Jaga Jantung Perlu Amal Cara Hidup Sihat. Selain Tu, Jangan Pernah Tinggal Minum Jus Ni!

Share

Ramai tahu betapa bahayanya penyakit jantung  dan sering juga dikaitkan dengan punca berlakunya kematian secara tiba-tiba. Menyedari bahayanya serangan penyakit jantung ini, sebaiknya perlu diberi perhatian serius dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

Namun jika sudah menghidap penyakit jantung, usaha penjagaan jantung perlu dilakukan dengan lebih berganda lagi. Selain mengikuti saranan doktor untuk merawatnya, tidak salah kiranya turut diamalkan petua ini.

Memetik perkongsian Siti Safarliyana di akaun fbnya pada bulan May yang lalu, menjelaskan ibunya telah beransur pulih apabila mengamalkan jus istimewa ini selama sebulan dan menampakkan kesan yang positif.

Nak tahu jus apakah itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.


“Harini rasa macam nak share something yang sangat berguna untuk kita amalkan hari2.”-Siti Safarliyana

Bulan lepas tiba2 mak kena serangan sakit jantung, bila masuk hospital doc suspek mak jantung tersumbat ikut dari tahap kesihatan mak masa tu. Doc sruh balik dulu dan lpas sebulan p hospital balik untuk buat angiogram.

Masa blik dari hospital tu ada sorang kak ni bagi saya petua Jus Jantung untuk amalkan hari2. Lepas tu saya buat kat mak dan kami 1 family amalkan.Dan mak dah amalkan selama sebulan sebelum p hospital balik.

Alhamdulillah semalam mak dah menjalani ujian angiogram dan doc kata saluran darah semua berjalan lancar.. Syukur Alhamdulillah, kita hanya ikthiar apa yg terbaik..
Di bawah ni sy share resepi Jus Jantung yg kami amalkan.”

Jus Jantung
Sukatan Ramuan
(Untuk kisar)

1 cawan jus lemon (2biji lemon)
1 cawan jus halia (1 ketul besar)
1 cawan jus bawang putih (1 labu)
1 cawan cuka epal
1 cawan madu asli

Cara penyediaan :

Setiap bahan dikisar dengan 1 cawan air..kecuali madu & cuka epal x perlu tambah air.

Cara Masakan

  1. Semua bahan di atas kecuali madu asli di masukkan dalam satu periuk setelah dikisar dan ditapis.
  2. Masak bahan-bahan berikut dengan api yang kecil selama 45-50 minit. Pada masa yang sama, jangan berhenti kacau ramuan tersebut supaya ianya tidak melekat pada permukaan periuk (atau berkerak).
  3. Setelah 45 minit atau sukatan menjadi 3 cawan, tutup api dan sejukkan.
  4. Kemudian campurkan madu asli dan kacau sehingga sebati. Setelah ramuan tersebut sebati, simpan dalam bekas yang tertutup.

*Jus ini boleh disimpan selama sebulan atau lebih di dalam peti ais.

Bagaimana nak minum Jus Jantung ini?

Untuk mereka yang sudah ada penyakit jantung atau kolesterol tinggi dan jika anda tiada gastrik, boleh amalkan 1 sudu makan selepas bangun tidur (ketika perut kosong). Pastikan anda wajib ambil sarapan selepas minum 1 sudu Jus Jantung.

Jikalau anda ada gastrik, anda kena makan dulu sebelum ambil 1 sudu Jus Kolesterol. Bagi yang masih sihat dan inginkan amalan pemakanan sihat, boleh amalkan dengan 1 sudu teh jus kolesterol. InshaAllah, boleh amalkan setiap hari dan lihat perubahan dalam tempoh 30 hari.