Kajian sesetengah pihak terhadap penurunan kekerapan lelaki melakukan hubungan kelamin membuktikan ada penyebab tertentu yang menyebabkan lelaki memilih tanpa seks untuk seberapa ketika.
Adakah itu petanda awal mereka mengalami masalah ketidaksuburan atau pula jauh lebih dari itu, masalah dengan hormon testosteron yang tidak berkualiti?
Sebenarnya penting untuk seorang lelaki menjaga kualiti hormon testosteron mereka. Nak jaga macam mana? Tip ni suami kena patuhi. Jangan ter miss ya!
Tips menjaga kualiti testosteron dan kekal sihat
Ads
* Amalkan gaya hidup sihat
Dalam apa jua cara, gaya hidup sihat tetap menjadi keutamaan. Elakkan pengambilan minuman beralkohol. Hadkan pengambilannya, jangan lebih daripada dua gelas sehari kerana ia akan mengakibatkan penurunan hormon testosteron di tahap yang cukup ketara.
* Banyakkan bersenam
Berjalan kaki, menari, menunggang basikal, berenang, berjogging antara aktiviti fizikal dan senaman yang dapat menguatkan stamina dan tubuh. Paling menarik setiap kali anda bersenam, tahap penurunan testosteron akan menjadi rendah kerana aktiviti sebegini berupaya merangsang pengeluaran hormon testosteron yang lebih banyak. Setiap hari, 20 minit sudah mencukupi bagi anda.
Ads
* Elakkan merokok
Cara hidup sihat patut anda amalkan sejak dulu. Satu elemen penting adalah berhenti merokok. Merokok bukan hanya membahayakan kesihatan malah memudaratkan fungsi tubuh lain termasuk tahap kualiti testosteron. Berusahalah mengurangkannya dengan bantuan gula-gula getah atau pilihan makanan lain.
Ads
* Amalkan diet yang sihat
Makan pelbagai jenis makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur dan bijirin lain. Banyakkan pengambilan air kosong. Selebihnya, belajarlah untuk menyimbangkan jumlah kalori yang anda makan untuk memastikan pengambilan diet yang sihat.
* Kerapkan berjumpa dengan doktor
Apabila usia mencapai 40 tahun ke atas, pemeriksaan doktor dengan kerap atau sekurang-kurangnya sekali setahun perlu dilakukan. Jaga pemakanan sambil menjalani kehidupan yang lebih sihat tanpa tekanan. Ia untuk memastikan keadaan anda bertambah baik malah kualiti dalaman anda juga turut terjaga tanpa sebarang masalah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro dipuji wargamaya kerana tidak malu mendedahkan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.
Semuanya demi memberi semangat kepada anak sulungnya yang turut sama mengambil SPM tahun ini selain memperbaiki keputusan peperiksaannya yang terdahulu.
Idea dan kesungguhan bapa kepada tiga cahaya mata ini sudah semestinya dipuji ramai. Akui Ajak lagi, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.
“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.
“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya.
“Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.
Meskipun sudah berusia kata Ajak, dia tetap mahu mengambil peperiksaan ulangan itu untuk dirinya selain memberi semangat kepada anaknya.
“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan.
“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,” katanya lagi.
Semoga berjaya buat Ajak dan anak untuk kertas peperiksaan Matematik nanti.
Terdahulu, Ajak yang mendirikan rumah tangga bersama, Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Siapa yang tidak bahagia bila mana anak yang dikandung, diasuh dan dididik sejak kecil, cemerlang dalam berbagai bidang. Malah diangkat menjadi Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat negeri Terengganu pada tahun 2016 adalah satu perkara yang cukup membanggakan hati seorang ibu.
Bagi Hajah Dahliana Mohd Dagang dan suaminya, Hj Mohd Fauzi Ibrahim, kejayaan anak kedua mereka, Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi yang dianugerahkan Pelajar Terbaik SPM Negeri Terengganu 2016 serta memperolehi 11A+ ini adalah satu pemberian dari Allah.
“ Saya amat bersyukur kerana Allah makbulkan doa dan pengharapan saya untuk membawa satu lagi bukti kepada masyarakat bahawa pelajar yang menghafaz dan memartabatkan Al Quran, mempunyai peluang cerah untuk cemerlang dalam akademik,” luahnya di atas kejayaan Husna.
Tidak hanya Husna, malah kesemua adik beradiknya yang lain turut sama cemerlang dalam pelajaran dan ilmu agama. Anak sulung kepada pasangan ini, Muhammad Shakir, telah khatam hafazan di usia 17 tahun, dan bakal melanjutkan pelajaran ke Australia pada Februari ini. Turut sama cemerlang dengan memperolehi 11A dalam SPM 2014.
Manakala anak ketiganya, Muhammad Nuruddin, merupakan peserta daurah pertama yang berjaya khatam hafazan 30 juzuk dalam masa kurang dari 4 bulan. Sarah Mursyidah,14, pula merupakan pelajar tingkatan dua Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kedah. Sementara anak bongsu pasangan ini, Muhammad Luqmanul Hakim, 7, masih lagi bersekolah di Tahun 1, Sekolah Rendah Islam Al Maarif, Sg Petani.
Kongsi Tip Amalan Sejak Kecil
Kejayaan tak datang dalam sekelip mata pada tempoh yang singkat. Bagi pendidik ini, asuhan untuk kesemua anak-anaknya sudah bermula semenjak dalam
kandungan. Ini yang dikongsikannya.
“Sebenarnya sebelum kahwin lagi kita kena niatkan nak bina baitul muslim, baitul mu’min dan baitul da’wah lillahi taala. Nak lahirkan generasi soleh dan solehah yang boleh menyampaikan Islam kepada yang lain. Seboleh-bolehnya pilih pasangan yang kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.
Amalkan juga tiga surah ini daripada awal kehamilan lagi iaitu Surah Maryam, Luqman dan Yusuf. Sentiasa berzikir dan baca Al Quran kepada anak-anak dari
sejak lahir lagi.
Kalau tak sempat , pasanglah tape-tape mengaji. Permainan perlu berunsur pendidikan, kurangkan lagu-lagu dan hiburan yang sia-sia. Solat berjemaah amat penting supaya rahmat dan barokah lebih melimpah ruah.
Kami ibu bapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama. Saya bekas pelajar MRSM Kuala Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala suami pula bekas pelajar MRSM Kulim dan berlulusan Professional Accounting dari UK.
Jadi Husna adik beradik kami hantar bersekolah rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan kurikulum MUSLEH, yang
menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak dan pemantapan rohani. Memang agak perit dari segi perbelanjaan bulanan tapi itulah namanya
pengorbanan.
Bercerita soal pemilihan makanan, saya biasanya pastikan makanan yang halal dan baik, periksa dahulu bahannya untuk pastikan kandungan terjamin halal.
Pastikan membeli dari penjual yang menjaga syariat Islam misalnya penjual menutup aurat dengan sempurna.
Kalau makanan sunnah memang kami amalkan, cuma agak kurang berdisiplin tetapi Husna memang sentiasa dibekalkan dengan susu, kismis dan kurma setiap hari oleh pihak sekolah.
Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi. Sentiasa berpesan pada anak-anak supaya menjaga hubungan dengan Allah dan orang sekeliling.
Sentiasa tolong kawan-kawan dan baik pada guru-guru.
Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh kalau nak anak yang solat di awal waktu, kita sendiri kena istiqamah. Kita nak anak yang positif & mengamalkn segala sifat-sifat mahmudah, kita sediri kena terlebih dulu mengamalkannya.
Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah dan kita tidak makan makanan yang haram.
Apatah lagi usaha untuk mendidik dan membesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada aummah.
Paling penting kita sebagai ibubapa tunjukkan contoh yang baik dan perlu sentiasa doakan anak-anak dalam sujud terakhir solat.
Saya amalkan doa yang dikongsi Ustaz Kazim Elias iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin,” katanya berkongsi serba sedikit amalan yang dilakukannya pada anak-anak.
Bagi ibu ini, besar harapannya untuk melihat Husna dan adik beradiknya menjadi hafiz hafizah yang masyi dan mengamalkan ajaran Al Quran demi menjadi insan
yang bermanfaat kepada orang lain; berbakti kepada ummah demi meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah. Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan petang ini.
Bahan-bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.