Pastinya peranan seorang anak adalah sentiasa mengutamakan kedua ibu bapanya walaupun sudah berusia.
Anak yang sentiasa mendahulukan ibu bapa sudah tentu hidupnya lebih diberkati. Tambahan pula, ibu bapa sentiasa mendoakan anaknya tanpa henti.
Nyata sebagai anak sudah pasti peranan kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan mereka.
Begitulah yang dikongsi rasa oleh saudara ini di laman facebooknya.
Ads
Dengar dalam kuliah subuh. Ustaz sebut satu hadith. Antara ciri ciri ahli syurga adalah melebihkan Ibu Bapa berbanding orang lain dalam kebaikan.
Hari ini kita dengan kawan kawan setiap hari tanya khabar,tak sabar nak jumpa kawan. Belanja kawan makan. Tak boleh tengok kawan susah. pagi hari lagi dah hantar mesej dalam group whatsapp ucap selamat pagi.
Ads
Tapi bagaimana hubungan kita dengan mak ayah. berapa kali kita tanya khabar mereka,berapa kerap kita peluk cium mereka, berapa banyak harta kita belanjakan untuk mereka.
Pernah tak kita ajak mak ayah kita makan kat kedai paling mahal. Pernah tak kita hadiahkan jam paling mahal kat ayah,seutas gelang emas kepada ibu.
Ads
Sedihkan,kita boleh habiskan duit belanja makan tempat paling mahal untuk anak isteri,untuk kawan kawan,tapi mak ayah kita suruh pula mereka masak makanan kegemaran kita. Kita suruh pula mereka jaga anak anak kita. Kadang kadang kita tak sedar banyak dosa kita kepada mereka.
Sahabat. Walaupun kita tidak mampu nak balas jasa mereka hatta setitis susu ibu sekali pun. Namun sekurangnya tunjukkanlah kesungguhan kita untuk buktikan kepada الله kita termasuk orang yang berbakti kepada mak ayah.
Perasan tak anak-anak kita bila sudah lama sangat tidak dapat berjumpa dengan datuk dan neneknya, tentu sahaja bila kali pertama bersua muka anak-anak seakan tidak mengenali dan terasa asing.
Begitulah situasinya yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Tya Arifin saat membawa anak-anaknya bertemu dengan orang tuanya di Palembang, Indonesia.
Difahamkan lebih dua tahun Tya dan anak-anaknya tidak dapat bersua muka dengan ahli keluarganya itu.
Tya memutuskan untuk membawa anak-anaknya pulang ke Indonesia meskipun suaminya, Asyraf Khalid tidak dapat pulang bersama.
Ujar Tya lagi, keputusan untuk balik ke kampung di buat saat akhir. Jadi, suaminya tidak dapat ikut sekali kerana memerlukan visa pelancong untuk memasuki Palembang. Apatah lagi, proses mendapatkan visa mengambil masa yang agak lama.
Alhamdulillah, sampai Palembang setelah 2 tahun lebih tak berjumpa.
Sebenarnya, waktu amat singkat. Secara kita tak sedar, orang tua kita semakin hari semakin bertambah usia.
Ya, inilah kehidupan. Tinggal kita sebagai anak, harus buat yang terbaik untuk orang tua dan keluarga kita selagi mereka masih ada.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Tya kelihatan sebak sewaktu memeluk tubuh bapanya ketika lelaki itu datang menjemputnya di lapangan terbang.
Tya bersyukur kerana dapat pulang semula ke negara asalnya selepas dua tahun lebih tidak pulang.
Dalam pada itu, Tya tidak menyangka pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap ikatan persaudaraan. Ini kerana, anak bongsunya, Azzahra tidak mengingati datuk dan neneknya.
Tya terkejut kerana Ara asyik menangis sahaja selepas dijemput datuknya di lapangan terbang. Nampak dia sangat janggal pada mulanya.
Namun, selepas beberapa hari tinggal di sini Ara dilihat sangat manja dengan datuk dan neneknya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kisah adik Nur Hasya Damia Hamdan yang baru berusia lima tahun tapi telah menghidapi kanser otak begitu meruntun jiwa.
Kala, rakan seusianya leka bermain dan ketawa gembira, anak kecil ini bertarung nyawa dan menahan kesakitan yang ada untuk meneruskan kehidupan agar lebih baik.
Perkongsian pilu mengenai adik ini telah dipaparkan oleh sukarewalan yang terkenal dengan aktiviti kemasyarakatannya iaitu puan Natipah Abu. Moga perkongsian ini memberi sinar harapan kepada anak ini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Sepatutnya dalam usia sebegini . Damia tentunya boleh bebas berlari dengan riangnya ke sana- sini bersama rakan sebaya. Namun apa daya … alam indah Damia terhenti bila dia disahkan kanser otak ( tahap 4 ) Januari 2017.
Sejak itu, jalan dan rutin hidup Damia mula berubah. Bermula dgn disorong ke dewan bedah untuk pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya Dis 2016 … Damia sering keluar masuk hospital.
Setelah menjalani pembedahan di kepala … Damia kehilangan banyak keupayaan diri. Dari boleh berjalan dulu … kini Damia hanya mampu mengesot saja. Matanya yang indah memukau itu , … tidak mampu berkedip lagi. Justeru itulah … air matanya selalu saja mengalir. Pertuturan Damia juga agak terganggu.
Mendengar tentang Damia … hati meronta untuk bertemu anak syurga ini dan keluarganya yang tinggal di rumah kampung bersama datuk dan nenek yang sudah tua.
Ternyata .. Damia senang didekati. Setiap sapaan disambut mesra biarpun tanpa senyuman lagi. Kesan pembedahan itu .. riak- wajah Damia tidak mampu berbahasa lagi. Samada dia senyum, dia gembira atau dia menangis .. wajahnya tetap sama .
Ayah Damia pula OKU
Damia dan ayahnya merupakan penerima wang bantuan JKM kerana ayah juga merupakan seorang OKU. Kita menyampaikan sejumlah wang tunai buat meringankan keluarga ini yang terpaksa berulang alik ke Hospital P. Pinang untuk rawatan Damia.
“ Kak Pah nak jemput ke majlis berbuka. Datanglah .. bawa Damia .. bawa semua yaa .”
“ Minta maaf kak …. ayah Damia tak mau pi. Dia nak jalan … kaki pun dah tak kuat, tangan lagi lah ! Pergi hospital pun .. tak tau sakit apa. Dia malu. Dia takut nanti orang perhatikan dia makan. Dia cakap pun , orang tak paham .. lidah jadi keras …. “
Jawapan itu benar-benar meruntun hati. InshaAllah … kita akan ziarah Damia lagi selepas ini.
Jazakumullahu khairan katsira kepada semua penyumbang . Salam Ramadhan .
Boleh dikatakan setiap antara kita akan ada beberapa ayat keramat,bila diucapkan itu tandanya tahap kesabaran sudah semakin menipis bila mengadap ragam anak-anak.
Antara perkataan-perkataan tersebut turut dikongsikan oleh Farizal Radzali.
Sekali dibaca memang terkena tepat dengan apa yang sering kita lakukan. Dan Farizal ada juga berpesan kepada semua agar dengarlah dan patuhlah setiap apa yang ibu ucapkan selagi nyawa dikandung badan.
Mak…. kalau dia sebut beberapa ayat keramat ni, mmg anak cepat faham, tak anak kecil ke anak besar….
“Sharifah Nurul Hidayah Amani bt Syed Mohd Zakaria Yunus!!!!!”
Dia sebut nama penuh weh, dgn tone seakan harimau mengaum. Baik kau bangun cepat & berhenti dari apa saja yg kau sedang buat. Pergilah cepat mengadap dia, redholah apa yg akan jadi.
“Kalau mak cari jumpa kang???!!!!”
Kalau ayat ni keluar, tak tahulah kat mana keramatnya, otomatik barang yg dicari tu kau akan jumpa. Depan mata je pun, walhal kau yakin sehabis yakin kau dah tgk kat tmpt tu tadi tapi mmg sahih takde. Kalau kau tak jumpa barang yg kau cari tu, dan mak kau dtg dgn lenggang kangkungnya dgn matanya yg tajam menjeling kau, dia boleh tarik je barang ty keluar & letak depan mata kau. Dan dia cakap, “ni apa????” Dan kau kaku seluruh anggota termasuk lidah. Hanya mata terkebil² memberi isyarat sedang berfikir ‘mcmmana mak boleh jumpa?’
“Mak kira sampai 3, kau tak dtg siap!!!!”
Kalau mak kau cakap mcm ni, rasa tak cukup tanah kau lari kpd mak kau. Rasanya mcm 3 tu tak cukup utk kau sampai kat depan mak kau. Habis terpeleot kaki kau nak cukupkan kiraan 3 sblm sampai depan mak kau.
“Jgn sape² ubah channel tv tu pukul 10 kang, mak nak tgk citer mak.”
Percayalah, pukul 10.15 remote jatuh dari tangannya & dia dah lena. Kau ambil remote tapi kau tak berani ubah channel sbb dia boleh tiba² celik mata & tanya kenapa kau ubah channel citer dia.
“Nanti ingatkan mak nak tgk citer mak pukul 9 kang.”
Bila pukul 9, kau remind mak kau psl citer yg dia nak tgk, masa tu dia tgh basuh pinggan. Dia pandang kau dgn muka mcm singa, “kau tak nampak mak tgh buat apa ni????” Dan mata kau terkebil² pandang mak kau yg terus menyental periuknya.
Masa paling gerun ialah bila mak kau diam sediam²nya. Dia buat semua kerja yg selalunya dia suruh kau buat. Kau cuba tegur mak kau, tapi mak kau tak jawab. Kau cuba recall apa salah kau dah buat. Kau pulak tadi baru berperang kat ML, lagi la kau rasa bersalah kan. Masa ni kau tak ingat dah pasukan kau dari negara manapun yg setting time ajak main. Kau cuma nak dengar mak kau bersuara je, kan?
Bila kau makin dewasa, mak kau akan tegur kau mcm kau masih budak². Sampai kau rasa geram. Kau dah jadi mak budak kot, dia masih nak tegur kau, itu tak betul, ini tak betul. Sampai kau rasa sakit hati.
Dan akan sampai 1 masa, mak kau diam. Dia diam terus. Tanpa suara & nafas. Tiada lagi suara leterannya. Kau panggil dia, kau peluk tubuhnya, kau cium tangannya. Dia hanya diam. Habis dah tugasnya menjaga kamu. Ini masa utknya berehat dlm erti kata sebenar. Dan pada masa ini, kau seakan terdengar suaranya di setiap sudut rumah. Kau mengharap mak kau akan bangun marah kau. Tapi mak kau terus tidur, dlm kain 7 lapisnya.
Mak, selagi dia hidup, dihatinya hanya anak². Dia gembira bila anaknya gembira. Dia bersedih bila anaknya sedih.
Andai dia marah seorang anak, tapi sayang yg seorang anak lagi. Itu bukan sbb dia pilih kasih tapi yg dia selalu marah itulah yg paling dia risaukan bila dia dah takde nanti.
Andai seorang mak membuang anaknya, pasti ada sesuatu disebaliknya. Seorang mak yg normal, takkan sia²kan anaknya. Percayalah.
SELAMAT HARI IBU. Hari² adalah HARI IBU, kerana ibu bersama kita hari², di hati kita.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.