Keibubapaan

“Jaga Nour Punya Pasal,” Da’i Syed Tak Cukup Tidur Jaga Anak!

Share

Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 14 Ogos lalu, pendakwah selebriti Dai Syed mengakui tidur jam 7 pagi demi memastikan perhatian pada anak sulungnya.

Menerusi Insta Storynya, Syed turut berkongsi kisah dirinya yang tidak cukup tidur sejak bayi pertama mereka dilahirkan.

Dalam perkongsian tersebut kelihatan Syed sedang tidur di sebelah puteri mereka, Sharifah Fatma Nour.

“Jam 7 baru baba tidur.

“Jaga Nour punya pasal,” tulisnya di kapsyen.

Dapat dilihat keduanya tidur lena secara bersebelahan memandangkan pendakwah itu berjaga malam untuk menjaga anak pertama mereka yang masih belum genap usia seminggu.

Kongsi momen tanam uri
Selain daripada itu, Dai Syed juga sempat memuat naik momen sewaktu menanam uri bayi dan menyatakan hukum menanamnya adalah sunat.

Malah dia juga turut berkongsi cara menanam uri dengan betul serta larangan sewaktu melakukan hal tersebut yang telah menjadi amalan khurafat yang pernah menjadi kelaziman sesetengah masyarakat dahulu.

“Dan mempercayai amalan menanam uri bayi dengan paku, pensel, buku, pembaris, rice cooker atau apa-apa je lah dengan mempercayai untuk anak bijak/rajin ini adalah amalan khurafat,” tulisnya.

Terdahulu, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada Disember 2022. Pasangan ini menimang cahaya mata pertama mereka pada 14 Ogos 2024 lalu.

Menarik: “Anak Dah Sepasang” Tak Mahu Czer Kali Ke-3, Shila Amzah Tak Rancang Tambah Anak!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my