Lama tidak melihat pelakon Zahirah Macwilson di kaca TV. Usai melahirkan bayi sulungnya, masa ibu muda ini dihabiskan dengan si kecil.
Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol Johari MacWilson, 26, berkata, dia kini dalam perancangan untuk mencari pembantu rumah yang sesuai dan bertanggungjawab dalam membantu dirinya menjaga anak lelakinya, Isaac Raees yang kini berusia 11 bulan.
“Sekarang ni saya menjaga Isaac dengan nenek di rumah. Saya juga sedang mencari pembantu rumah, sebab tak dapat nak buat semua benda.
“Kalau dah jumpa nanti, mungkin saya akan cuba bawa Isaac bersama sebab tak mahu la bergantung 100 peratus dengan pembantu rumah. InshaAllah bila sempadan negara dibuka semula, saya nak bawa ibu ke Malaysia untuk menjaga Isaac sekejap,” katanya kepada mStar.
Tidak hairanlah jika melihat penampilannya yang semakin langsing tidak ubah seperti sebelum berkahwin, Zahirah berkata, dia tidak mengamalkan sebarang diet atau gaya hidup sihat.
“Ramai yang ingat saya bersenam, tetapi sebenarnya tidak. Saya tak amalkan diet mahupun sebarang senaman.
“Saya makan je semua benda, yang manis-manis pula tu. Rasanya kena jaga lepas ni takut kena kencing manis pula.
“Saya rasa jaga anak memang buat kita cepat turun berat badan sebab kadang-kadang sampai tak sempat nak makan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia gementar apabila mendapat tahu filem pertamanya itu dicalonkan untuk bertanding dalam FFM31.
“Saya sangat bangga dengan projek ini sebab kita shoot pada 2018 dan ditayangkan pada 2020, waktu itu tengah pandemik. Risau juga kalau tak dapat sambutan, tapi Alhamdulillah dapat maklum balas yang baik daripada penonton.
Sumber: Mstar online
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club