan operasi mendeko dan mencantikkan bilik tidur sendiri…
Aduh letih tengok barang-barang yang banyak dalam bilik tidur. Kita kasi bersihkan dulu buka katil. Sapu-sapu segala habuk. Proses bawa keluar sikit-sikit barang dalam bilik pindah ke bilik tengah. Masa ni perlukan tenaga yang banyak.
Terpaksa pasang jaring ditingkap nie sebab
tingkap tiada grill sebab ni laluan
kecemasan kalau terjadi apa-apa dirumah jadi
suami sepakat tak nak pasang grill just
pasang jaring untuk mengelakkan nyamuk
dan binatang masuk senyap-senyap..belakang rumah ada parit yang besar dan faham-faham jee Iah binatang apa yang selalu ada..
Ehmm setiap kali masuk bilik tengok keadaan macam gini memang sedih tak ada aura. Kemas bersih macam mana sekalipun tetap nampak selekeh.
Jadi buat penghadang untuk mini stor di dalam bilik. Semuanya under bajet tak mahu lebih RM200.
Ok siap mini stor. Disebabkan semuanya under budget jadi tampallah separuh je..dan barang-dalam dalam stor kita kasi susun cantik-cantik dan kemas-kemas siap labelkan lagi senang nak carik barang untuk pengetahuan semua mini stor ni muat untuk seorang kalau masuk untuk carik barang.
Hanya dua hari mengecat, buat stor, pasang vinyl floor dan masukkan perabot.
Okey..still lagi pasang jaring ditingkap nie
cuma aku beli warna kelabu cair..langsir nie aku beli kat lazada masa sale 11/11 sepasang rm 4.90 nie aku pakai 2 pasang sebab nak nampakkan cantik sikit..
Okey kat tingkap ni aku pasang langsir
yang sedia ada kat rumah..langsir dari ikea
rm 14.90 sepasang..bakul-bakul tu aku beli kat
eco aku potong dan ikat dengan cable tie dan
jadikan tempat aku simpan tuala mandi
comforter selimut kain telekung yang pakai
buat tukar hari2 senang nak capai dan kemas dan teratur
Almari nie lakk asalnya warna hijau disebabkan lari dari tema dan tak kan nak beli lagi sebab budget aku tak boleh lari dari RM200.
Ni jadi aku spray je putih setin spray tu
RM7.90 je kat diy
Taraa siap dah meja solek aku..semuanya under budget..cermin nie beli kat diy setelah 4 outlet diy aku pergi barulah jumpa..excited masa jumpa cermin nie. Sampai aku tersengih je sepanjang ke kaunter nak bayar. Bukan orang nampak pon aku tersengih sebab kan pakai mask.
Inilah hasilnya selepas usaha tranformasi dilakukan. Memang bampak selesa dan wow.
Sumber : Suri Hatimu
Nak macam-macam info? Join Telegram keluargagader club
“Berangkat Sehari Selepas Ulang Tahun Kelahiran..”-Zizi Kirana & Suami Teruja Tunai Umrah Bersama!

Sebelum ini telah banyak kita dengar tentang cerita yang indah-indah berkenaan peluang mengerjakan ibadah umrah bersama pasangan di Tanah Suci. Secara tidak langsung, kita juga berharap dan berasa teruja agar suatu hari nanti kita juga dapat menjejakkan kaki ke sana untuk sama-sama merasai indahnya menunaikan ibadah bersama pasangan tercinta.
Tidak ketinggalan juga buat penyanyi, Zizi Kirana mengakui sungguh teruja untuk berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi Zizi Kirana, 37, mengakui sangat teruja untuk berangkat ke Kota Suci bagi menunaikan ibadah umrah buat kali pertama bersama suami tercinta, Yusuf Bahrin.
Difahamkan pasangan secocok ini akan berangkat menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada 24 Januari ini.
“Insya-Allah, menjelang 24 Januari ini saya akan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran saya.
“Ini adalah kali pertama untuk saya dan suami menunaikan umrah. Jadi, memang kami sangat teruja untuk umrah kali pertama ini,” ujarnya.
Bertanya lanjut berkenaan persiapan sepanjang berada di sana, nyata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini begitu teruja berkongsi apa yang telah dilakukan olehnya dari sudut persiapkan diri dengan ilmu ibadah, ubat-ubatan serta penyediaan pakaian musim sejuk.
“Persiapan semuanya sudah disiapkan. Kami memang serta kelas umrah di samping beberapa persiapan lain seperti pakaian dan sebagainya.
“Yang mencabarnya adalah saya dimaklumkan dalam tarikh kami di sana adalah waktu kemuncak musim sejuk. Saya pula jenis orang yang tak tahan dengan cuaca sejuk,” katanya.
Zizi berkata, dia menganggap semua itu adalah ujian Allah untuknya. Dia juga sudah menyiapkan ubat-ubatan dan pakaian musim sejuk.
Zizi juga berdoa agar semua urusannya dan suami dipermudahkan.
“Doa dan harapan saya, tentunya agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga kami. Pada masa sama, saya berharap proses ibadah umrah kami dipermudahkan Allah,” katanya.
Sumber : Harian Metro
“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Untuk Ngaji.” Tegas Ajar Staf Mengaji, Cara Rosyam Noor Dipuji Warganet!

Aktor serba boleh dan juga usahawan ini sememangnya cukup dikagumi ramai baik dalam lakonan mahupun di luar bidang seni.
Terbaru, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies ini berkongsi sebuah video menerusi akaun YouTube. Dalam Video tersebut menunjukkan Rosyam Nor atau nama sebenar Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin sedang mengajar pekerjanya mengaji iqra.
Apa yang menarik perhatian kami lagi, pekerja yang Rosyam mengajar bukan saja lelaki tapi perempuan juga dan kesemua pekerjanya lebih kurang 20 orang.
Ketegasan jelas terpancar menerusi cara Rosyam Nor mengajar. nampak garang namun sesekali dia menyelitkan sedikit jenaka. Rosyam atau lebih mesra dengan panggilan Tok Syam bukan saja mengajar mengaji tapi turut memberi nasihat tentang kehidupan dan agama supaya pekerjanya tidak lupa pada Dia Yang Satu.
Sebelum ini, Rosyam pernah berkongsi kisah belajar tentang agama tatkala usianya memasuki 45 tahun. Segala-galanya bermula selepas dia kehilangan ayahnya barulah sedar dia tidak pandai mengaji.
Pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.
Pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu ‘iqra’ sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.
“Jauh di sudut hati saya ada satu perkara yang menakutkan saya kerana tak pandai baca al-quran. Arwah bapa meninggal dunia di depan mata saya, tetapi saya rasa terhina sekali kerana tak boleh mengaji.
“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya. Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.
Tambah Datuk Rosyam lagi, apabila menjadi imam di rumah, anak-anaknya tahu surah apa dia akan baca.
Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz.
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Ketika itu, saya mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.
‘Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”
“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu. Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulilah, saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.
Tambahnya lagi, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;
“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”
Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;
“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”
Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
Sumber: youtube. Sinar Harian & Ustaz Ebit Lew
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club