Rata-ratanya antara kita tentu pernah hidup menyewa bukan? Apatah lagi ketika di awal-awal fasa perkahwinan, zaman baru hendak mulakan hiduplah katakan.
Duit pun belum ada untuk membeli rumah sendiri. Malah bila tuan rumah minta deposit 2+1+1 pun begitu berat untuk kita sediakan.
Pun begitu, tahukah kita ada tujuannya tuan rumah kenakan deposit dengan formula sedemikian.
Nak tahu kenapa dan ini dijelaskan oleh Harith Faisal, moga dapat memberi pencerahan buat yang membaca.
deposit 2+1+1
Ada penyewa tak sedar, deposit 2+1+1 yang penyewa kena bayar tu adalah salah satu tapisan yang tuan rumah buat. Daripada situ, tuan rumah boleh tau tahap kewangan dan simpanan bakal penyewa dia.
Itu salah satu sebabnya lah. Ada lagi.
1. Kau selalu tangguh bayar sewa. Tuan rumah boleh guna duit tu tu cover bulan yang kau tak bayar dan siap sedia kena halau.
2. Kau tiba-tiba keluar awal daripada tempoh kontrak. Hilang macam tu saja. Bertuahlah kau nak tinggalkan duit sebelum blah kan.
3. Kau rosakkan rumah, lepas tu buat-buat tak tahu. Kau kata kucing yang buat tu semua. Takpa, deposit kan ada kat tuan rumah.
4. Kau dah pakai elektrik dan air tak pandai nak bayar. Kalau kau keluar rumah tapi tak bayar, tuan rumah tolak dari deposit sajalah.
5. Okay. Dah keluar rumah cara baik. Bayar semua cantik. Tapi tinggal rumah bersepah-sepah. Tuan rumah guna deposit tu untuk upah cleaner bersihkan rumah.
Itu sajalah yang saya boleh kongsi. Jadilah penyewa yang bertamadun. Tu rumah orang. Jaga betul-betul. Kau jangan feeling-feeling rumah sewa tu macam asrama okay. Asrama ada junior ‘tolong’ bersihkan. Ha! – HF
sumber : Harith Faisal
Praktis 4 Pesanan Ustazah Siti Nor Bahyah Ini Jika Ibu Bapa Mahu Anak Dengar Kata.
Tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, adakalanya boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan buntu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
“Masa Dapat Gambar Scan, Anak Tekak Dia Terbahagi Dua. Saya Rasa Down & Menangis Tapi Redha.”
Kehadiran zuriat sememangnya dinantikan dalam setiap pasangan suami isteri yang sudah berumah tangga. Gembira dan rasa bersyukur hanya Tuhan yang tahu bila mana di dalam rahim terisi satu nyawa. Kegembiraan berganda bila mana Tuhan menganugerahkan lagi zuriat kedua dalam rumah tangga.
Namun, siapa kita yang mampu menolak takdirnya. Di saat hati sedang teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua, tetapi pasangan ini diduga dengan berita anak yang dikandung isteri bermasalah.
Demikianlah yang dikongsikan oleh puan Wajihah Hassan menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Dapat gambar first scan deeja masa 26 weeks sebab masa 22 weeks tu dia tutup muka tak nak tunjuk. Tapi doc yang checkup saya tu dia memang specialist. Even 2D dia dah boleh nampak. Siapa ingat saya pernah upload gambar scan ni tapi dikaburkan ?
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Masa ni rasa seram sejuk, menangis, down. Kalau tengok gambar scan tu memang sampai ke dalam hidung. Gambar scan kedua yang lagi jelas masa buat details scan kat PPUM nak tengok palate. Masa tu dah 32 weeks. Sangat clear menunjukkan deeja bilateral cleft. Saya redha dah macam mana pun dia keluar. Nak tak nak saya memang kena ready mental fizikal. Tiap kali google baby bilateral cleft lips memang saya menangis. Suami siap cari info daripada A sampai Z pasal ni. Persediaan rapi katanya ?
Baiknya Allah bila lahir deeja hanya unilateral cleft. Allah dengar doa saya dan doa yang saya kirim untuk semua. Saya nak deeja normal tanpa sebarang cleft dan Allah beri unilateral cleft lips. Palate pun tak full. Masih ada sambungan cuma anak tekak deeja kena sekali. Terbahagi dua.
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Yeah! Ini lah Khadeeja Sofia. Anak yang saya paling tak sabar nak lihat. Anak yang saya paling excited beli itu ini untuk persediaan dia lahir sebab masa si kakak tak mampu sangat.
Bila keluar perut doc letak atas dada, dia dah duk hisap jari dan terus dibawa ke NICU.
I love u sayang. 6 bulan pertama dah nak habis. Struggle pula untuk next phase. Mommy simpan sini semua untuk kenangan selepas op nanti.
You are so perfect for me ❤️ #IamKhadeejaSofia #babycleftlipandpalate
Sumber: IG ukhti_wajihah
“Hargai Ibu Ayah Selagi Ada. Bila Sudah Kafan, Jenazah Depan Mata Baru Nak Teringat.” Perkongsian Ustaz Ebit Lew Buat Hati Tersentuh. Sebaknya!
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew mengenai ibunya yang telah pergi cukup menyentuh hati. Bahkan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan pelajar sekolah yang mendengar ceramahnya menangis teresak-esak. Sungguh menyentuh hati dan sebak.
“Hargai mak ayah dan cintai mereka. Jangan sekali-kali sakiti dan buat air mata mereka mengalir sedih kerana kesalahan kita. Kata Ustaz Ebit Lew menerusi program Prokids yang dilakukannya pada sekolah-sekolah.
Kita kena syukuri nikmat Islam. Abang kakak adik anak-anak saya..kita kena belajar syukuri nikmat Islam, hargai Islam. Allah sayang kita dia beri mak ayah yang baik.
Saya pun sayang mak saya, tapi mak saya dah tak ada, dah meninggal dunia. Saya ada peluang untuk jumpa dia lagi sebab mak saya meninggal dengan Islam. Dia meninggal dengan jaga sembahyang di hujung-hujung usia dia.
Mak saya dah tua, sebelum meninggal dia sakit. Masa umur saya 15 tahun kami semua orang susah, bapak saya bankrap, mak saya kerja kedai makan. Tengah malam baru mak bawak balik nasi goreng pataya. Tengah malam semua lapar, dapat nasi goreng saya terus menangis sebab tak ada makanan nak makan kat rumah.
Sejak itu saya kata saya takkan susahkan mak ayah saya lagi. Sejak umur 15 tahun sampai sekarang saya tak pernah mintak duit kat mak. Dekat sekolah dan asrama kawan-kawan makan sedap, saya tak ada duit, saya teringin saya menangis. Saya doa kat Allah, saya teringin nak makan macam kawan-kawan saya.
Bila dah kerja, gaji pertama saya 700, semua gaji saya bagi kat mak saya. Ada lebih saya makan, tak ada saya tak makan. Setiap hari saya tulis surat pada mak ayah saya. Jangan risau mak kata kita ada Allah. Mak kata tak senang pun tak apa.
Tiga tahun lepas rezeki saya mencurah-curah, saya pergi kawasan pendalaman. Saya tengok anak orang asli hidu gam, saya tekad nak islamkan mereka. Satu hari adik saya call cakap mak saya sakit.
Saya tak pernah terfikir mak akan sakit. Saya batalkan ceramah sebulan lebih nak jaga mak saya tapi mak saya kata saya anak derhaka kalau saya batalkan dakwah saya di situ. Saya menangis bila mak tak bagi saya balik.
Cinta yang paling ikhlas adalah cinta mak ayah pada anak-anaknya. Setiap kali telefon mak saya mintak mak letak pipi kat telefon sebab saya nak cium, mintak letak tangan di telefon supaya saya nak cium. Saya rindu nak cium tangan dia.
Tapi satu hari tengah ceramah, ada orang bagitau ustaz kena ke hospital sekarang. Saya pergi ke hospital masa tu saya teringin nak cium mak saya. Mak saya dah terbaring, penuh wayar penuh di muka. Saya doakan mak saya dipanjangkan umur masa tu.
Lepas saya doa mak saya meninggal. Saya mandikan jenazahnya. Masa saya ambil air sembahyang adik beradik saya beritahu muka mak saya tersenyum. Mak saya bukan ustazah bukan pendakwah, bukan terkenal pun tapi bila dia meninggal mak saya tersenyum. Saya balas senyuman mak saya.
Selamanya ni bukan saya yang susah berdakwah tapi mak saya. Saya dapat apa yang saya dapat ni kerana mak saya. Saya balik saya ambil baju mak saya. Baju tu sampai sekarang saya simpan. Saya rindu mak saya.
Siapa ada keluarga sila hargai mak ayah awak. Awak akan tahu nilainya bila mak ayah sudah dikafankan, jenazah berada di depan awak, baru awak akan teringat mereka semua. Saya yakin bahawa anak-anak yang baik adalah anak-anak yang sayangkan mak ayahnya.
Sila hargai mak ayah anda.
Sumber: Uztaz Ebit Lew