Perkahwinan itu, adalah suatu perkongsian hidup, saling melengkapi agar hubungan suami isteri itu sentiasa di sinari bahagia. Namun kadang kala, ada pasangan berbangga apabila pasanganya boleh berdikari. Namun ada impaknya untuk jangka masa panjang. Terlalu berdikari hingga lupa akan kelebihan perkahwinan itu.
Sebagaimana perkongsian ini. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita, agar memilih bahagia untuk kekal hubungan yang harmoni dengan pasangan. al
Di dalam rumah tangga, sepasang suami isteri sepatutnya tahu akan peranan dan tanggung jawab masing masing.
Perkahwinan yang dibina bukan sahaja bersandarkan pada percintaan semata-mata, tetapi terlalu banyak perkara yang perlu dikorbankan. Malah pengorbanan tersebut perlu lah sama rata antara suami dengan isteri supaya perkahwinan tersebut seimbang, tidak berat sebelah. Jika si suami sahaja yang memimpin keluarga tanpa si isteri di sisi, sudah tentu senget sebelah bahtera perkahwinan tersebut.
Seperti kapal dilautan, jika dikendalikan keseorangan sudah pasti sangat berat beban untuk dipikul. Oleh kerana itu perlunya pembantu untuk menolong menunjukkan ke arah yang betul untuk ditujui. Begitu juga dalam perkahwinan.
Bila mana seorang isteri itu mampu menguruskan anak-anak dengan sendirinya, mampu pergi ke mana-mana dengan sendirinya, mampu beli itu ini dengan sendirinya lama kelamaan, serba serbi dia kena buat SENDIRI.
1. Dlm rumahtangga, peratusan utk MEMBERI tu perlu seimbang.Kita TAK BOLEH bagi all out 100%. Perlu simpan sedikit, mungkin memberi sekadar 50% sahaja, dan selebihnya 50% dari pasangan.
Ads
2. Ataupun 30% daripada isteri, 70% daripada suami. Sama juga keadaannya untuk suami, suami tak boleh buat semuanya sendiri, ada juga perkara yangg perlu diajar dan suruh isteri untuk buat, supaya kalau jadi sesuatu kepada diri kita, sekurang-kurangnya isteri ada asas untuk menapak meneruskan hidup.
3. Bila peratusan kerja lebih kepada isteri, isteri yang banyak memberi, lama kelamaan dia akan mengungkit disebabkan dia dah letih. Terlalu banyak yang dia dah sumbang dan buat untuk rumah tangga tu sehinggakan suaminya menjadi selesa, lepas tangan dan menjadi tak bertanggungjawab.
4. Kita akan jadi selesa dan bila kita selesa, apa yang kebiasaannya kita jadi? Kita lupa diri, kita alpa dan kita dah tak nak buat dah apa yang isteri selalunya buat walaupun itu sebenarnya tugas kita sebagai seorang suami.
5. Isteri memang banyak perkara yang dia boleh buat sendiri. Walaupun pada permulaannya dia kurang mahir, tapi bila dah selalu buat, dia akan mahir. Tapi dia tetap seorang isteri, seorang perempuan yang mempunyai naluri bahawa, apa yang dibuatnya itu hanyalah sebagai satu bentuk pertolongan kepada si suami. Iaitu pertolongan yang sementara.
Ads
Berdikari ni baik untuk isteri, baik untuk suami tapi kurang baik untuk rumahtangga kita sendiri. Ini kesilapan kebanyakan suami pada hari ini. Terlalu membiarkan isteri berdikari sehingga isteri selalu berfikir, “Untuk apa aku ada suami…”
Pokok pangkalnya, manusia memerlukan kasih sayang. Hubungan suami isteri bukan sekadar duduk di bawah satu bumbung yang sama dan mempunyai hubungan intim. Ia adalah lebih kompleks dari itu. Lelaki dan wanita sayang-menyayangi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi dan ‘keperluan untuk berkasih sayang’.
Jemput Puan untuk memiliki buku DUHAI WANITA yang penuh dengan perkongsian.
boleh klik link ini untuk dapatkannya. Buku wajib miliki.
kredit: Hafiz Roslan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Wanita bekerjaya, tidak mudah untuk berjaya dalam dua sudut. Kebanyakan mampu jadi pekerja cemerlang di pejabat tetapi gagal sebagai isteri yang mampu melengkapkan kehidupan seorang suami.
Allah… minta dijauhkan kita terus hanyut!
Kalau sudah kahwin rencah rasa dalam mana-mana perhubungan mana nak sama. Sudah tentu ada rasa bosan, gembira, masam manisnya dan menjuruskan kepada gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan perhubungan.
Wanita Jangan Hanya Berjaya Dalam Pekerjaan
Cuba tanya dengan pasangan-pasangan yang berada dalam tiga hingga lima tahun usia perkahwinan: “bahagia tak kahwin?”
Ada yang jawab, “pening betul menguruskan keluarga, kerjaya, macam nak gila.” Itu dia belum dengar jawapan saya yang sudah 24 tahun berumah tangga.
Ini nasihat untuk golongan wanita yang jadi isteri dalam usia muda. Walau sesibuk mana tugas di tempat kerja, jangan sesekali mengabaikan rumah tangga. Antaranya aspek fizikal rumah seperti kebersihan. Jangan biarkan rumah berselerak dengan baju, bantal, kain, cawan pinggan memenuhi ruang tamu rumah.
Kalau masuk rumah tengok ruang tamu, punyalah berselerak sampai tamu datang pun nak balik. Itu belum masuk dapur, pinggan mangkuk, periuk belanga, tulang temulang ikan, makanan basi seminggu lepas pun masih bersangga di singki dan periuk belanga yang tidak berbasuh!
Peti sejuk jangan ceritalah. Sayur, buah, minuman berselerakan hingga sejuk peti sudah tidak berbekas pada makanan. Bilik tidur yang merupakan bilik kasih sayang suami isteri macam bau kucing beranak,. Bertebaran dengan pakaian, lampin pakai buang, najis anak dalam lampin tidak sempat dibuang. Baju-baju dilonggokkan, memang memualkan.
Di Rumah Gagal Bahagiakan Suami & Anak
Ini semua senario benar sebahagian rumah pasangan muda yang sibuk bekerja. Tetapi sesibuk mana pun kita sebagai isteri atau suami, kalau kita bekerjasama membantu membersihkan rumah dan menyusun atur perancangan kebersihan. Pasti rumah akan kelihatan bersih teratur.
Soalnya JANGAN MALAS dan JANGAN SUKA BERI ALASAN
Wanita, tolonglah jangan jadi isteri yang berjaya dalam pekerjaan tetapi gagal menjadi isteri yang membanggakan suami di rumah. Ada suami mengadu, rumah berselerak, memasak sekali-sekala sahaja. Minuman suami segelas pun suami buat sendiri.
Sebelum kahwin suami makan di kedai, dah kahwin pun tidak ada bezanya. Bila isteri hendak keluar berjalan atau bekerja, solekannya bukan main. Wanginya bertebaran satu rumah. Langkahnya bukan main cantik tapi cantik itu hanya untuk orang lain dan bukan untuk suami!
Ya, ini yang boleh membuatkan hati si suami semakin tawar untuk balik rumah. Jadi lebih suka pergi kursus dan tinggal di hotel yang lebih menyenangkan hatinya. Makan minum dengan rakan sekerja yang penuh gurau senda daripada situasi di rumah yang menjadi penolak kepada dirinya.
Tetapi semua itu boleh dijayakan jika kita tahu satu ayat ‘power’ yang mesti kita uruskan iaitu MASA.
M – Mengurus kehidupan dengan teratur.
A – Amanah dengan tugas. Sebagai isteri, jalankanlah tugas-tugas isteri dengan baik mengikut keupayaan kita. Jangan bongkak kerana kita bergaji besar dan berpangkat tinggi kerana itu tidak memberi makna jika tugas isteri tidak kita laksanakan dengan jaya.
S – Suai padankan aktiviti-aktiviti yang hendak kita jalankan di tempat kerja agar seimbang dengan keluarga.
A – Aspirasi kita untuk menjadi isteri mithali adalah pemangkin usaha untuk menjadi isteri dan ibu yang berjaya dan bahagia!
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin yang membuat pendedahan bahawa sibuk dengan pelbagai urusan. Malah penyanyi bersuara merdu, Aishah turut berkongsi menerusi Instagram nya.
BERAT BADAN SUSUT
Muat naik entrinya dia menjelaskan akibat sibuk menyebabkan berat badannya menjadi susut. Katanya dalam nada gurauan boleh turun berat badan kerana sibuk dengan persiapan perjalanan untuk majlis hari raya, makan malam dan juga menemani rakan sekolahnya mencari doorgift untuk majlis perkahwinan anak rakannya itu.
“Crazy couple of days,macam lipas kudung dua tiga hari ni.Persiapan nak travel utk majlis hari raya dan makan malam.Sambil2 tu kena mencari barang utk doorgift wedding anak teman sekolah.Waaaah boleh kurus lagi macam ni.”
Dia juga sempat memohon maaf jika ada yang cuba menghubungi dan memberi respon apabila mempunyai kelapangan masa.
“Sesiapa yg cuba contact I utk.apa2 hal please bear with me,I akan respond bila ada kelapangan ok. Doakan I sihat dan fokus ye dlm.perjalanan.”
Kekurangan yang dihadapi oleh seseorang bukan penghalang untuk mereka berjaya. Apa yang penting, sokongan padu dari orang sekeliling yang menerima kekurangan dan sentiasa menyayangi mereka termasuklah ibu bapa. Sokongan padu dari ahli keluarga beri sangat memberi erti sehingga boleh beri impak positif pada seseorang.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon dan pengarah, Ahmad Idham bersyukur apabila anak istimewanya, Ahmad Firdaus, 21, kini sudah boleh berjalan meskipun memerlukan alat sokongan.
Melalui perkongsiannya di Instagram, Ahmad Idham berkata tiada perkara yang mustahil yang boleh dicapai kerana anak sulungnya itu telah disahkan mengalami focal encephalitis ketika kecil sehingga menyebabkan kesukaran untuk berjalan dan bertutur.
“Antara aktiviti hujung minggu, bawa Abang (Ahmad Firdaus) jalan-jalan untuk latihan kuatkan kaki Abang.
“Walaupun kadang-kadang ada benda kita rasa mustahil untuk kita capai, namun tidak pernah ada yang mustahil selagi Allah izinkan ianya untuk berlaku.
“Abang, ketika usia 2 tahun doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.
“Namun, hari ini abang dah boleh berjalan walaupun memerlukan alat sokongan, tapi abang tetap berjaya lakukannya,” katanya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik video yang disunting ketika melakukan aktiviti beriadah dan bercuti bersama keluarganya.
Menurut Idham yang juga menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus itu dia berbangga dengan anaknya serta berharap agar lebih ramai anak istimewa menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
“Daddy bangga dengan abang!
“Semoga lebih ramai anak-anak istimewa mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lain,” beritahunya.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.