Jadikan Jambu Batu Snek Harian Famili. Ada Sebabnya & Begini Triknya!

Share

Bila bercakap tentang snek atau kudap-kudapan yang sering dimakan oleh seisi keluarga, tentunya pilihan makanan seperti kekacang, keropok dan sebagainya sering menjadi pilihan.

Pun begitu, doktor ini berkongsi info yang menjadi amalan keluarganya dengan menjadikan buah jambu batu menjadi snek untuk seisi keluarga.

Ini perkongsiannya dan semoga bermanfaat.


Tiap kali nak pergi jalan jauh je, biasa kami akan prepare buah-buahan untuk jadi snek dalam perjalanan.

Masa pergi ke Kelantan itu hari pun, kami bawa jambu batu macam ni lah. Isteri saya dah siapkan potong kecil-kecil. Sekali ngap je boleh habis. Hehe.

Bukan apa, dengan cara ni lah sebenarnya paling mudah kita nak dekatkan anak-anak dengan makanan yang bagus. Risau sangat kalau dia orang lebih suka jajan dan makanan yang diproses berbanding real food macam ni.

Untung weh kalau anak suka dengan jambu batu sebab dalam tu ada vitamin C semulajadi. Vitamin ni lah yang bantu:

✅ Buatkan system imun anak kita jadi lebih kuat.

✅ Bantu lindungi sel dari kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

✅ Mempercepatkan proses penyembuhan luka.

✅ Menguatkan gusi dan tulang anak.

Jambu batu ni harganya berpatutan tapi kelebihannya sangat banyak. Rugi betul kalau kita tak penuhkan peti ais dekat rumah tu dengan makanan yang bagus macam ni.

#notaDrALB

sumber : Ahmad  Luqman Bukhari