“Jaga Balong. Dia Perlukan Awak Teman Sampai Dia Pergi. Mummy Daddy Tak Tahu Sempat Sampai Bila.” Sebak & Terharu Baca Doa Fynn Jamal!

Share

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Biar macam mana sekali pun perangai dan karenah anak, namun merekalah merekalah racun, merekalah penawar.

Bagi yang mengenali Fynn Jamal, Instafemes pasti tahu dia memiliki dua orang anak angkat. Terbaru di dalam perkongsiannya menerusi laman instagramnya, Fynn Jamal memuat naik catatan sempena ulang tahun pertama anak perempuannya bernama Sakti Kencana Fitri.

“”Terima kasih الله untuk setahun peluang hidup dgn sakti kencana fitri. S

emoga kau pelihara dia dari mungkar, terjaga rukun islam dan rukun imannya. ingatkan dia kau tak pernah jauh. di masa dia hanyut, rentap dia semula.
.
“sakti kencana fitri, letak الله mendahului dari segala di langit dan bumi. itu sahaja doa mummy.
.
“jaga balong. dia perlukan awak utk teman dia sampai dia pergi. mummy daddy tak tau sempat sampai bila ni.”Tulisnya dikapsyen.

Melahirkan rasa kesyukuran dengan setahun kelahiran Sakti Kencana Fitri, Fynn Jamal turut mendoakan anak perempuannya itu sentiasa dirahmati selain menyelitkan nasihat berbaur emosi yang meminta anaknya itu menjaga Balong iaitu Juna yang merupakan anak lelaki sulung bila Fynn Jamal dan suami kerana tak tahu sempat sampai bila.

Perkongsian yang cukup beremosi itu kemudiannya mendapat perhatian dari pengikutnya. Rata-rata meluahkan sebak dan terharu dengan doa yang cukup ringkas namun mendalam maksudnya.

zafirahabrahman sedihnya ayat kak fyn srh dedek jg balong smpi dia pergi….waaa ayat halus mendalam

nasehahabdulmajid Sedih pulak baca..semoga sakti sentiasa dilindungi Allah

ezlin_masiran Mummy @fynnjamalnaper bg madah bersedih ni…??

izzatiamran89 Aku baca dlm hati..tp meremang segala bulu roma.. Love u kak fynn

cikpuanbecca sayu mommy punya doa. Aminn untuk yang bernama sakti kencana fitri

normaliasulaiman Allahu..? sedih nyer.. abis mata msuk habuk baca ni.. semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan untk sis..dan family semua. Aamiin

aries_atikah Sanah helwah sakti sayang..aunty doakn smga sntiasa dlm lindungan dan rahmat ALLAH SWT..sebak jak baca caption kak @fynnjamal ?

nurfaranie_angah Sebak baca doa mummy tu. . ?Sanah helwah Sakti Kencana Fitri. . Semoga di sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. . Dipelihara olehNya hingga ke syurga. . Semoga bnyak keajaiban yang engkau miliki kelak seperti nama mu SAKTI. .