Jaga Aurat Ketika Di Kampung, Wanita Ini Pasang Khemah Pakej Sekali Kipas Di Rumah Ibu Mentua!

Share

Menjelang raya, semestinya yang masih ada keluarga akan pulang ke kampung. Waktu itu, rumah yang dihuni orang tua mula akan dipenuhi dengan anak menantu cucu disetiap sudut penjuru rumah. Meriah betul! Namun, tidak semua kediaman ada bilik yang cukup untuk menampung semua orang sehingga terpaksa tidur beramai-ramai.

Tapi bila dah berkumpul ni… Tidak dilupakan untuk menitikberatkan isu aurat sesama ipar duai. Ada yang memilih untuk tinggal di homestay atau hotel demi keselesaan dan menjaga aurat, malah ada yang memilih untuk tinggal di rumah sahaja.

Lain pula dengan pengguna aplikasi Tiktok ini, dia nekad untuk tinggal di rumah tetapi ada cara yang tersendiri untuk kekalkan aurat terjaga. Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita dilihat sedang mendirikan khemah di ruang tamu sebagai persediaan untuk tidur di rumah mentua.

Raya tak raya, aurat tetap kena jaga…malam ini kita try tengok tidur dalam khemah, panas ke tak

Tambahnya lagi, ia dilakukan kerana ketika di kampung kebanyakan bilik tidur akan penuh kerana kepulangan sanak saudara. Perempuan itu turut akui suaminya enggan tidur di homestay walaupun sudah berulang kali dipujuk. Maka, cara sedemikian sahaja dapat mengelakkan aurat dari terdedah terutama bagi sesiapa yang lasak ketika tidur.

Bila semua orang balik kampung raya nanti, bilik takde so plan nak pacak khemah rumah mentua. Janji aurat terjaga. Maklumlah tidur lasak, ngisaauuuu

@deknaa_96 Raya tak raya, aurat tetap kena jaga. Malam ni kita try tgok tido dlm khemah, panas ke idok🤣 #raya
#auratwanita #fypシ゚viral ♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) – Duckhead Dj Kasur

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji inisiatif wanita tersebut kerana disifatkan sebagai bijak dan kreatif. Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman peribadi tatkala pulang menginap di kampung.

Sumber : @Deknaa