Jaga 3 Waktu Ni Sebagai Privacy Suami Isteri Di Dalam Bilik. Sila Take Note!

Share

Bilik tidur adalah ruang privacy bagi suami isteri. Anak-anak perlu diajar adab untuk meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu ayah. Tidak boleh masuk sesuka hati apatah lagi ipar duai, saudara mara hatta orang tua kita sendiri.

Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya untuk suami isteri sahaja sebab di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.

Selain itu hadam juga perkongsian daripada  puan Khalida Shaary untuk peringatan bersama.

BILIK TIDUR SUAMI ISTERI

Tahu tak? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yang siapa-siapa pon tak boleh masuk.

Gambar hiasan

Dalam Islam, ada masa-masa yang kita dilarang sama sekali masuk ke dalam bilik Ibu Bapa @ bilik yang ada pasangan suami isteri
1) Sebelum Waktu Subuh
2) Tengah hari
3) Selepas Isyak

Anak-anak di larang masuk ke dalam bilik ibu bapa,

Ibu bapa di larang masuk ke dalam bilik anak-anak yang dah berkahwin,

Saudara di larang masuk ke dalam bilik saudara lain yang dah berkahwin,

Apatah lagi tetamu, dilarang masuk ke dalam bilik utama tuan rumah kecuali dengan izin.

Dalam bilik tidur ada privacy yang tak  boleh orang tengok, hatta ‘katil’ itu sendiri privacy utama pasangan suami isteri.

Kalau ada adik beradik kita yang suka terjah bilik kita dengan pasangan, tegurlah adik beradik kita, bukan tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut.

Kalau ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dengan berhemah, bukan tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut.

Ingat, sikap acuh tak acuh kita pada pasangan, besar kesan dia pada emosi dan kelakuan pasangan pada kita kelak.

Pasangan yang hormat pada pasangan, pasti akan di balas dengan hormat.

Buang perkataan ‘sporting’ untuk perkara yang memang bukan untuk ‘sporting’.

Sumber : Khalida Shaary

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club