Umumnya kita menggunakan bedak bayi kepada anak-anak kita setiap kali usai memandikan mereka agar segar berbau harum.
Namun tahukah anda, bedak bayi juga boleh digunakan untuk kegunaan kita ketika menguruskan laman di tepi rumah.
Menurut perkongsian di laman web impiana.my, bedak bayi juga berfungsi digunakan saat menguruskan tanaman di laman rumah. Untuk lebih detail, jom semak.
Berikut, 7 kegunaan bedak bayi yang perlu anda praktikkan.
1. Menghalang kehadiran semut
Taburkan bedak bayi di kawasan laluan semut dan bahagian yang kerap mendapat serangan semut. Semut tidak suka akan tekstur bedak yang berdebu.
2. Lindungi akar
Mengatasi masalah reput akar, anda perlu salutkan keseluruhan akar pokok dengan badak bayi. Namun kaedah ini mudah di implimenkan untuk tanaman yang masih di peringkat anak pokok kerana ia tidak mempunyai akar yang banyak.
3. Memudahkan membuka sarung tangan
Pernah tak alami masalah sukar untuk menanggalkan sarung tangan selepas selesai berkebun? Lain kali, salut keseluruhan tangan anda sehingga di celah-celah jari dengan bedak bayi. Nanti anda tidak mengalami sebarang masalah untuk menanggalkan sarung tangan lagi.
4. Segarkan But atau kasut kebun
Jika kasut atau but berkebun anda sudah mula mengeluarkan haruman kurang enak, cuci dan keringkan di bawah teduhan. Kemudian letakkan sedikit bedak bayi di dalamnya. Nanti bila anda hendak memulakan tugas berkebun lagi, salut kaki dengan bedak bayi kemudian sarung kan stokin dan baru pakai but anda.
5. Elak ancaman anak pokok
Anak pokok kerap mendapat ancaman haiwan perosak terutamanya siput. Mengatasi masalah ini, taburkan sedikit bedak pada pangkal dan bahagian daun anak pokok. Jangan terlalu banyak light-light sahaja. Tekstur bedak tersebut akan mengganggu pergerakan siput. Namun kaedah ini perlu diulang apabila bedak bayi yang ditaburkann mula hilang.
6. Lindungi biji benih
Untuk tujuan keselamatan melindungi biji benih yang baru disemai dari sebarang ancaman, salut biji benih dengan sedikit bedak bayi sebelum disemai. Aroma dan teksturnya tidak digemari oleh serangga perosak.
7. Elak perkakas berkebun mudah berkarat.
Masalah perkakas berkebun berkarat akan berlaku jika penjagaan dan penyimpanan baik tidak dilakukan. Jadi apa kata selesai penggunaan, anda basuh perkakas tersebut dan keringkan sepenuhnya. Sebelum simpan, sapu permukaan berbesi yang berpotensi untuk karat dengan bedak bayi.
Kredit: Impiana.my