Jaga Hati Jiran, Keluarga Ni Berhabis RM 4K Untuk Pastikan Tiada Bau Kucing Terhidu. Memang Terbaiklah!

Share

Hidup berjiran memerlukan tolak ansur dan prihatin dengan perkara-perkara yang sensetif antara satu sama lain. Bukan sahaja tingkah laku dan budi bicara perlu diambil kira dalam berbuat baik dengan ahli kejiranan, malah bab kebersihan juga memberi kesan pada hubungan baik dengan jiran tetangga.

Contoh jelas, bila mana kita ada memelihara kucing peliharaan di rumah. Jika salah pertimbangan dan caranya boleh mengundang perbalahan di antara jiran yang paling hampir dengan rumah kita. Apa tidaknya, maslaah bau dan najis kucing umpamanya sering menjadi punca utamanya.

Namun tidak pernah sekali pun terjadi hal tersebut dalam keluarga  Puan Suraya Sulaiman dengan kejiranannya apabila memelihara bukan seekor malah lapan ekor kucing keseluruhannya. Jom ketahui perkongsiannya tentang tip dan cara bagaimana keluarga ini lakukan.


Memelihara 8 ekor kucing saya kena fikirkan perasaan kejiranan kiri dan kanan. Saya tidak mahu jiran-jiran rasa tidak selesa bila saya banyak membela kucing. Oleh itu, saya akan pastikan tiada bau. Malah disebabkan saya begitu mengambil berat hal ini, ada juga jiran-jiran saya tidak tahu yang kami sekeluarga memelihara kucing sebanyak ini.

Malah jika mereka berkunjung ke rumah saya pun ada di antaranya tidak sedar akan kucing di dalam rumah ini. Memandangkan anak-anak bulus semua saya tempatkan di bilik khas yang berada di tingkat atas bersebelahan bilik tidur anak ke dua saya Muhamad Aqil Faris, 14 tahun.

Rahsia tidak berbau

Bilik kucing direka khas untuk ‘anak-anak bulus’ kami  dengan menelan belanja RM4,000 semuanya. Di bilik tersebut ada penghawa dingin, blower dan apa yang lebih penting bekas najis adalah di tempah khas bagi menjamin kediaman ini tidak berbau. Ruang bilik juga direka khas untuk kelapan-lapan kucingnya berasa selesa.

Selain itu, kami juga meletakkan arang di dalam bilik kucing untuk memastikan bau dapat diserap sepenuhnya.

Tip Rumah Tidak Berbau

  1. Setiap hari perlu 2 kali  bersihkan najis kucing

2. Disiplin dalam jaga kebersihan

3. Mandikan kucing