Sejak tular Channel YouTube Sugu Pavithra yang memuatnaik resipi dan cara masakan serta aktiviti harian keluarganya, pasangan S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29,menjadi inspirasi ramai.

Tidak dinafikan berjaya mencatat sejumlah 163,000 subscriber, manakala video-video yang dimuat naik beliau pula mencatatkan jumlah tontonan sehingga 6 juta views. Namun disebalik video itu sebenarnya ada makna tersirat yang membuatkan kita semua berasa bahagia apabila melihat keluarga ini.

Begitulah yang digambarkan menerusi facebook Siti Suryani Yaakop bahawa suami isteri ini dilihat sebagai pasangan bahagia apabila dilihat suami melayan pelbagai permintaan isterinya untuk memuatnaik aktiviti di channel youtube milik mereka. Malah pujian yang wanita ini telah meriah 20 ribu share apabila ramai yang mengakui bahawa itulah sikap yang harus ada bagi setiap pasangan agar rumahtangga bahagia. Sungguh inspirasi. Youtuber menjadi antara pengikat kasih pasangan suami isteri. Sweet!

JADILAH SAHABAT TERBAIK ISTERI.

Ads
‘Jadilah Sahabat Terbaik Isteri.’ Pujian Wanita Ini Pada Pasangan YouTuber Masakan Raih 20 Ribu Share!
Gambar: Channel YouTube Sugu Pavithra

Satu yang aku suka tentang pasangan ni ialah, suami dia pun rajin melayan. Suruh shoot video pun dia shoot. Suruh makan pun dia makan. Suruh potong kayu pun dia potong kayu. Nampak bahagia dan manis sekali.

Bukan susah pun nak bagi isteri rasa gembira dan dihargai. Jadilah sahabat terbaik dia.

Cuba teman masa dia kat dapur. Tak ambik video pun takpa. Tak kupas bawang pun takpa. Teman je. Borak dengan dia. Seronok dah dia rasa. Dia bukan nak pembantu. Dia nak ‘companion’.

Bukan kerja banyak yang acapkali membuat isteri penat. Perasaan bersendiri tu sebenarnya yang buat dia rasa tak larat.

Ads

‘Small gesture. Big impact.’

Ni kadang belum suruh buat apa. Baru isteri ajak selfie sesama je pun muka dah macam berak tak hadam.

Ads

Janganlah sampai kurang harta, kedekut pula kasih sayang. Jika begitu, makanya kita telah menjadi orang yang paling papa sekali.

Comel betul dia berdua ni kan! 

‘Jadilah Sahabat Terbaik Isteri.’ Pujian Wanita Ini Pada Pasangan YouTuber Masakan Raih 20 Ribu Share!
Gambar : Bernama

Sumber: Siti Suryani Yaakop

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI