
Setiap anak walaupun apa jua masalah yang mendatang, perasan dan hati ibu ayah kena jaga. Jangan sampai diri hati mereka tersentuh dengan kita sebagai anak. Dengan ini bermakna menghormati ibu bapa adalah kunci keberkatan hidup. Perkongsian Mohd Fhais ini sungguh inspirasi. Moga muhasabah diri.
________________________________________________________
Dengan suami/isteri boleh sekali sekala terasa hati.. lepas tu baik balik..
Dengan adik beradik boleh nak bergaduh.. tapi kalau boleh settle kita settle lah..
Dengan kawan-kawan boleh nak kutuk mengutuk, tak jejas pun hidup..
Tapi..
Dengan mak ayah jangan sesekali terasa hati, bergaduh, mengutuk.. sekali buat seumur hidup kita tak berkat selagi mereka tak maafkan.
Sebab itu dengan mak ayah ni kena banyak mengalah, tak kisah lah jahat macam mana pun mereka kalau jumpa mesti salam cium tangan.
Kerana tanpa tangan mereka tu kita tak dapat hidup sejahtera sehingga sekarang..
Tangan itulah yang mandikan kita, tukar lampin kita, cebuk kita, suap kita makan, bancuh susu dan sapu minyak telon kat perut masa kita meragam gara perut masuk angin dulu..
Ingat tu kawan-kawan !
Kalau kita tahu menghargai Mak Ayah insyaallah anak-anak kita pun akan tahu menghargai kita nanti..
Mohd Fhais
Ciumlah, jangan tunggu raya je baru nak cium tangan mak ayah..
Anak Ni Kalau Dah Berjanji, Mesti Nak Tuntut. Alert Ye Ibu Ayah

Jika janji dibuat mesti ditunaikan. Bukan sahaja orang dewasa tapi kanak-kanak juga akan menuntut janji. Begitulah perkongsian seorang ayah Mohd Fhais di laman facebooknya. Jom semak.
Budak ni kalau dah berjanji sampai ke kolam udang dia tuntut !!
Jam 10 malam, orang lain semua dah lemau. Dah tiba masa untuk recharge tenaga, landing time. Tapi budak ni masih lagi terkinja – kinja lompat katil, panjat katil. Kacau semua orang.
Argh.. Stress! Esok nak keje, mata dah rabak.
Maknya, neneknya puas dah pujuk suruh tidur. Satu pun tak jalan. Haru biru rumah semalam.
Bila di selidik-selidik rupa-rupanya ada janji yang belum di tunai.
“Papa cakap nak tengok udang?”, Rania buat muka comel
Aduh, memang lupa dah petang tu ada janji nak bawa dia tengok udang. Dekat kawasan rumah ni ada satu kolam mancing udang. Pernah bawa rania sekali ke sana.
Memang terserlah dia punya teruja dan gembira tengok udang hidup.
Malam tu juga, 10.30 malam start kereta pergi kat kolam mancing udang tu. Ingat nak mancing sekali dah alang-alang sampai tu.
Belum sempat capai pancing rania dah tarik tangan dan cakap, “Tak payah papa, tengok je”
Jadi tengok je la malam tu. Dia punya seronok, siap cakap best papa tengok udang.
Tak lama pun, lebih kurang 10 minit dia dah ajak balik. Balik rumah, basuh kaki, buat susu terus tidur. Aik, senang pula tidur.
Tadi maknya dan wan duk terjerit-jerit suruh tidur selama 30 minit tak di endahnya, ni tak sampai 5 minit dah tidur.
Itulah budak-budak. Selain badan, otak dan emosi pun ada stamina. Selagi otak dan emosi ni tak dipenatkan, jangan harap mereka nak tidur dengan mudah..
Kadang tu bukan anak yang tak dengar cakap, tapi sebenarnya kita yang tak dengar apa diorang cuba cakap.
Jangan mengeluh, tapi raikan mereka. Inilah tenaga yang boleh gegar dunia satu hari nanti..
Janji mesti di tepati !
Minta RM30 Untuk Tukar Tong Gas. Susah Orang Ada Pelbagai Rupa. Sebak Perkongsian Ini.

Setiap orang dianugerahkan nikmat dan rezeki yang berbeza-beza. Ada yang mampu hidup senang lenang, hidup sederhana dan ada yang cukup-cukup sahaja untuk menampung ahli keluarganya.
Malah demi kelangsungan hidup, ada yang memohon bantuan agar ahli keluarga dapat meneruskan kehidupan. Jangan kata mereka tidak berusaha. Sedangkan kita tidak berada di tempat mereka. Bak kata perpatah, berat bahu yang memandang berat lagi yang memikul. Begitu juga kesusahan yang ditanggung!
Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Bak kata perpatah tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Biar sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan. Ia memberikan sinar kebahagian buat keluarga itu.
Begitu juga dengan perkongsian saudara Muhammad Hassan mengenai kisah sebuah keluarga meminta sedekah RM30 semata-mata ketiadaan wang untuk menukar tong gas. Mungkin pada yang berduit apalah sangat dengan RM30 ringgit. Tapi bagi mereka yang serba kekurangan nilai itu begitu besar dan bermakna buat mereka. Setiap kesusahan orang ada pelbagai rupa! Moga kita muhasabah diri.
Allah Allah… sebak bercampur syukur. Adik ini datang rumah minta duit RM30 nak tukar tong gas. “Gas dah habis bang,mak suruh datang minta duit”. Saya kenal adik ini. Sebelum ini ibunya pernah datang minta bantuan persekolahan anak-anak. Suami meninggal tahun lepas,mahu atau tidak kena ikhtiar cari rezeki besarkan anak anak.
Saya pernah pesan jika terdesak duit nak beli barang dapur datang je rumah,insyaallah saya bantu sikit sikit. Saya bukanlah kaya,tapi tak sanggup apabila orang datang jauh jauh mohon bantuan.
Rumah saya ini memang selalu stanby beras,gula,kicap dan keperluan lain hasil dari sumbangan kawan-kawan di facebook dan rakan niaga. Yang datang rumah semua tinggal jauh jauh. Kadang-kadang tak kenal pun hanya datang nak minta sardin dan gula.
Allah Allah,mereka diuji kita juga diuji. Kita diuji lihat orang susah apa tindakan kita. الله hadirkan orang begini nak uji kita,apa yang kita boleh bantu mereka,apa kata hati kita. Jika kita taknak bantu sikit pun tak terkesan bagi الله. Tapi kitalah yang rugi.
Saya pesan kat adik ini,nanti cuti sekolah mari lepak rumah saya,kita belajar mengaji ramai ramai,nanti kita pergi jalan jalan ke kuala lumpur tengok KLCC,kita pergi zoo negara,kita pergi tidur di masjid sri petaling jumpa orang bak baik.
Saya selalu cakap kat anak,jangan bazirkan makanan,jangan kedekut makanan,jika nak beli makanan,kena beli untuk kawan kawan,kena beli untuk maksu.
Saya doakan moga adik ini satu masa nanti akan jadi jutawan yang soleh,jutawan yang taat kepada mak,sayang adik adik bantu orang susah.
*Maaf Saya tidak terima apa apa sumbangan buat masa ini.
Kredit: Muhammad Hassan
Isteri Terlantar Sakit Kanser, Suami Ni Jaga Dengan Penuh Tanggungjawab & Kasih Sayang

Tiada siapa yang mahukan pasangan yang kita kahwini berdepan dengan ujian kesihatan yang serius. Kalau boleh biarlah sentiasa hidup sejahtera, bahagia dan gembira. Pun begitu bukan semua yang kita harapkan kekal untuk selamanya, apatah lagi hidup ini penuh dengan ujian.
Apa yang pasti menjaga orang sakit tidak semudah yang disangka, bukan hanya perlu memberi ubat sudah memadai. Hakikatnya banyak yang perlu dilakukan, bahkan ‘jaga’ itu juga memerlukan pengorbanan yang dilakukan dengan rasa penuh tanggungjawab.
Jika yang sakit itu ibu ayah, mungkin ada adik beradik lain juga dapat sama-sama membantu menjaga orang tua yang uzur. Namun bila isteri atau suami yang sakit, pastinya tanggungjawab tersebut digalas di bahu pasangan sepenuhnya.
Itulah juga yang dilakukan oleh seorang suami ini, terus sabar menjaga isteri dengan sebaik mungkin apabila disahkan menghidap kanser payudara pada pertengahan tahun 2019 lagi.
Ini sebagaimana memetik berita di Harian Metro, difahamkan Ibrahim, 54, sudah tidak kekok untuk menguruskan isterinya, Kamariah Yusoff, 57, yang semakin lemah.
Tanpa rasa jijik mencuci luka di seluruh dada dan perut isteri yang menderita kanser payudara, rutin harian itu dilakukan Ibrahim Mamat tanpa mengeluh.
Menurutnya, isterinya menghidap kanser payudara pada pertengahan 2019 lalu, namun mereka berikhtiar melalui rawatan alternatif kerana Kamariah bimbang payudaranya akan dibuang.
“Pada mulanya hanya satu ketulan kecil tumbuh di payu dara kiri dan disangka ketulan biasa menyebabkan kami mendapatkan rawatan dengan pengamal perubatan alternatif.
“Lama-kelamaan, ia semakin teruk dan pecah kerana ada lelehan nanah keluar sebelum isteri mengadu rasa sakit menyebabkan saya membawanya ke hospital.
“Isteri kemudian disahkan menghidap kanser payudara tahap empat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semut Api, Jalan PCB, di sini, semalam.
Tukang rumah itu berkata, isterinya juga kehilangan berat badan yang banyak iaitu daripada berat asal 65 kilogram (kg) kepada 30 kg disebabkan penyakit berkenaan.
Jaga Sebaiknya
Menurutnya, perasaan hiba kerap bertandang setiap kali mencuci luka di bahagian hadapan tubuh isterinya dari leher sehingga perut kerana tidak tahan mendengar rintihan kesakitan.
“Isteri sering tidak dapat melelapkan mata kerana berasa terlalu sakit sehingga terpaksa mengambil ubat tidur selain ubat tahan sakit.
“Saya juga kerap mengelap tubuhnya terutama di bahagian luka untuk memberi keselesaan kerana sering mengadu rasa panas malah adakalanya diminta dilap dengan ketulan ais,” katanya yang menetap di rumah sewa dengan bayaran RM350 sebulan.Ibrahim juga menyifatkan isterinya sangat kuat semangat kerana masih menggagahkan diri bangun untuk ke tandas dan menunaikan solat lima waktu walaupun dalam keadaan duduk.
“Saya tidak menerima kerja di lokasi yang jauh kerana isteri tidak boleh ditinggalkan lama dan jika keluar bekerja sekalipun, saya hanya memperuntukkan masa beberapa jam sahaja.
“Dengan pendapatan tidak menentu, kami berjimat menggunakan elaun bulanan RM250 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Orang ramai yang bersimpati boleh membantu Ibrahim dengan menghubungi talian 017-3031254.
Sumber : myMetro
ARTIKEL MENARIK: Masak Tomyam Thai Sayur Mesti Letakkan Susu Cair. Rasanya Lagi Padu Dari Tomyam Biasa!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club