Jaga Anak Perempuan Tu Memanglah Tak Mudah, Tapi Ibu Ayah Boleh Tersenyum Bila Ingatkan Ganjarannya!

Share

Setiap antara kita pastinya berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan dalam mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang sempurna. Malah kita juga sering mendengar orang tua-tua dulu berpesan, nak jaga dan didik anak perempuan ini bukan mudah berbanding dengan anak lelaki. Perlu beri perhatian lebih!

Menjaga anak perempuan itu tak mudah!

Kerana itu yang banyak janji dan hadis hadis Nabi tentang janji syurga pada yang mampu menjaga anak perempuan mereka!

Lahirnya mereka dengan karenah. Nak tunggu ke besar kemain payah. Penjagaan mereka sangat lah renyah. Bermula daripada awal umurnya. Segala hukum & inti agama wajib diajarkan si ibu dan bapa. Masuk sahaja umur baligh mereka Si bapa wajib ajarkan hukum hakam darah haid & yang segala yang bersangkutan dengannya.

Anak perempuan ini juga wajib diajarkan sifat malu yang tinggi. Kerana malu itu sifatnya melindungi! Melindungi maruah anak perempuan yang kita sayangi.

Sungguh, anak perempuan itu berbeza daripada anak laki laki.

Nak Marah?
Tak boleh guna nada yang terlampau tinggi

Nak menyuruh?
Kena banyak guna pujukan dan berkata dari hati ke hati
Ya, kerana sensitiviti dan empati mereka biasanya terlebihlah tinggi!

Itulah anak perempuan kita. Membesarkannya sangat lah payah. Menjaganya tidaklah mudah

Tetapi senyumlah wahai ibu ayah semua. Ingatlah dan renungkanlah Sabda Nabi ini, nescaya semuanya akan jadi mudah dan indah :

” Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” [HR Ahmad dan Al-Hakim].

Sungguh, apa yang dikata Encik Taufik ini dan turut beberapa dikomen oleh ramai ibu dan ayah yang juga mempunyai anak perempuan. Tahu benar akan cabaran yang dimaksudkan oleh Encik Taufik ini yang juga merupakan seorang ayah anak 3 dan dua daripadanya adalah anak perempuan.

Di sini turut dikongsikan sebahagian komen daripada netizen berkenaan menjaga anak-anak perempuan.

 

Sumber : Taufiq Razif
Abi kepada 2 orang anak perempuan