Penampilan baharu penyanyi popular Adibah Noor, 52, yang semakin kurus berbanding sebelum ini mendapat perhatian ramai peminatnya.
Adibah berkongsi foto terbaharunya di laman Instagram peribadinya Rabu lalu. Ramai pengikut meninggalkan komen kagum dengan penampilan terbaharunya itu.
Menurut berita dikongsi oleh Mstar, Adibah yang juga seorang pengacara ini enggan mendedahkan jumlah berapa berat badannya terkini dan jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan diet tersebut.
Tips Turun Berat Badan Cara Adibah
“Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia”.
Ads
Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.”
“Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja.
Ads
Foto: IG Adibah Noor
Berkongsi amalan pemakanannya untuk mengurangkan berat badan, Adibah memberitahu, dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang.
“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.
Ads
“Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.
“Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses di dalam tin,” katanya.
Dia orang yang paling sibuk berlari ke sana ke mari, membantu pelajar, mencari dan mencatat nama pelajar yang rebah, sesak nafas. Membantu mengangkat dan memapah pelajar ke van ambulans.
Namun semalam, tubuhnya kaku, senyap, di bilik ICU, HSI. Tiada sebarang respond walaupun berkali-kali dipanggil namanya. Allahuakbar, tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Tonggak keluarga dan dahan tempat berpaut kini bertarung nyawa dek kerana musibah yang dilakukan oleh orang yang tidak bertanggung jawab.
Pemandu ambulans, Mohd Fariz Anuar, 44, dianggap hero selepas membantu menyelamatkan lebih 30 pelajar sekolah menengah dan murid sekolah rendah yang terhidu gas beracun metana Khamis lalu, kini terlantar di hospital.
Mangsa dimaklumkan tidak sedarkan diri selepas terhidu gas sama menyebabkan paru-parunya gagal berfungsi dengan sempurna.
Isterinya, Hanisah Alias, 45, berkata, kali terakhir dia berbual dengan suami menerusi telefon bimbit ketika Mohd Fariz dalam perjalanan ke sebuah sekolah di Pasir Gudang untuk membantu pelajar yang mengalami keracunan akibat gas itu pada jam 10 pagi Khamis lalu.
Menurutnya, Mohd Fariz memberitahu sibuk membantu mangsa dan memaklumkan akan menghubungi kembali pada tengah hari selepas selesai tugasan.
“Malangnya pada jam 2.30 petang, saya menerima panggilan daripada rakan sekerja suami memaklumkan Mohd Fariz dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat komplikasi kesihatan,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia dimaklumkan suami yang memandu ambulans ketika kejadian turut membantu ramai mangsa membabitkan murid dan pelajar yang pengsan akibat terhidu gas beracun itu.
“Difahamkan, dia memakai penutup hidung dan mulut ketika itu, namun kemungkinan terdedah lama kepada udara tercemar menyebabkan dia turut menjadi mangsa,” katanya yang tinggal di Taman Scientex, Masai di sini.
Hanisah berkata, akibat terhidu gas beracun itu, suaminya mengalami bengkak pada paru-paru selain masalah pada buah pinggangnya.
“Suami masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dia turut menjalani dialisis buah pinggang bagi membersih dan menyingkir racun yang mengancam organ berkenaan.
“Ini kali pertama suami menghadapi masalah seumpama itu sepanjang bekerja. Saya reda dengan dugaan Allah SWT. Semoga Tuhan segera menyembuhkan penyakitnya,” katanya.
Menurutnya, suami yang dirawat di ICU mula sedarkan diri petang semalam dan menunjukkan perkembangan positif.
“Anak-anak dan saya masih memerlukannya. Dia bapa penyayang dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau ketika bekerja.
“Malah, kami bergantung kepadanya untuk membiayai pengajian dua anak berusia 19 dan 20 tahun di Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang selain dua lagi anak di tahun lima dan enam.
“Saya turut bekerja sebagai pembantu pembangunan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk membantu menambah pendapatan keluarga,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd Aziz mengesahkan seorang daripada mangsa keracunan gas yang juga pemandu ambulans masih dirawat di ICU dan keadaannya bertambah baik berbanding hari pertama kejadian.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) dia sudah sedar dan boleh bernafas sendiri. Sebelum ini, dia tidak sedarkan diri dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Bagaimanapun, keadaannya bertambah baik dan hanya paru-parunya yang berdepan masalah, tiada organ lain. Kami memantau perkembangannya sama seperti pesakit lain dan melihat dia menunjukkan tanda positif,” katanya.
Sementara itu Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat Mohd Fariz di HSI di Johor Bahru.
Orang ramai yang mahu meringankan beban keluarga Mohd Fariz boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB Hanisah di 7072150611.
Walaupun pertama kali membuat, namun hasilnya nampak kemas dan cantik. Saudara Encik Abu Kasim Md Jani berkongsi pengalaman pertama bertukang dan hanya jadikan ‘google’ sumber rujukan untuk menghasilkan ruang santai diluar di rumahnya.
Namun hasilnya memang terbaik dan berseni. Anda yang nak cuba, boleh lah tengok sendiri mana tahu dapat ilham untuk membuat sendiri Di rumah.
First time buat gazebo. Tanya tukang macam mana nak buat. Tanya pak Google juga.Saya pun bukan ada background bertukang. Kena rajin cari dan guna sikit ilmu fizik.
Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad jer buat. Memang puas tanya orang, tengok gazebo orang, google. Beranikan diri je buat. Lepas tu tak ada lagi buat. Mungkin kali kedua cepat sikit. Dah tau mana silapnya
Gazebo Saiz 8×8, saya buat sorang je. Isteritukang pegang mana yang patut. Rm3k+ juga modalnya.
1. Penyediaan tapak.
2. Buat tapak. Tiang roman batu tu asalnya panjang, saya beli 2 batang dan potong dua.
3. Tegakkan tiang. Letak je tiang tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang tak bergerak. Paksi skru kiri dan kanan.
4. Posing sikit. Maklum la buat sorang-sorang je.
Potongan hujung rasuk saya sengaja terbalikkan sebab benda tu kat bawah. Tak nampak bunganya kalau lihat dari atas.
5. Ni bab yg ngeri sikit. Buat rangka bumbung pasang dekat bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat jangan bagi gerak.
6. Sapu minyak timbertone tapi saya campur sikit cat hitam bagi gelap lagi. Lantai dah siap. Skirting tu guna papan 1×6″. Beli papan di kedai hardware biasa lepas tu potong la buat design.
7. Papan manis ukir sendiri. Cari kat Google. Design paling mudah.
8. Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Mula-mula memang tak ada siling. Bila dah siap baru teragak nak. Masa pun banyak sebab dah pencen. Tapi kerja renyahlah sikit pasang siling kemudian.
Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paky dengan kayu gegulung nak buh genting.
9. Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sebulan baru siap. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.
10. Terkini baru pasang tiles dan buat tangga, pun DIY juga. Banyak belajar dengan google. Sekarang dah upgrade sebelah tu.
Pasang tangga dan tiles. Dah siap orang rumah request buat atap pulak. Alamak… Kerja dah terbalik. Patut buat atap dulu baru padang tiles. Pasang tiles pun belajar dari google.
Baru-baru ini seorang Youtuber, Bryson Lew telah menjadi bualan ramai kerana membeli sebuah rumah bernilai RM1.6 juta sebagai penghargaan kepada keluarganya kerana sentiasa menyokong kerjayanya sebagai content creator di saluran Youtube.
Menurut Bryson, dia mengambil keputusan untuk membeli rumah tersebut kerana rumah yang didiaminya bersama keluarga agak sempit. Dia telag membeli rumah tersebut dengan wang yang diperolehi dari perkongsian video-video di saluran Youtube miliknya.
Dalam satu satu video yang dimuatnaik, Bryson menceritakan bahawa keputusannya ini amat sukar dibuat tanpa sokongan keluarga memandangkan dia baru berusia 19 tahun.
“Saya tidak pasti apa yang terjadi pada masa depan sama ada mampu atau akan menanggung beban yang besar pada usia yang sangat muda.” ceritanya lagi.
Menerusi perkongsian ini, ramai para pengikut Bryson memuji tindakannya yang berbakti kepada keluarga. tidak kurang juga menjadikan kejayaan Bryson ini sebagai inspirasi kepada anak-anak muda di Malaysia.